Wednesday, December 28, 2011
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
WORDLESS WEDNESDAY # 17
YOU ARE ONLY LIVING A LI[ ]E.
Tuesday, December 20, 2011
NIKAH DAN SANDING
haa.. nampak tajuk entri? kau worang jangan ingat aku buat entri aku nikah dan sanding pulak. haha. meh nak bagitau.. I single tau. Available memang always. hikhikhik. ok, ingat lagi tak entri INI? Entri berhabuk kan? Lama gila dia menapak sebelum datangnya entri baru. -.-
Sebelum aku tayang foto-foto manusia comel kat bawah nanti, baiklah saya mendifinisikan dulu apa itu nikah dan apa itu sanding. kan3? bajet korang semua taktau lettew..
NIKAH : akad perjanjian yang mengandungi lafaz ijab dan kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan perset*****n.. (kalau ada budak kecik baca ni bahaya:D).. lagi-lagi adik aku. mau dia tanya mama aku ape pulak benda alah tu. haha!
SANDING : meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pelamin dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh pengapit dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
So, kenapa tetiba aku semangat nak tulis bab-bab indah macam ni? tercalit satu memori indah dalam hidup aku bila menyaksikan kembar lain mak lain ayah aku nikah dan sanding. nak tunjuk gambar dia tak dapat la kan.. meh aku tunjuk gambar pengapit dan doorgifter.. btw sape-sape yg nak doorgift meh datang jumpe aku.. byk sangat lagi stoknya kawan-kawan..
Ucapan khas dari penaja:
- Kakak yg kahwin : Tahniah kak.. finally akak kahwin jugak kan? huhu.. you look gorgeous on those two days sister. pasni camne nak meronggeng sama-sama? bodyguard ikut eh?
- Doorgifter : Tenkiu korang.. tanpa kalian majlis ni memang takkan ada doorgift la kot.. yang mane busy tu mekasih la sanggup jugak tolong kan.
- Pengapit : Sila buat baju longgar sikit. kesian baju baru sekali pakai dah merekah. haha!
Notatangan: terfikir tak majlis sendir. nak majlis camane nanti? saya? oh, takde fikir lagi. haha!
Sunday, December 18, 2011
NASI AMBENG KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR
as-salam..hye oLLS!!
hamboi..kemain panjang tajuk kan.. hikhikhik.. jom nak citer pasal makan-makan..
baru-baru ni ada la teringin nak makan nasi ambeng..yela kan.. bese dok dengar je org cakap-cakap.. la nii.. nak la menterai sendiri.. dengan bantuan cik google, saya bersama pembantu saya ke tempat makan nasi ambeng.. eh, korang jangan ingat tempat ni free okay.. pandai makan pandai la bayar kan? :p
zaman la ni, korang yg duduk kat tengah-tengah KL tu tak payah la menggagahkan diri nak pergi nun Johor sana ataupun Indonesia kalau ye pun nak makan nasi ambeng. kat kampung baru pun ada tau.. nak peta? meh aku bagi peta bodoh-bodoh lukisan tangan sape entah. haha..
kalau rasa tak faham langsung atau faham sikit-sikit je, pandai-pandai la korang google.. kalau tak silap aku tempat ni kat jalan raja muda musa 31.. betul-betul depan sekolah rendah agama jalan raja muda musa.. nak jugak gambar sekolah?
Friday, December 9, 2011
1 YEAR, 3 YEARS OR 10 YEARS
if you are given a choice to choose among those three years,
1 year
3 years
10 years
which one would you prefer? it was just come into my mind. am I serious about it? omjay. speechless. am I prepared for it? is it good enough if I choose 1 year?
kalau korang, yang mane korang pilih eh?
notatangan : saje nak jadi omputih jumaat ni.boleh kan? hikhikhik :D
Thursday, December 8, 2011
SPONTANEOUS THURSDAY # 16
semasa bercinta = tak bertudung
semasa akad nikah = bertudung
semasa bersanding = tak bertudung
semasa solat = bertudung
semasa bercerai = bertudung + spek mata hitam
selepas bercerai = tak bertudung
semasa masuk kubur = bertudung
sumber : facebook
Wednesday, December 7, 2011
TAKZIAH BUAT KELUARGA RARA ZIKRY
masih ingat lagi entry INI? mana yg belum baca or memang tak tahu langsung perkara ni, masih sempat utk anda luangkan sedikit masa anda untuk baca. mungkin dah terlambat untuk aku post entry ni sebab ramai yg dah tau kot. 1 december yg lepas, allahyarhamah rara zikry dah pergi meninggalkan menghadap Ilahi. mungkin itu adalah yg terbaik bagi beliau setelah berjunag sehabisnya melwan sakit yg beliau hadapi. sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di atas ketentuanNya. jom baca sedikit info hari-hari terkahir beliau yg aku amek kat SINI.
Cukup tenang keadaan Rara ketika itu. Nafasnya bergerak perlahan lahan walaupun mesin pernafasan yang menguasainya. Hanya ALLAH swt saja yang tahu bagaimana hati dan perasaan seorang ibu ketika itu, cukup memilukan, pedih, sayu...... bagai dihiris hiris perasaan ini. Setiap Kali bila dipanggil Namanya, Rara akan mengangkat tangannya. Tepat jam 9.30 malam, mesin pernafasannya berhenti dan mesin sampai ke angka '0'........... Tiada denyutan lagi....... Itu lah saat saat terakhirnya seperti sedang tidur lena dengan tersenyum. Semoga ALLAH swt mencucuri rahmat keatas rohnya, diampunkan segala dosa kesalahannya Serta ditempatkan bersama sama orang orang yang soleh dan beriman. Alfatihah.
Selesai sudah majlis tahlil dan bacaan yassin untuk Rara Zikry. Jutaan terima masih pada mereka yang datang mahupun dirumah, masjid atau di tanah perkuburan. Cuma mahu berkongsi saat saat akhir Rara bersama keluarga tercinta di hospital. Lebih kurang jam 8.30 malam Rara pada 1 December, Rara mengalirkan airmata seolah olah mahupun memberitahu kami yang dia mahu pergi menemui penciptanya. Wajah dia tenang, berseri
Wednesday, November 23, 2011
Friday, November 18, 2011
TERHARU
huhu..lama x mengupdate.. kekangan masa untuk online. ceit. dan-dan je.. esok exam arini sempat lagi online siap bertukar wajah pulak tu. ngee!
kelmarin ada orang bikin wa terharu.. ye dia.. dia yg jarang sangat mesej aku utk tanya khabar aku di sini. (ayat mcm duduk nun kat london haa). mereka yg lain memang dah selalu call and mesej. lagi-lagi sebab mereka begitu sayangkan unibersiti ni ha.. transkrip la, sticky album la, scroll la ..haha.. bilik aku tu dah jadik setor depa dah. kan awak kan? hikhikhik..
sambung balik citer. amat menyeronokkan hatiku bila ada yg post kat wall efbee cakap dia mimpi sama aku. hey, kau hadoo??? setakat cakap, aku pun blh cakap sekarang tau. i miss u. hahaha. actually, aku pun rindu sama dia. mau taknye, time depa konvo, dia sorang je aku tak jumpe lagi tau. dulu time kelas dgn dia, kalau aku ngantuk, dia la penghibur. cuma, bila time nak exam, dua-dua sengsara sebab pot pet pot pet je. -.-"
dah. aku malas nak citer lebih-lebih. exam kot esok. yang lain dah siap pegi career fair. tapi takpe, ada rezeki aku, ada la nanti kan? :D
notatangan: ada tak yg baik hati nak tolong wat header untuk saya. (bajet retis nak mintak free.) -.-"
Thursday, November 10, 2011
SPONTANEOUS THURSDAY # 14
WALK IN MY SHOES, WALK THE PATH I HAVE TRAVELED.
LIVE IN MY SORROW, MY FEAR, MY DOUBTS, MY PAIN
AND
MY LAUGHTER.
REMEMBER
EVERYONE HAS A STORY..
WHEN YOU HAVE LIVED MY LIFE,
THEN
YOU CAN JUDGE ME.
Wednesday, November 9, 2011
KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS. THAILAND 9 NOVEMBER 2011
Ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtia menjaringkan gol pertama untuk Malaysia di minit 25..
Pemain Thailand, T.Natarid menjaringkan gol pada minit 76..
Minit ke 85, Izzaq Faris menjaringkan gol hasil hantaran Baddrol Bakhtia..
Kedudukan terkini Malaysia 2- Thailand 1..
Tuesday, November 8, 2011
HIDUP SEBAGAI SINGLE
bila umur semakin meningkat ni ramai pulak yang tanya bila nak akhirkan zaman bujang. ada tak selalu kena tanya macam tu? tipu la kalau takde kan. stress tak u oLLs? ehehe.. kalau dengan extended family mesti ada yg ckp "dah besar dah yer.. tak lama dapat menantu pulak"..kalau dengan kawan-kawan, soklan peberet depa "kau bila lagi".
honestly, kalau aku diajukan soklan sebegitu, aku buat bodo je. haha.. tapi kalau nak jaga hati perasaan orang, jawab je "aku tunggu yg lain sudah dulu..takut tarikh clash". kan? kira okay what jawab dari tak jawab langsung.. :p
semalam ada attend wedding salah sorang member di zaman sekolah dulu. teringat pulak kisah zaman tak matang dulu kan.. haha.. si gadis ni duduk belakang aku je dalam kelas waktu form 1.. best jugak kawan dgn dia, sebab kitorang kalau tak paham je mesti belajar sama-sama (rajin tak aku. itu sangat tipu). habis je sekolah, sama -sama masuk universiti yg sama. tapi, dia yg habis belajar dulu sebab aku masih sayangkan universiti itu dan orang-orangnya. oh tak. bukan sebab tu yer. masa depan aku lebih penting. :D
semalam jugak aku dapat kad dari sahabat baik aku zaman sekolah dulu. dan aku yg tak berpesbuk sangat ni dapat la kumpul cerita hangat mereka-mereka ni. serius aku memang ketinggalan. tapi takpe. at least aku tau dari taktau langsung kan. hihi..
kenangan yg tercalit di dalam hidup aku semalam. jom tengok.
Monday, November 7, 2011
QUESTIONS TAGGED BY NIEZA MUMU
nampak tajuk aku? hebat tak u oLLs perempuan di atas? hehehehe.. sedang aku syiok-syiok buat term paper zakat, tangan menggatal nak bukak belog. oowh yes! dan aku di tag. satu-satunye benda yang aku suka baca tapi tak suka buat. malangnya bila si nieza ni yang tag, harus aku kena buat.. kalau tak, tiap kali selasa and khamis, aku tak dapat balik ke bilik bersama beliau. ahaha. itu tipu. -.-'
kalau korang nak kenal si gadis cantik ni, jom terjah NIEZA MUMU
1) TAK BOLEH TAG ORANG YANG SAMA
2) LETAK PERATURAN NI DALAM SEMUA ENTRY
3) TAG 11 ORANG DAN LINK KAN DI ENTRY
4) PASTIKAN MEREKA TAHU MEREKA DI TAG
5) CERITAKAN 11 PERKARA DIRI DI DALAM ENTRY
6) JAWAB SEMUA SOALAN YANG DI BERI ORANG YANG TAG ANDA DAN BUAT SOALAN KHAS UNTUK MEREKA YANG KENA TAG PULAK.
ape kes ada rules kan? meh aku jawabkan. tujuan kita tag rakan blogger kita ni ada untuk berkenalan dgn lebih mendalam. mane la tau kot-kot berkawan, dapat yang berkenan kan? opps! ok, jom kenal saya.
11 perkara tentang saya.
1) saya anak pahang, tapi sebenarnye mix pahang + kelantan
2) saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. dan saya taknak ada perempuan lain kecuali adik ipar. ngeh3. kejam-kejam.
3) si pemerhati dalam diam. so, hati-hati la kamu..
4) mula blogging dah lame. and this is the second account. first account tu zaman tak matang. haih!
5) suka berjalan. kalau duduk bilik, bosan wooh.. tapi kalau xde duit, mmg jalan atas katil jek.
6) kuat makan. tapi bila berat naik, menggelabah tak hengat.
7) like blue before. now loving reds. polka dot itu bg aku sangat comel wokeh.
8) once i love people, i'll care about them. but once i've been betrayed, omg. mungkin berkawan lg cuma ada la yg kena bahan sepanjang hidup kan.
9) first time jumpe, saya shy-shy cat. dah lama jumpe, hello, jom gosip. ahaks.
10) final year student in IIUM with accountancy program. specializing islamic accounting. tolong cari kan keje boleh tak u oLLs. heh.
11) taken. that's it. ^,^
now, jom jawab soklan si nieza nih. mane tau kot-kot dapat kek lapis ke kan.haha..
1) saya berbelog untuk luahkan ape yg saya rasa. dulu belog ni takde orang yang tau. so, kalau sedih or happy or gaduh dgn sape ini la tempat dia. now, berblog utk cari kawan, tgk cara orang lain menulis, bercerita dan jugak utk jaga tepi kain orang. (kalau diorang cerita pasal diorang la kan)
2) blog petama yg menarik perhatian? kalam hati. hehe.. tanpa dia, semangat nak rajin berblog kureng ..
3) prefer malay than western. kalau kamek belanja. kitak suka jaa.. (yeke aku tulis ni?)
4) hehe. tak suka. aku takkan beli melainkan ada yg belanja. so, kalau dah belanja, kena la makan kan?
5) melancong? europe? anywhere yg aku mampu.
6) idola? nope.
7) kenangan indah? jatuh moto. bukan sekali tapi dua. oh yer. tak tipu. time tu kau kenal sape kawan and sape lawan. haha
8) kalau dah duduk kat bumi IIUM, kalau rajin tiap-tiap hari. kalau tak sekali je seminggu.
9) alamak. ni susah sikit. depends. max 6 hours. min 2 hours kot.
10) negeri pahang, ape yg ada? teluk cempedak kot. semua pantai la senang. plus, bukit gambang.
11) belog awak cute cik nieza. nanti kita jumpe, saya nak tanye awak, amne awak dpt background tuh. haha..
okeyh. people yg aku tag ni, sila la jawab kalau rajin. mungkin kita tak pernah bersua muka. tapi, mungkin kita kan akrab di sini. kan?
and saya nak tau dari awak-awak:
1) nama sebenar?
2) umur bape korang-korang neh?
3) what do you love most? shopping? fashion updates? gadgets?
4) apa yang anda suka tentang blog berbanding facebook
5) blog siapa yg anda mesti baca tanpa lihat updates from reading list?
6) sejauh mana anda kenal saya? hehe..
7) bape lame korang dah masuk bidang blog ni?
8) entry anda byk bercerita tentang apa?
9) apa yang unik tentang blog anda dan blogger lain pun takde? (abesla korang. mesti nak belasah aku kan. wee~)
10) prefer comment entry or chat box?
11) apa yg sepatutnya aku ubah dalam bog aku?
harap-harap korang semua boleh jawab okeyh.. hihi.. kalau rajin, lepas dah jawab, tinggalkan link entry korang kat enrty ni.. kalau taknak takpe sebab all of you aku follow tau. so, mmg akan baca pun entry-entry korang. hehe..
Sunday, November 6, 2011
PADAH SEMANGAT BERCUTI
diumumkan aku akan bercuti dr bumi gombak selama seminggu. seminggu ok. korang sambut raya aji pun cuti sampai senin selasa jer kan? :p
tapi, ada sesuatu yg kurang menyeronokkan bagi aku.. tahap rindukupadamu bertambah(abaikan), term paper kena siapkan by tuesday.(eh, aku nak cuti la!).. yg paling best. gara-gara eksaited kemain nak cuti lama, aku dgn semangat berkobar-kobar packing barang tapi aku lupa bawak balik baju kurung. korang rasa kurang cerdik tak aku ? takyah jawab. aku sendiri dapat rasa tau. -.-'
bila dah mula cuti, baru la aku ligat nak bukak fb. kalau bukan time cuti, jgn harap la korang nak tgk wall aku meriah. hahaha.. cuma aku jadi terkilan sebab bila aku bukak fb semalam baru aku tau ex-schoolmate aku dulu nak kahwin isnin ni.. umah pun tak jauh sgt, jadi aku rasa mmg kena pegi la kan. nanti aku kawen dia tak datang pulak sebab aku tak mai dia punya kawen. oopps!
sekarang, aku tengah pening sebab aku takde baju kurung. bayangkan camne aku nak raya esok. bayangkan jugak camne aku nak pegi wedding si kawan aku ni. takkan aku nak pakai long skirt polka dot ataupun jeans je. tak ke giler weh.. @_@
notatatangan : sedap makan sate waktu tahlil td. haha
Saturday, November 5, 2011
KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH
Thursday, November 3, 2011
Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, November 1, 2011
MOOD YG TERBANG
obvious sgt blog yg tak very the ayu ni nampak kusam. macam kulit pulak kan ada kusam bagai.. haih.. ada kau nampak entry baru utk seminggu yg lepas? hadoo tak? mood aku nak berblog makin kurang.. jatuh menjunam ibarat main gelongsor.. hebakk? hujung oktober sampai middle november is the peak time for me.. banyak sgt dateline for assignment and term paper submission..
cuti raya haji? hurm.. dah fully book dah by assignment-assignment yg terhebat.. tak pernah aku bawak balik kerja sekolah aku waktu cuti.. sebab bagi aku waktu cuti sama la waktu utk aku online.. duduk kt tempat ni mane la aku online sgt.. teringat kat akaun twitter yg dah berhabuk tuh. sob sob..
btw, ade cerita menarik dlm hidup aku at the end oktober yg lepas. baru je 2 hari.. well, i'll keep in my heart.. dari gombak ke times square sambung pulak ke mid valley and back to gombak. sedak gilos weh.. cuma aku xde gambar nak tepek kat sini..
ok. aku rasa dah banyak dah merapu ni.. ape cerita best korang utk november ni? lai share with me dear..
notatangan : ayat yg tunggang terbalik dlm entry ni sebab ada jejaka yg kurang kacak kat sebelah. x senang hati babe nak taip entry cantek-cantek..
Sunday, October 23, 2011
TAMATNYA HARI YG PANJANG DAN MEMENATKAN
Thursday, October 20, 2011
SPONTANEOUS THURSDAY # 12
Wednesday, October 19, 2011
Saturday, October 15, 2011
DEAR ALL NUFFNANGERS
to all nuffnangers, have you ever been received an email some sort like this?
so, korang dah bace? kalau belum, cepat-cepat g bace nuh. jgn terus delete sayam.. please show ur concern sket okeyh. kalau nak income dr nuffnang tu laju je kan? jom kita buat amal sikit yer..
Thursday, October 13, 2011
SPONTANEOUS THURSDAY # 11
STUDY APA PUN TAK MULA-MULA,
SAMPAI MASA AKU NAIK GILA!
Wednesday, October 12, 2011
Tuesday, October 11, 2011
SELAMAT BERGRADUASI
ahad yg lepas, aku sempat menghadirkan diri ke majlis graduasi kawan-kawanku yg dah tamat belajar (and dah keje pun u oLLs) di UIAM Gombak. setelah penat di booking oleh mereka baru aku pegi tau. kalau tak, mesti dah ada kat semua house kan waktu tu..(motif??)
so, for me, I am happy for them on their convocation ceremony. congatulations my sayang-sayangs! sempat jugak lepak lepuk dgn korang kat bilik aku kan. even something bad happen to one the members. hopefully everything would be okay.
Girls, this is the beginning of something new.. a new challenge in life. after this, byk lg challenge that we have to face rite? works, married, bla bla bla.. tenkiu for the moments that we've created here. the joyous and the sadness, whatever it is, I still appreciated it. muax!
notatangan : gambar bawah tu aku sorang je lg belum sarung jubah konvo. tahun depan jom pakai ramai-ramai dtg sini tgk aku. (giler perasan) T__T
Sunday, October 9, 2011
GEMPA BUMI DI RANTAU IRIAN BARAT INDONESIA
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Irian Barat, Indonesia pada pukul 1.38 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi itu adalah di 675 km tenggara Ambon, Indonesia dan 2,049 km tenggara Tawau, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya. - BERNAMA
sumber : SINI
notatangan : semoga kita dijauhi bala bencana. semoga urusan dipermudahkan hari ni. (jom pegi convest IIUM)
Saturday, October 8, 2011
BILA TIBA TIME CONVOCATION
bila tiba masa convocation:
- mula la cafe nak tutup
- kena jalan jauh nak beli makanan
- aku malas nak makan
- kereta banyak je tepi jalan
- susah nak outing
- duduk kat bilik wat assignment
- berangan bila aku nak konvo
- aku kena beli hadiah sebab member konvo (xde duit.)
- ramai photographer dtg tembak gambar
- bunga-bunga di sana sini
- aku berangan nak bunga jugak (coklat pun boleh. ahaks!)
- banyak stall jual baju beg segala bagai
see. semua yg kat atas akan jadi kat aku bermula hari ni. nasib hari ni hari sabtu kan. kalau dah isnin nanti, bercinta lah kau dgn jalan raya dan segala kereta yg ada masa nak g kelas kan. *sigh*
Friday, October 7, 2011
BELANJAWAN 2012 UTK DIRI SENDIRI
okeyh. before korang nak caci maki aku sebab entry ni, korangg boleh siap sedia tekan button x kat bahagian atas kanan skrin korang yer. hehehe..
ni belanjawan yg aku buat untuk tahun depan merangkap tahun aku tamat pengajian. btw, jgn la nak ngengade tanya bakpe aku tak abes-abes lg belajar. sebab jawapan aku tetap sama. aku cintakan ilmu-ilmu tu semua. huhuhu..
kalau la gaji RM 1800.00 per month, apa yg tinggal bila dah hujung bulan? jom layaannn!
saving tabung haji - rm 100
bagi mak ayah - rm 200
sewa bilik - rm 300
makan minum - rm 350 (mentekedarah)
transport - rm 100
hutang ptptn - rm 150
sedekah amal jariah - rm 100 (madam ckp kena bantu org lain sbb x qualified zakat + tax)
shopping baju kasut per monthly - rm 100
KESIMPULAN = kalau gaji tak cecah rm 3000.00, pensyarah aku cakap jgn berangan nak pakai kereta. duit ansuran kereta plus minyak kereta nak cekau mana beb.. kalau minyak kereta tu boleh pakai air sekalipun, ansuran kereta tu nak bayo pakai ape? daun kering yer kome? ehehe.
terima kasih madam atas nasihat madam. mmg betul ape yg madam rangka belanjawan utk saya dgn kawan2 lain ni. hihi..
notatangan : melepas la aku nak merasa naik kereta sendiri kan? any husband to be yg ada kereta x? (tetibe jadi giler nak cari laki ada kete kan?haha!)
Thursday, October 6, 2011
SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN
okay. ni entry utk malam ni. sekadar renungan dan perkongsian hasil bacaan dari pesbuk. ekekeke..rajin aku baca mentelaah pesbuk dr mentelaah buku kira-kira kan.
SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
X adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
(Hadis Riwayat Ahmad)
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan
Sekadar perkongsian bersama
notatangan : terima kasih pd writer ayat-ayat ni. :D
Wednesday, October 5, 2011
Tuesday, October 4, 2011
SECEBIS KENANGAN LALU
haa..korang jgn ingat entry kali ni sama macam entry sebelum ni.. tadi saje je la kan meng'google' nama sendiri.. alih2 jumpa ni tau.
Saturday, October 1, 2011
BILA LELAKI CUBA AMBIL KESEMPATAN
satu hari satu entry (at least).. ni la yg aku cuba buat skrg..kalau korang selalu jenguk sini la..hehehe..back to topic.
bila lelaki cuba ambil kesempatan..tapi aku tak cakap SEMUA lelaki mcm tu ok. kesempatan mcm mana yg korang rase? situasi:
1. i borrow from u, but u cannot borrow from me
-baru kenal seminggu dua dah ajak kapel..kan? kenal dah? kenal. tapi tak kenal semua kan? cinta? mungkin. kalau kau kena dgn lelaki yg ayat power bombastik, harus kau cair. kalau hati kau tak keras mcm batu la kan.. ini baru je kenal, dah ajak kapel. kapel baru je seminggu dua, dah pandai nak pinjam duit. "syg, i x cukup duit la nak belanja..i nak pinjam boleh?"..bhaii.. baru je knl kot.. takkan dah mcm ni.. mana cinta kasih dan syg nye ni..
2. buat assignment
-ini kes budak-budak u,kolej dan seibu sebapa. "baby, jom study sama-sama"..wahh aku sokong kalau yg ajak study tu..baru nmpk ciri-ciri calon terbaik kan..tp tengah-tengah study, "baby i ada assignment nak kena anta esok. jom la 'tolong' i buat. kesian i (buat muka sedih gila)."..erm.. kalau hati dah sayang.. camne pulak kan.. diturutkan jela kata hati.. niat kena ikhlas derr.. kalau dah buat, jgn la ungkit.kan? ikhlas..
3. going for a date, event, function
- "you, teman i jumpa kawan-kawan i nak x? ada wedding ceremony la this weekend. jom la you..i taknak pegi sensorang..i malu.." alahai..on that day, teman jugak la si jejaka pegi wedding tu kan.. rupa-rupanya nak show off kat kenkawan yg dia dah ada partner..dalam hati??
ini sebilangan situasi je yg aku terfikir.. kalau korang ada nak tambah, aku sangat galakkan...aku tak cakap semua lelaki macam tu..aku tau ramai yg baik-baik kan..hihi.. maaf utk penggunaan aku dlm entry ni.. hihi..
Thursday, September 29, 2011
SPONTANEOUS THURSDAY # 9
-Surah At-Taubah:104
Wednesday, September 28, 2011
Monday, September 26, 2011
SAMA TAPI SERUPA KE?
jom tengok gambar kat bawah ni..
WELCOME BACK
as-salam..hye oLLs.
lps ni boleh update hari-hari (kalau wireless okay kawan-kawan). tapi saya harap dia sentiasa okai. lama dah tak baca entry panas lagi hot dari korang semua. jom update blog ramai-ramai. (padahal aku sorang je yg tak update kan?)
2 minggu dah kelas bermula. assignment ada yg dah dapat. individual and group. setakat ni groupmates baik-baik aja dong.. bw, esok ada presentation. selamat la aku kan.. kalau x selamat aku la yg kena membobel esok kan.. aduhhh duhh..
ok, bai take care olss!
notatangan: esok kls international business. jangan lambat. now, makin hari makin sayang..aummm!
Thursday, September 22, 2011
SPONTANEOUS THURSDAY # 8
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 20, 2011
SATU PETANG YANG SEJUK
ce teka aku kat mana waktu ni? ya, saya berada dalam lab komputer. rajin x? rajin la sgt kan. kalau dah kena mula minggu anda dgn assignment, tempat mana lg ko nak lepak ha? -.-'
sejuk. sbb air-con tambah pulak hujan. tapi, seronok sbb dpt update blog. weehuuu~
dah la.. nak smbg keje. jumpa lagi di alam maya nanti. okbai!
notatangan : kali xde ape nk ckp kt sini. haha
HARI YG SIBUK
notatangan : tolong aku cr kedai yg buat service hardcover boleh? :D
Monday, September 19, 2011
LIDAH MANUSIA YG PALING PANJANG DI DUNIA
LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.
Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.
Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi
sumber :kosmo
notatangan : malas tak aku update entry. adoi!
MAUT DIHEMPAP TIANG GOL
KLANG: Seorang murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2 di sini maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di padang sekolah berkenaan dalam kejadian petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman, 11, maut selepas mengalami pendarahan teruk dan retak tempurung kepalanya dalam kejadian kira-kira 6 petang ketika bermain bola sepak dengan beberapa rakannya.
Bapa mangsa, Abdul Rahman Sarbaini, 41, berkata beliau dimaklumkan oleh seorang jirannya mengenai kemalangan menimpa anaknya itu yang bermain di padang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman mereka di Kuarters Guru Kampung Jawa.
"Apabila sampai ke tempat kejadian saya dapati banyak darah keluar daripada kepalanya dan dia (Muhammad Fakhrul) sudah terbaring tidak sedarkan diri. Melihat kecederaan yang parah, saya terus menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk menerima rawatan namun dia gagal diselamatkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, Ahad.
Abdul Rahman berkata jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jati, di sini tengah hari tadi.
Mengimbau kenangan bersama Allahyarham anaknya, beliau berkata anak keempat daripada lapan adik-beradik itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik namun beriya-iya mahu kasut bola kerana sangat menggemari sukan itu.
"Dia ada minta pada ibunya dan minta tambahkan duit kerana duit rayanya tidak cukup untuk membeli kasut bola tetapi nampaknya tidak kesampaian, namun saya redha Allah lebih sayangkannya," kata Abdul Rahman.
Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mat Derus ketika dihubungi berkata beliau masih belum menerima sebarang laporan kerana ketika kejadian berada di luar negara.
"Mungkin pihak jabatan telah pergi ke lokasi kejadian namun sekiranya sudah menerima laporan, siasatan akan dilakukan," katanya. BERNAMA
sumber :Mstar
notatangan : al-fatihah. yg main netball pernah x kena hempap dgn tiang?
Tuesday, September 13, 2011
KENAPA SAYA TAK UPDATE BLOG?
Friday, September 9, 2011
KERANA PRO EVOLUTION SOCCER
JUMPA KUBUR DALAM HUTAN
Penemuan itu disedari Ali Baharom, 60, bersama isterinya, Saini Abd Rahman, 54, ketika mereka sedang menebas semak samun yang terdapat di kawasan menempatkan ladang getah untuk menoreh.
“Sambil berjalan memang saya dan isteri akan menebas semak samun yang ada bagi memudahkan laluan, tetapi secara kebetulan sebaik menghayunkan parang saya terpandang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang diukir dan sudah dinaiki lumut,” katanya.
Menurutnya, dia yang mula menoreh di kawasan itu sejak kira-kira setahun lalu mendapati, terdapat batu nisan yang sudah patah dan tenggelam akibat mendapan tanah selain tersorok di sebalik pokok hutan dan semak samun.
Katanya lagi, jarak penemuan tanah perkuburan itu kira-kira 7.5 kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru, yang kini tidak terdapat keluarga Islam tinggal di sekitarnya, malah penemuan itu dilihat dalam satu kawasan yang luas dan tidak dihuni sesiapa.
“Ada batu nisan yang tidak ditemui di kuburnya, ini belum termasuk kubur yang sudah terbenam dalam tanah dan dipijak sesiapa yang masuk ke hutan ini.
“Saya merasakan dahulunya kawasan ini menempatkan satu perkampungan besar orang Melayu dan hingga kini kawasan kubur yang ditemui ini sudah menjadi ladang sawit dan pokok-pokok getah. Malahan menjadi habitat binatang berbisa,” katanya.
Ekoran penemuan yang dijangkakan tersimpan lebih banyak kubur di dalam kawasan itu, dia dan isterinya berharap ada pihak :mengambil tindakan membersihkan kawasan sekitarnya sekali gus dapat mengetahui lebih jelas status tanah perkuburan itu.
“Saya berharap ada pihak yang dapat turun padang kerana orang ramai pasti ingin tahu usia sebenar tanah perkuburan Islam itu serta kisah yang tersimpan di kawasan ini sejak sekian lama,” katanya.
Thursday, September 8, 2011
PRAY FOR RARA ZIKRY
Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry)On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing. Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. ....
SPONTANEOUS THURSDAY # 7
SPONTANEOUS THURSDAY # 6
Wednesday, September 7, 2011
ALLY ISKANDAR BERTUNANG LAGI?
dulu betunang dgn aishah si gadis melayu.. tapi jodoh tak panjang kan.. skrg dgr cerita nak bertunang lagi..eh yeke?? ally iskandar bertunang dgn farah lee.. seorang pelajar malaysia yg melanjutkan pelajaran di korea.. khabarnya farah lee ni berasal dari terengganu..
notatangan : sejak bila aku pandai terjah bidang gossip neh? @__@
Sunday, September 4, 2011
CARA NAK TUAI PADI
dah seminggu bercuti, hari ni masing-masing pulan ke tempat mencari sesuap nasi..selamat merempuh kepada semua. aku memang x kemana-mana.. hihi.. teringat kenangan pulang ke kampung dimana aku dapat lihat bendang-bendang yg luas terbentang. padahal tiap-tiap tahun kot aku balik.. kalau kecik-kecik dulu mesti balik 2,3 kali setahun.. pernah jugak aku balik awal dari famili aku.. beg gebdabak beso aku bawak sbb duduk sana 3 minggu. ape yang aku buat tolong nenek jual ais. pastu duit masuk poket sendiri. haha..
tapi kali ni aku balik ada sesuatu yg berbeza.. mak sedar aku dah pindah ke rumah baru. and depan rumah dia ada sawah padi.. ohmmmaaaiiii.. mane la pernah sentuh padi-padi tu semua. and now, aku dapat! (tapi yg x masak lagi, daun je aku sentuh T__T).
korang semua tahu ke cara nak tuai padi? kalau orang bandar macam aku ni (taklah bandar sangat mcm key elll tuh) harus lah xtaw. jom kita sama-sama baca info menarik ni.
Pokok padi akan mula mengeluarkan bunga apabila berumur 80-85 hari selepas ditabur atau 90-95 hari selepas tabur semaian dan buah akan masak 30-40 hari selepas peringkat berbunga. Air di dalam sawah hendaklah dibuang secara beransur-ansur apabila buah padi mula menguning dan sawah dikeringkan 14 hari sebelum padi masak iaitu mencapai kematangan 80% masak. Bagi kebanyakan varieti, penuaian boleh dilakukan kira-kira 30-40 hari selepas padi terbit. Penuaian buah padi yang terlalu masak atau 100% masak akan meningkatkan peratus kehilangan hasil akibat buah mudah relai semasa menuai.
Penuaian hasil boleh dibuat secara manual dan secara mekanikal. Cara manual ialah menggunakan sabit atau pisau penuai dan cara ini sungguh membebankan dan hanya dipraktikkan di kawasan bermasalah seperti di kawasan yang dalam dan tidak boleh dikeringkan, di kawasan yang kecil serta tidak mempunyai khidmat jentuai.
Bagi cara manual, padi perlu dibanting atau direlaikan dalam tong selepas disabit. Proses merelai padi boleh dipercepatkan dengan mengguna perelai mekanikal. Pada masa kini, penuaian padi dilakukan dengan menggunakan jentuai (hasil dituai dan dibersihkan sekaligus). Lazimnya apabila padi lembab, tahap penuaian rendah dan kehilangan bijirin meningkat. Dengan itu penuaian dengan jentuai biasanya dilakukan apabila pokok padi dalam keadaan kering.
see! camtu la rupanya pesawah bekerja kan.. ini baru peringkat pertama. ada lagi tau. tapi korang boleh la baca kat SINI yer..
aku pergi bendang snap gambo je. hikhikhik. tapi dalam hati ni ada jugak terpikir mesti kaya kan kalao jadi pesawah, penoreh getah. ada sape-sape nak amek aku bekerja x? saya tiada pemgalaman tapi saya mempunyai keazaman. hihihihi..
KEKASIH HATIKU
selamat beraya semua. masing-masing bizi nak g beraya sane sini. kononnye nak kutip duit raya.. banyak ke duit raya korang? huhu.. ini adalah kekasih hati saya selain dari famili saya.
agak-agak korang la kan, mana satu aku yer? soklan jenis ape ntah aku tanya.. muahahhahaa.. ni gambar fresh dari ladang.. gambar siang tadi yg diambil oleh tangan x berbayar waktu majlis kenduri kahwin schoolmate dulu2.. pelik x korang rasa...pergi kenduri tapi tangkap gambar sendiri. gambar pengantin entah ke mana.
kepada cik puan pengantin baru, selamat pengantin baru.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. jadi isteri solehah dan ibu yang mithali kepada bakal anak2 nanti yer.. hihi..
notatangan : kekasih hati saya ada 3. 2 dalam gambar. 1 lagi mana eh?
Wednesday, August 31, 2011
Monday, August 29, 2011
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2011
family : selamat hari raya mama, baba, angah, apit, ami, ate, ayid and adik. mama and baba, akak x keje lagi. jgn lupa duit raya yer.. huhuhu.. adik2ku, tahun ni akak x bg xde duit raya okeyh.. ahhaa..harap2 raya kali ni lebih bermakna.. kot la taon dpn da keje aku x dapat cuti raya ke kan.. naya gila tuh..
family jauh sket : cik kh, puteri pisces, duit raya jgn lupa PLUS hadiah hari jadi yo.. muahahahhaha.. semoga selamat la kita mengemas rumah dan menjahit langsir. (aku yg jahit, korang topup duit beli langsir je kan? :p )
kamoo : selamat hari raya. jgn sedih2.. mkn byk2 kuih raya. bg gemok sket yer. balik kampung hati2. kumpul duit raya byk2. leh kita sopping2. kan? huhuhu..
sahabat se unibersiti : selamat hari raya semua. salah dan silap harap dimaafkan secara zahir dan batinnya. aku dah maafkan salah silap korang kalau korang ada wat salah dgn aku (rsenye korazng xde salah kot). raya dtg la umah. dtg sendiri ye.. hihihi.. i miss my 5 bestest buddy!
sahabat se sesekolah : selamat hari raya. maaf zahir dan batin. lama x jumpa kan? raya jemput dtg umah. raya ke-5 yer.. raya pertama hingga ke-4 aku tutup umah. aku balik umah lain weh..
sahabat2 blogger : selamat hari raya. maaf zahir dan batin.. xde kad raya taon ni. taon dpn aku bg korang2 yer.. pasni wat la gathering byk2.. leh aku join.. kan? kalau sudi dtg la umah yer.. walopun aku kenal korang bukan lah dgn cara bersua muka tapi bersua blog aje, korang semua tetap kawan aku. harap dimaafkan kalau aku ada tercopy and paste kat blog aku tanpa izin korang, tersalah post entry atau tersalah ckp, aku mintak maaf semua. ngee~
jom kita layan pantun raya 1 malaysia.... utk blogger yg dtg dr mcm2 negeri..
Friday, August 26, 2011
BILA ISU KECIL JADI BESAR
nampaknya tinggal bape hari je lagi nak raya. dan hari ni adalah jumaat yg terakhir dalam ramadhan tahun ni. cukup dah ke amalan kita? hehe.. tengah-tengah buat kuih raya tadi, terdengar la perbualan 2 org budak yg tak bape nak beso. jom layan..
A (8 tahun) : awak ni ape la. harap je besa, main fifa pun tak pandai. ada ke defender boleh injured.
B (12 tahun) : laa..bukan saje-saje nak injured. striker dia nak sepak arah gol tapi terkena aku (nada tak puas hati)
A : eleh.. x terer ckp jela.. byk pulak alasan.. penak aku buat gol tau !
B : kecoh.. baru je buat gol 1 dah berlagak.. tengok aku pulak buat gol..
A : bajet betol.. awak prnh g genting? (tetibe masuk topik lain. kompius jap.)
B : macam la awak penah g.. sebok tnye org..
A : eleh..kedah awak penah g? perlis?
B : la.. one stop tu awak penah ke g? (one stop tu kedai mainan je).
A : tak penah. tapi awak tu penah ke g perlis?? (nada x puas hati sbb x penah g one stop)
B : x pernah g pon. biar la xg pon. awak tu tmpt yg dekat pon x penah g sebok nak g yg jauh. xyah berlagak la wei.. semak je sini.. g keluar tlg wat kuih.
A :eleh.. biarla..nak tgk awak mng ke kalah..
aku : bakpe 2 ekor ni ngok sgt.. T________T ada gak kena piat dua2 kang.. dlm ati ckp aku pun x prnh g perlis.. sob2..
x lama pastu A kuar tlg wat kuih raya..
kesimpulan dia, korang nmpk x? benda kecik pasal game je pon blh jadi besar. itu baru budak2 kecik. ce kalau budak besar (remaja/dewasa) ? xke lagi besar jadinye? lagi2 kalau benda tu melibatkan wang, pangkat dan segala benda la.. kasih sayang pun x terkecuali.. kan?
so, aku rasa kalau korang ade je problem kecik2 tu, setelkan jela cara baik.. kan? watpe nak gadoh2 pastu dengki mendengki pulak.. nanti ade jugak yg x bertegur sapa.. korang tau x kita ni xleh x bertegur sapa lebih dr 3 hari? tu dah kira kita memutuskan silaturrahim antara kita.. tapi kalau dah teruk sgt, memaafkan adalah lebih baik.. yg selebihnya terpulang kat sebelah pihak lagi..
apa motif aku citer panjang lebar nih? ntah. aku cuma melihat ragam-ragam org kat sekeliling aku je.
notatangan : kuih raya aku dah siap *wink*