Tuesday, December 11, 2012

IDEA UNIK DAN KREATIF MASYARAKAT CINA BEIJING

As-Salam.. Hye oLLs!


Sedikit cenderahati pemberian ibu bapa ku sekembali dari China. Jom layan..


 View dari depan


 View dari atas


 Bila di pakai : #1


  Bila di pakai : #2


 Bila di pakai : #3


 Bila di pakai : #4


Notatangan : Tak pernah fikir pulak hanya dengan sekeping kertas jenis kotak keras, boleh jadi topi untuk berteduh dari panas. Kos hanya RM 2.50 setelah di 'convert'kan :D

Monday, December 10, 2012

REVIEW TEMPAT MAKAN #1 : AL-RAWSHA RESTAURANT, KUALA LUMPUR

As-Salam.. Hye oLLS!


Dalam senyap-senyap aku di alam blog ni, aku sempat menambahkan berat badan aku di ana lemak-lemak tepu telah lekat secara permanent forever and ever. -.-'

Kali ni nak cerita pasal Al-Rawsha Restaurant. Alah, aku tau ramai yang dah pernah makan kat sana kan? Tapi, bagi yg tak pernah makan lagi, jom layan entri ni. Al-Rawsha ni restaurant makanan arab okeyh. Kalau korang pernah dengar Saba' Restaurant, maka ini adalah kembar dia. (owner lain-lain yer).

Dah, dari aku cakap panjang-panjang, meh layan gambar.


 Menu kami. Nasi kambing + air teh mint. memang tak habis.


 Kalau tgk bangunan luar dia yg cantik, dalam pun cantik u olls!


 1 plate for 3 people. Don't be so tamak utk makan sorang. Kompem tak bangun dari kerusi.


I don't know the name for that white. Handmade. tapi tekak aku xleh nak masuk benda alah tu. 


Sandwich ayam. Sangat la kenyang dan x perlu makan nasi dah. It's worth!


Eh! Eh! 


Bagi korang-korang yang nak try makan kat sana dan rasai pengalamannya (ecece!), google je Al-Rawsha Restaurant. Ramai blogger dah review tempat ni, siap include peta lokasi lagi. It's opration is for 24 hours. Rasanya kalau pergi malam lagi indah kot sebab feeling2 macam kau nak balik istana singgahsana kau sendiri. Huhuhu!


Notatangan: Bila la nak rajin taip entri ni kan.

Sunday, December 9, 2012

KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA


As-Salam.. Hye oLLs!



Kadang-kadang bila kita dah dapat sesuatu tu, tapi kita sedar ianya tak sesuai untuk kita. 

Maka kita tinggalkan ia.

Dan, kita cari yang baru dengan yakinnya kita rasa ia sesuai untuk kita.

Tapi, lama kelamaan kita sedar ianya tidak sesuai untuk kita. 

Dan, kita menyesal.

Ahhh.

Buat pening fikir je.

SELAMAT HARI AHAD!


Notatangan: Saje buat entri ala-ala prank. Padahal xde papepun. Best?? :p

Friday, November 2, 2012

REVIEW FILEM # 4 : SKYFALL (JAMES BOND OO7)

As-Salam.. Hye oLLs..

Semalam plan asal nak pegi Shah Alam. Kunun-kunun jadi tamak haloba la sebab nak jadi orang first sambar Adidas kat Al-Ikhsan Warehouse Clearance. Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Cash-cash je aku dapat balasan kena patah balik sebab hujan. Bila dah patah balik tu lalu sebelah Mid Valley. Elok-elok pulak nampak billboard Skyfall. Terus masuk Mid and beli tiket. Huehuehue..


Skyfall the James Bond series yang ke-23 mengisahkan tentang agen 007 yang sedang melakukan misi untuk menjejaki Raoul Silva (an ex-m16 operative) yg telah mencuri CD yg mengandungi senarai nama ejen-ejen perisik NATO di dalamnya. Al-kisahnya si Raoul ni nak dedahkan pada khalayak ramai la senarai nama ejen2 nato tu. Ni kira kes nak balas dendam la ni..So, James Bond dengan Lady M (ketua dia) kena jejak Raoul ni supaya maklumat tak tersebar. Kejar punya kejar, si assistant James Bond ni, Ms. Moneypenny tertambak James Bond. Adakah James Bond mati? Takkan hero mati ye dakk? So, bila dah lama hilang, James Bond ni kembali untuk menyelesikan misi penting dia. Punya la susah nak jejak si Raoul ni, sampai satu tahap si James Bond ni pasang plan nak jatuhkan Raoul ni kat kampung halaman dia. Yakni di rumah late parents dia which is 'Skyfall'..

Ending dengan kisah ni ade la sedih-sedih sikit  campur persoalan 'eh,pasni camne pulak kes yg James Bond ni nak selesaikan eh?'. Nak tau dengan lebih lanjut? Haaa.. Marilah ke panggung-panggung berdekatan yer..


Aku rasa plot cerita ni agak kemas, menarik dan memang teliti la si Director and si Scripwriter ni buat. Waktu mula-mula jalan cerita ni pun diorang tunjuk James Bond kena tembak and semua audience suspen! Tetibe si kakak Adele nyanyi lagu tema Skyfall yang dicipta sendiri. Pergghh.. Terangkat bulu roma kat tangan ni tau. Kemain sedap. 

Out of 5 bintang, aku bagi 4.95. Eh,ada perpuluhan pulaks. Sebab dia ada potong babak-babak menarik sikit u oLLs.. Hehe..




STARRING:

Daniel Craig - James Bond /007
Javier Bardem - Raoul Silva
Naomie Harris - Miss Moneypenny
Judy Dench - M

DIRECTOR:
Marc Forster

Notatangan: Datang office dalam keadaan mengantuk. James Bond punye pasal. Seat depan sekali ke movie abes lambat ke layan jer..

Tuesday, October 30, 2012

SAMSUNG GALAXY NOTE GOOD WORKING CONDITION TO GRAB!!!

As-Salam.. hye oLLS!

Kali ni aku nak tolong advertise untuk kawan aku yang sorang ni. Ada sesape yang rasa nak pakai Samsung Galaxy Note white colour, boleh la baca entri kat bawah ni, Huehuehue..

************


Original set and just use for few months only!

Phone come with all Original set:
1) Samsung Charger
2) Samsung Headset
3) Samsung Cable USB
4) Free 16GB external Micro HD Ultra (for Video HD recording)
5) Samsung Battery
6) Updated latest Android ICS 4.0.4

For viewing please call/sms 012-6682795(Nor) or 017-8880985(Wan) location Kg Pandan, Ampang, Masjid Jamek or KLCC.

Delivery: Upon your request

Price: RM1.2k (would be negotiable)

************

Basically, aku dah tengok Note dia ni dengan mata kepala aku sendiri. Kalau aku berduit, dah grab dulu dah dari aku post kat sini. Ye dakk? Overall memang ok..MAcam-macam application ada dalam hp dia nia.. So korang dah tak payah susah-susah nak download sana sini. Game pun banyak. Rupa pun ok. Macam baru beli lagi. Berminat??? Call aje no kat atas tu..





Saturday, October 27, 2012

AKU SEEKOR NYAMUK...

As-Salam.. Hye OLLs..


Aku seekor nyamuk durjana. Makananku adalah darah. Lebih-lebih lagi darah yang manis. Waktu  makanku kebiasaannya waktu maghrib. Mangsaku adalah mereka yang tak solat maghrib. (pandai pulak aku teka sape yang tak solat..)

Tempat tinggalku adalah di merata-rata tempat.. Dimana saja di dalam rumah mangsaku..Di toilet,di pasu bunga, di tempat letak pinggan dan macam-macam lagilah!

Bila masa gilaku datang, aku suka bermain-main di tepi telinga mangsaku. Kadang-kadang aku buat-buat irama lagu Siti Nurhaliza. Kadang-kadang aku layan lagu Ainan Tasnim. Ececece. Hebatkan aku.

Bila gila aku datang lagi, aku akan buat 'gigitan cinta' aku kat mangsa aku. Kadang-kadang kat jari kaki yang busuk, kadang-kadang kat belakang telinga, kadang-kadang kat atas dahi. Dah.. Semua tempat pun aku gigit.

Kini... Aku adalah seekor bangkai di atas lantai rumah mangsaku. Malam tadi mangsaku telah sembur Ridsect botol merah tulisan oren ke sekeliling rumah dia. Tambah pulak dia pakai ubat nyamuk lingkar jenama Shiledtox. Bila mana aku lemas tak dapat bernafas, dan terbang pun lemah longlai, mangsaku menggunakan 'raket' elektrik untuk memanggang aku hidup-hidup. 

Begitu lah kesudahan hidup aku. Kini, hanya ajal menanti aku. (Padahal dah mati on the spot).





Notatangan: Lemau sungguh entri ni. Mode cuti demam tak abes lagi :)

Tuesday, October 23, 2012

BUDAYA ITU..

As-Salam..hye oLLs..


Dah. Aku tau korang semua peliks sebab aku rajin update entri kan? Ekeke.. Ini namanya musim istimewa dah tiba. Cerita pasal budaya.. 


TEMPAT PRAKTIKAL
Bila sampai office : "Hi! Good Morning. Ooo.. U datang lambat eh? U dah breakfast?"

TEMPAT KERJA PERTAMA
Bila dah sampai office : "Hi! Good Morning! Khubii! Selamat pagi!How are you?How was ur day?Is everything ok?"

TEMPAT KERJA KEDUA(SEKARANG)
Bila dah sampai office : Terus pergi tempat sendiri dan duduk. Bukak komputer dan kerja. Bila akak cleaner lalu "Hi Kak Las. Selamat pagi.. hehe"


SEE! What is the different between those situations? Kadang-kadang rasa pelik, rasa janggal dan rasa bersalah pulak. Kalau tak sapa nanti dikata sombong. Tapi bila nak sapa, masing-masing menghadap kerja.

Ya. Mungkin setiap tempat tu berbeza keadaan dan suasana. So, aku kena adapt dengan semua tu. Actually dah adapt dah pun. Haha..

Bila difikirkan semula, aku bersyukur mak ayah aku ajar aku to be polite with others. Don't judge people by their appearance, their looks. Setengah orang kadang-kadang muka memang nampak sombong, tapi bila sekali dah bercakap. Uiihh. So, aku rasa it's a good thing la if u greet first. Tak salah kita mulakan dulu. It's not asking for sympathy from others right? Sesungguhnya memberi salam tu pun adalah sunnah. Dapt pahala lagi. 


Notatangan: Jom cari pahala free :D

Monday, October 22, 2012

SAYA SEBAGAI SEORANG PENGGUNA JALAN RAYA

As-Salam.. Hye oLLs..


Ini adalah kisah saya. Kisah saya sendiri juga kisah mereka sebagai seorang pengguna jalan raya. kadang-kadang pernah tak bila korang bawak kereta syiok-syiok sambil menyanyi lagu yg keudara kat radio, korang terlanggar lubang besar atas jalan raya?


Kadang-kadang pernah tak korang tengah cepat-cepat nak balik kerja, tetiba jalan 'jam' yang amat. Bila dah sampai kt tempat kejadia, tengok-tengok ada motor kemalangan sebab keadaan jalan yg tak rata tambah pulak licin sebab hujan?


Pernah tak  kawan-kawan koran yg naik motor, tayar motor mereka pancit atau bocor sebab langgar lubang yg cantik elok je kt atas jalan raya? Atau mungkin rim tayar mereka patah sebab langgang lubang? (Saya pernah!)


Ok.. Sekian luahan kali ini. Pihak-pihak yg berkaitan, sila ambil tindakan dengan kadar paling SEGERA. Pilihanraya dah nak dekat ni *tetibe*.


Notatangan: Luahan yang idea asalnya nak buat surat rungutan, alih-alih jadi bebelan pulak u oLLs. :p

Tuesday, October 16, 2012

IT'S NOT JUST A CONVOCATION. IT'S CONGRATULATION AND APPRECIATION!

As-Salam..

Lama dah tak jenguk jengah blog yg semakin bersawang ni kan. Sejak dah masuk ke 'alam' yg baru ni, kesibukan teramatlah jelas dan nyata. Yg penting, sekarang aku dah tahu macam mana nak decide keputusan dalam hidup sendiri nnt. Kehkehkeh!

Isnin yg lepas, yakni 08.10.2012, acara gilang gemilang untuk menghargai kami-kami yang dah lama sangat belajar kat UIA telah diadakan. Sedih memang sedih sebab tak semua ahli keluarga aku yang datang. Tapi, nak buat macam mane kan. Janji mak ayah aku datang. Sebab, tujuan aku naik atas pentas tu bukan untuk diri sendiri, tapi untuk mereka. Even, aku bukanlah pelajar terbaik dalam sesi konvokasi tu, sekurang-kurangnya bila aku naik pentas tu, aku dah membanggakan dan menggembirakan mak ayah aku. Inilah hadiah yang tak seberapa dari aku untuk  mereka.

 "Mama dan baba, mungkin hadiah ni tak seberapa dari kakak, tapi kakak nak ucapkan terima kasih yg mmg kakak takkan dapat balas sebab selama ni byk bagi sokongan kat kakak :') "

Dan untuk mereka-mereka yg sanggup datang walaupun letih-letih balik kelas, balik kerja.. Even ada yg wish by handphone & FB, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Korang semua dah jadi sebahagian dari hidup aku.. Susah dan senang ada bersama aku.. Aku hargai sangat2!

Masih teringat saat-saat tahun lepas. Bila all my sayangs konvo tapi aku sorang je yang tak konvo, terdetik jugak perasaan sedih tu. Hanya Allah je yang tahu macam mane rasa dia bila melihat mereka menyarung jubah konvo, senyum gembira, dan aku ada di situ menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang aunty untuk teman sepupu jauh aku tengok anak dia konvo. Lebih-lebih lagi anak dia is my bestfriend. But, I also feel very happy for them. And I know, one day my turn will come :D

Ok. tutup cerita sedih. Below are the moments that I captured during and after the events.


My Lovely Parents

Cik Ieyla.Com


Main stairs IIUM


 Batu bersurat IIUM

 Graduated!


Thursday, August 23, 2012

AL-FATIHAH

As-Salam..


Waktu kecik dulu, wan yang selalu buatkan air milo.
Waktu kecik dulu, wan yang jahitkan skirt dan blouse.
Waktu kecik dulu, wan yang selalu ajak ikut wan jenjalan.
Waktu kecik dulu, wan yang selalu basuhkan baju dan kasut.
Waktu kecik dulu, wan yang selalu sentalkan bedak kat muka aku. (Kalau tak, memang berkarat).


Waktu sekolah dulu, wan yang selalu tambah duit belanja.
Waktu sekolah dulu, wan yang selalu hidangkan makanan.
Waktu sekolah dulu, wan yang selalu tak kesah kalau tak stadi.
Waktu sekolah dulu, wan yang selalu basahkan telinga suruh bangun solat subuh.


Waktu belajar U dulu, wan yang selalu berleter beli macam-macam.
Waktu belajar U dulu, wan yang selalu tanya bila nak balik KL semula.
Waktu belajar U dulu, wan yang selalu bising baju raya asik warna biru jerr.


Tapi sekarang, nak minum air milo pun jarang.
Tapi sekarang, pergi rumah wan pun dah takde orang.
Tapi sekarang, dah takde orang nak marah beli macam-macam.
Tapi sekarang, tiap-tiap kali raya dah make sure tak beli warna baju sama jerr..


Dan saat ini, aku rindu sangat kat wan. 

Al-Fatihah buat:
Hajjah Azizah Binti Abdul Ghaffar
Lahir: 28 Disember 1931
Meninggal: 7 Mac 2011


"Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"


Wednesday, August 22, 2012

FROM KELANTAN TO KUALA TERENGGANU

As-Salam..


Entah hape aku nak update pun aku taktau. Oh ye. Dah nak masuk raya kelima. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk korang yang baca belog ini. Dan awak juga. Ye awak. Saya tau awak baca tau. Thanks.


Raya tahun ni aku taktau la aku nak cakap apa. Gempak ke tak gempak ke. Tangis ke tak tangis ke. Serabut tu memang paling banyak. Kau tengok muka aku pun belum tentu kau orang paham apa yang terbuku kat dalam hati. Eeuuwww! Madah buah mangga. Gitu la gayanya. 


Kalau tahun lepas aku ada upload kad raya family, tahun ni macam aku tak berminat nak letak. Mane la tau kot tahun depan aku upload kad raya aku bergambar dengan suami ke kan. Eh! Kemain! Disebabkan dah koje, duit raya memang macam harem. Sah aku kena start puasa enam bila mula koje semula nanti. 


*******************************************************************
(Amaran : POST BAWAH TAKDE KAITAN DENGAN POST ATAS)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Sesungguhnya apa yang awak rasa, saya turut rasa. Tapi, adakah apa yang kita rasa itu sesuatu yang pasti? Adakah awak yakin tentang masa depan kita nanti? Niat di hati bukan untuk menzalimi tapi mencari konklusi. Maaf.

Notatangan: Rasa macam nak berlaki. Kahkahkah! Aku dah cakap takde kaitan. Bakpe mu baca?? 

Wednesday, August 15, 2012

SURIA FM DAN SAYA

As-Salam.. hye oLLS..

Semalam semangat berkobar-kobar nak update entri. Tapi semangat je la. Tindakannya takde derr.. Teringat kisah 2, 3 minggu lepas waktu lunch hour, aku dengar Suria FM. Pastu ada la segmen yang nak bagi album free tu. Entah apa nama dia aku dah tak ingat dah. Kebetulan minggu tu diorang offer album Rossa. Aku pun apa lagi. Ambik henpon and tap tap tap. Send!


Selang 2 minit pastu Miera Suria FM call aku. Dikatanya aku penghantar sms bertuah. Hamekk. Tak pasal-pasal kena nyanyi lagu Rossa sebaris dua. Aku ni manela layan sangat lagu Rossa. Even kalau pergi karok pun tak pernah lagi layan lagu Rossa tau. Mungkin sebab ganas tu banyak kot dalam diri. Kan?


Well, dengan bantuan Miera, aku nyanyi jugak la lagu Rossa. Selamatla time tu set-set laki pergi solat Jumaat. Takde la ramai yang akan dengar suara sumbang aku kan. Haha. Minggu lepas ada surat dari Suria FM sampai. Aku kena sahkan semua information. Baru boleh dapat hadiah tu. So, aku nak jugak la tunjuk kat korang camne ghope surat tu kan. :p





Bila la dapat album ni kan. Pasni leh la aku praktis before g karok kan. Layan, feeling-feeling sket. Tak salah kan. hahahah!


Notatangan :  Esok last keje. Pastu enjoy cuti raya. Pastu masuk keje seminggu je. Haha!

Saturday, August 11, 2012

CERITA HANTU DI BULAN RAMADHAN

As-Salam.. hye oLLs..

Korang percaya ke ada hantu di bulan mulia ni? Syaitan memang kompem tengah sengsara kat dalam 'penjara' kan? Tunggu masa nak lepas je tu. Hehe.

Semalam time aku kelam kabut nak pergi kerja, ade la sorang kawan aku mesej kat henpon.

"Wei, bulan puasa ada hantu ker?" (Tanpa salam terus terjah)

"Apehal ko ni? Mengigau ker ape? Mane ada hantu wei time-time puasa ni. Asal?" jawabku.

"Aku tidur dengan member aku semalam. Tapi kitorang tidur songsang. Kaki aku kat kepala dia. Kaki dia kat kepala aku. Pastu dalam 2,3 pagi aku rasa ada orang cuit kaki aku. Aku biar jela sebab aku ingat kawan aku tu."

"Alaa.. Yela tu kot. Dia nak main-main dengan ko la tu" jawabku.

"Tapi masalahnya, lepas tu pun ada lagi sekali orang cuit kaki aku. Terkejut kott.. Aku pun bangun tengok dia. Tangan dia kat atas kepala dia kot. Jauh dengan kaki aku. Tak ke gigil"

"Hahaha.. Angin kot. Ko punya perasaan je tu. Dah la. Aku nak gi keje. Bye. Salam!" jawabku.


Demikian la ceritanya. Tak ke pelik bila dia ceritakan kat aku. Kompius pun ada. Bila aku cerita balik kat officemate aku, dia gelak sakan. Dah aku pulak macam orang b***h kan. Haha!


Notatangan :  Ada ke hantu waktu bulan puasa? Jin? Jawabla kalau korang tau. :D

Thursday, August 9, 2012

NAMA ITU

As-Salam.. Hye oLLs!

Alhamdulillah. Secalit perasaan gembira walaupun minggu ni kemarahanku agak melonjak. Tapi, di  bulan puasa ni tak payah la kot nak cerita benda-benda tak baik kan. Sudah, cukup cukup sudah..

Semalam bila tengok muka buku, dah kecoh sana sini pasal graduation list dah keluar. Aku ni dengan perasaan kurang eksaited pun bukak sama jugak. Kira macam orang lain dah kecoh-kecoh kat muka buku, aku pun nak jugak la buat kecoh kat sini kan. Kemain gatal.

Walaupun kawan-kawan aku yang lain dah lepas dah pun acara gilang gemilang ni, takpela. Aku enjoy dengan kawan-kawan yang lain. Tapi, ampa yang tengah baca ni jangan lupa prepare bunga ye u OLLS!

Perasaan bila nak tengok tu ada sedikit debar la aku rasa. Manela tau kot-kot nama aku takde ke. Tak kuasa dah aku nak tunggu setahun lagi. Bila tengok-tengok, nah. Ada nama aku, kat bawaaaahhhh sekali. Hehehe..

Roll n VT....






 
 Tuuu dia.. Seindah nama, secantik orangnya. Puiiiiii!

Wednesday, August 8, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # 27



Notatangan : Selamat berbuka puasa la korang2. (Kemain awal!)

Monday, August 6, 2012

TERKILAN

As-Salam..Hye oLLs..


Kenapa la Plaza Ampang City ni dikira dalam Kuala Lumpur dan bukannya Selangor. 
Tapi Ampang Point kira Selangor pulak.
Padahal Ampang Point tu seberang jalan Plaza Ampang City jerrr..

# Melepas CUTI FREE -.-"


Notatangan: Semangat shopping raya tak habis-habis lagik.

Monday, July 30, 2012

PANDANGAN MATA DAN HATI SEORANG WANITA

As-Salam.. hye oLLs..



 

Kadang kala ada kata yang tak terucap, ada rasa yang tak terungkap.


Saturday, July 28, 2012

REVIEW FILEM # 3 : THE DARK KNIGHT RISES (BATMAN)

As-Salam..

Kembali lagi dalam segmen jom tengok wayang.. 

Dalam minggu lepas, ade la jugak kaki aku ni ke Berjaya Times Square tu untuk tengok wayang. Kalau dulu asik layan Mid Valley je, laa ni layan Times Square je la.. Dekat yang amat. Jimat Teramat. Haha.. Korang dah tengok cerita The Dark Knight Rises?







Kali ni cerita Batman ni mengisahkan si Bruce Wayne a.k.a Batman (lakonan Christian Bale) yang bangkit dari masa silam dia setelah 8 tahun mendiamkan diri dan menyalahkan diri sendiri akibat kematian D.A. Dent Harvey. Ini semua berubah apabila munculnya pencuri kucing licik wanita, Selina Kyle (lakonan Anne Hathaway) yang sentiasa mempunyai agenda misteri.  Malah, garapan cerita ini lebih menarik apabila Bane si pengganas bertopeng yang kejam (lakonan Tom Hardy) yang muncul dengan rancangan jahat Gotham (bos dia kot) untuk memerintah Bumi dan membalas dendam lalu.

Apa yang terjadi sehingga ke akhir cerita?? Yang tu korang kena tengok sendiri samada kat cinema ataupun kat rumah masing-masing okay. Hehehe..

Bagi aku yang dah tengok ni, cerita ni lagi berbaloi tengok berbanding dengan Sp****m*n la kan sebab memang tak rasa langsung berejam2 duduk dalam panggung tu..

Overall, aku bagi 5/5 la cerita ni. See! Memang berbaloi untuk tengok tau kawan-kawan..

Friday, July 27, 2012

BILA HUJAN LEBAT

As-Salam.. Hye oLLs..

Lupa nak cerita.. Minggu lepas hari Jumaat, hujan lebat gilerr kat office aku. Kemain bergegar bangunan kat sini. Ada feel macam duduk kat Indonesia area gunung berapi Senah Kiah oii.. Bila kilat petir tengah khusyuk main sambar menyambar sesama depa, aku yang kat tingkat 17 ni dah cuak tak hengat dunia dah. Bukan ape, aku ada trauma sikit bab-bab kilat ni. Tutup Kes

Bila dah masa balik kerja, pekerja yang agak selalu curik tulang ni dengan kadar segera mengakat kaki dan blah macam tu je sebab dah teringat kat tilam dan bantal. Alangkah terkejutnya bila tengok ada pokok tumbang akibat permainan petir dan kilat sebentar tadi.

Cuba kau orang bayangkan kalau kau orang keluar pejabat tengok kereta atau motorsikal kau orang kena hempap dengan pokok. Dahsyat tak? Mau menangis sambil memikirkan duit yang akan kering dari poket-poket seluar dan akaun-akaun bank kau orang kan? Kehkehkeh..

Kelihatan ada 3 buah motor kena hempap dengan pokok tadi dan mujurlah kereta saga FLX (xtau sape punye) selamat beredar sebelum kejadian. Yang menakjubkan aku, 2 motor tu tersepit je antara dahan pokok tu. Dalam erti kata lain, mereka selamat lagi kalau angkat pokok tu. Tapi, kesian kat 1 motor Yamaha LC yang memang xde harapan langsung untuk diselamatkan. Macam lebih elok beli motor baru dari me'repair' motor tu tau. Aku hanya mampu tengok dan cerita kat korang je la yer. 

Sekian.
 
 
Teheee~






Wednesday, July 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # 26







Notatangan : What say you??

Saturday, July 21, 2012

WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

As-Salam.. Hye oLLs..


Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia (kalau bangsa lain faham bahasa Melayu). Hari ni officially la rakyat Malaysia termasuk aku yang beragama Islam berpuasa walaupun negara-negara Arab dah berpuasa semalam lagi kan :D  Walaubagaimanapun, ada je office mate aku yang dah mula berpuasa semalam. Tak sangka pulak dia mula puasa semalam. Kata dia sebab negara dia dah mula puasa semalam. First time aku pelik jugak kenapa dia puasa semalam. 


Semalam duduk kecoh kat office, siapa yang akan puasa esok. Pelik bin Ajaib jugak yang ni. Haih. Ada main ikut turn pulak yer depa nak puasa. Atau depa memang tak puasa?Jeng jeng jeng... Dalam duduk bising-bising tu, sempat aku mengoogle dulu waktu sahur dan berbuka bagi kawasan tempat tinggal aku. Jom la kita tengok-tengok dulu waktunya selama sebulan ni. Saja aku nak letak kat dalam blog bagi senang aku nak tengok hari-hari. Save paper, less cut tree, to protect our environment. Huhu..


  
Taken from HERE


Oleh itu, sebagai konklusinya aku nak ucapkan sekali lagi selamat berpuasa. Aku bayangkan ini adalah puasa terakhir aku. Siapa tahu mungkin esok lusa akan tiba masanya. Harap-harap Allah lapangkan masa dan waktu aku supaya aku dapat buat semuanya dengan sesempurna yang aku mampu.


Notatangan: Windu masa puasa tahun lepas. Masa yang aku takkan dapat semula sampai bila-bila :'(


Wednesday, July 18, 2012

KISAH SI PEMANDU TEKSI

As-Salam.. Hye oLLs..

Minggu lepas yang aku tak brape nak ingat hari ape, ada la aku g teman sorang kawan aku ni pergi jalan pekeliling. Maksud aku bukan jenjalan kat pekeliling.. Tapi pergi satu orong area pekeliling. Kalu korang orang KL yang pernah g ketuk kereta kat area pekeliling tu mesti tau tempat ketuk kereta Ah-Seng *kemain aku promote Ah-Seng kat sini.

Niat di hati nak naik tren jer. Jimat. Tapi sang kawan ni nak naik teksi. Aku layankan ajer la.. Janji bukan duit aku kan. Hehe.. Bila dah tahan teksi, sang kawan tanya pakcik teksi "Pekeliling you jalan ka?" Elok-elok driver tu jawab "Aiyyoo..Semua wa pegi la..Kalu tidak aa, baik wa takyah bawak teksi".. Satu yang aku suka la kat pakcik ni..Sebab dia x demand.. Kadang-kadang bila nak naik teksi je ,mesti ada je yang cakap tak pergi area tu.. Mungkin diorang nak bawak area dekat-dekat je kot. Save minyak dan tak peru susah-susah redah jalan jem kan..

Bila naik je teksi tu, perbualan dengan pakcik tu pun bermula:

Pakcik Teksi:  You ada lalu jalan ini ka semalam?
Si kawan:        Tarak lalu la uncle. Banyak jem la. Ada apa sini?
Pakcik Teksi:  Semalam wa lalu sini tengok ada polis. Wa ingat sini ada eksiden la.
                      Wa siap ready dengan kamera handphone wa. Tapi bila wa sampai sini tengok ada olang gila.
                       Itu baju, seluar semua atas jalan la. Dia sudah b***l tepi jalan sini.
                       Wa terus snap la gambar dia. Ini wa tunjuk sama lu la.. Tapi tak clear la.
                       Kalau wa ada iPhone baru cantik la.
Si kawan:        You biar betul uncle. (sambil gelak-gelak)

Aku yang duduk kat bahagian tempat dudk belakang ni tumpang gelak jela kan. Nak tengok gambar orang gila tu memang tak la.. Mau termuntah aku japgi. Haha..

Berbaloi la bayar RM 15.00 untuk entertainment yang macam tu kan..






Monday, July 16, 2012

BILA TEMPAHAN DAH TUTUP

As-Salam.. Hye oLLS..

Saat dan ketika ini aku kat Pahang lagi.. Bila mereka-meraka yang dah bekerja sedang duduk kat umah menghitung esok kena pergi kerja, aku yang kat kampung ni pulak dok menghitung pukul brape aku kena bangun untuk gerak balik KL esok. Kenapa aku balik esok? Erm.. Bila si anak kena meneman si bapa drive sampai Kl sebab sang bapa nak main golf kat KL. Teringat cakap mak aku semalam "Biar dia gila ke golf dari gila kat pompuan lain" . Haha. Ada nada-nada gusar sang isteri di situ (Baca dek mak aku post ni  mau kena 'ganyang' hidup-hidup ni kot)..

Hari ni ada misi yang aku kena selesaikan dengan mak aku. Misi membeli baju raya dan tudung raya. Yer aku tau korang semua dah beli sebulan yang lepas kan. Tapi ni kira awal la aku beli tau sebab tahun-tahun lepas seminggu nak raya baru aku g beli. Ini adalah disebabkan mak aku je yang jahit sendiri (itu untungnya ada mak pandai jahit. Hehe..) Cuma tahun ni perangai si anak dara dia pelik sikit sebab demand nak tempah dengan tailor.

Dari kegembiraan dah dapat cari kain yang agak aku tak berapa nak setuju warnanya (pilihan bapak aku la niii), dah bertukar jadi sedih dan risau. Tailor yang biasa aku tempah baju dah tutup tempahan dah. "Ahh sudahh..mesi tailor lain pun sama" kata sang penulis. 

Bila dah jadik camtu, mula la gelabah nak cari tailor.. Ada yang dah tutup tempahan, ada yang kata kerabat tak pandai jahit, ada yang kata tempahan lepas raya je yang bukak, ada yang kata tak sanggup. Sudaahhh... pilihan terakhir yang aku ada hanya satu je. Mintak mak aku jugak yang jahitkan. Nak taknak kena terima la even mak aku cam tak berapa nak konfiden dengan design nya.. kehkehekeh...

Notatangan: Pandan muka aku kan. Dah tau nak tempah slamber badak je beli kain lambat-lambat. Tapi lagi kesian kat mak aku kan. @_@

Friday, July 13, 2012

PERLETAKAN JAWATAN @ RESIGN

As-Salam.. Hye oLLS..


Suasana bekerja dan belajar sangatla berbeza. Kalu dulu bila kita jadi student, bila mood malas tu datang mendadak, automatik otak cakap "OK, takyah g kelas. t aku roger je minah tanya lecturer ajar ape". Tapi bila dah kerja ni perasaan malas kau orang datang, ada tak korang terus fikir taknak g kerja? Mesti korang fikir camni "Eh, kena pergi gak ni. Nanti ujung bulan duit aku tak cukup pulak nak bayar itu ini"


Pernah tak sampai satu tahap bila korang dah jadi si workaholic, korang rasa macam nak berenti kerja? Pernah tak korang rasa stress dengan kerja? Atau environment kat tempat kerja? Teringat cakap Audit Manager kat tempat aku praktikal dulu "You nanti kalau dah kerja, you cari tempat yang environment dia ok..kalau banyak kerja tapi environment ok, mesti xde hal la.. you akan happy punye.." Dan, aku rasa apa yang dia cakap tu memang betul. Au bukan nak cakap aku tak suka or stress kerja kat company sekarang. Oh, tidak! Hehe.. Tapi, aku nak jugak anta resign letter kat bos.
Kenapa yer? Hurm... No komen.. Aku nak bagi korang-korang semua baca resign letter ni..



Sumber : Abam Google



Sekian.....



Notatangan : Ada kena mengena ker??? -.-"

Wednesday, July 11, 2012

MARI MENULIS

As-Salam.. Hye oLLS!

Kembali lagi dalam segmen mari menulis (untuk mereka yang malas update macam aku). Kehkehkeh! Lately ni banyak sangat yang terjadi. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 1300-85-2525. :p

Mood nak menulis kembali untuk masa sejam je kawan-kawan. Itupun lepas baca entri-entri menarik dari blogger yang lain. Kemain rancak ampa-ampa semua menulis. Memang wa tabik lu la derr.. Tapi shaye kat sini macam orang nak gila perah idea. Takde pape yang nak diceritakan. 

Bila dah kerja kat syarikat ni, macam-macam orang dan perangai orang aku jumpa dan kenal. Walaupun environment kat sini sama je macam belajar dulu, tapi tekanan dia mungkin kuasa dua la kot. Cuma, dalam tekanan kuasa dua tu, ada jugak sesuatu yang menghiburkan. Jom aku story lagi....

Kat office ni, kami bukan 1 Malaysia, tapi kami 1 Asia. Hehe.. Bak kata makcik yang promote astro tu 'macam-macam adaaaa..' Ada Melayu, Cina, Iranian dan juga Afghanistan. Yang pandai cakap Melayu ada 2 orang je kat sini selain aku dan opismate aku yang memang lahir je dah jadi orang Melayu. Jadi, aku dan dia kat sini memang sehabis baik praktik cakap omputih. Tapi, google translate tetap menjadi assistant hebat. Yang lagi 2 orang pandai cakap Melayu tu bos aku yang berbangsa Cina dan sorang lagi opismate aku yang asalnya orang Afghanistan. Bila cakap dengan dia je memang cakap Melayu. Dia taknak speaking spekang ni kawan-kawan. Jom tengok bukti dia cakap dan tulis dalam bahasa Melayu. Hehehe..




Apa komen anda? Malukah kita sebagai orang Melayu tapi asik nak cakap omputih jer? (Patriotik tetibe). Tapi, opismate aku selalu suruh tulis blog dalam English sebab dia nak baca. Cemane tue???


Notatangan: Entri ni mengambil masa 2 jam untuk disiapkan. Sekian.

Thursday, June 21, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY # 25

as-salam.. hye oLLS..


A1 : Eh, kau ni jalan lambat la. Cepatla sikit. 
A2 : Ala, sabar la.. Aku lapar ni.. Sambil jalan-jalan ni boleh cari makanan.
A1 : Makanan apenye?? TAk malu ke orang lalu lalang tengok?? Ape lagi kau buat tu??!
A2 : Badan aku gatal la. Tunggu kejap aku nak gesel-gesel dulu.
A1 : Ah, lantak kau. Aku jalan dulu. Grrr...%^#%#$^!!!!



Begitulah kisah 2 ekor anjing jalanan sambil diperhatikan oleh tuan belog yang berdialog sendirian. Hebat x imaginasi shaye?? Hahaha!!!

Wednesday, June 20, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # 25






Nota tangan: Ada tips tak nak jadi sihat dan kurus? Bukan kurus semata-mata :D

Thursday, May 31, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #24





Semoga segala amalan kita hari ini dipermudahkan olehNya
dan 
diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan.
Amiin.



Tuesday, May 29, 2012

KERJA KERAJAAN DAN KERJA SWASTA. PILIHAN ANDA?

As-Salam.. Hye oLLS..


Kabare waang? Hari ni aku nak cerita topik berbangkit lagi panas uolls. Apa pendapat korang tentang kerja kerajaan dan kerja swasta? For me, it depends to that person la kan. (Kemain kau. Ayat orang Mesia. Depends jela memanjang)


Once upon a time, I have been asked by an aunty "Awak tak apply kerja kerajaan ke?". Then, I answered to her "oh, on the way aunty. Plan nak cari pengalaman dulu kat private sector. At least a year."
Later, she replied to me "oh, kena ada pengalaman ker?? Anak makcik dua orang mintak kerja kerajaan tapi takde pengalaman pun dan diorang dapat jer" . In my heart on that time "Eh makcik ni"
Hehehehe..


Sekian cerita saya. Kang panjang-panjang kang jadi isu besor pulak yer. Bagi aku, semua tu bergantung kepada rezeki masing-masing. Kalau dah tertulis rezeki kita akan dapat kerja kerajaan, maka dapatla kan. Kalau dah apply sepuloh kali sekalipun tapi masih tak dapat, tu maknanya kita kena usaha lagi. Lagi pun, semua tu terpulang kat kita, citarasa kita sendiri samada nak kerja kerajaan atau swasta. Dua-dua pun ada kebaikan dan keburukan. (Kerajaan ada buruk kerrr??)


 Ni ada sedikit hasil carian blog lain tentang perbandingan kerja kerajaan dan kerja swasta. Jom kita baca dan NILAI kan yer kawan-kawan..




Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
·    Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
·    Kenaikan gaji setiap tahun
·    Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
·    Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
·    Caruman KWSP atau pencen
·    Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
·    Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
·    Kestabilan ekonomi sendiri
·    Potensi dibuang kerja amat tipis
·    Kerja yang lebih tenang dan selesa
·    Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
·    Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
·    Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
·    Gaji pokok yang kecil
·    Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
.    Posting jauh dari tempat tinggal
·    Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
·    Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
·    Gaji pokok yang tinggi
·    Berorientasikan keuntungan syarikat
·   Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
·    Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
·    Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
.    Ruang kerja yang kondusif
·    Potensi dibuang kerja tinggi
·    Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
·    Masa depan tidak terjamin
.    Boleh pilih kerja

  * Peringatan : Ini hanyalah pandangan peribadi penulis je tau.


Jadi, dimana kedudukan anda sekarang? Apakah pilihan anda? Tepuk dada, tanya hati, nilai dengan minda :D



Notatangan : Kepada makcik itu, insyaAllah kalau ada rezeki saya, ade la nanti. Tapi saya nak kerja swasta dulu. kehkehkeh.

Sunday, May 20, 2012

BERTOLAK ANSUR

as-salam. hye oLLS..


Bila dah lama mengadap  komputer tapi fikiran ke blog memang dah tak ada, hari ni aku datang bersihkan blog.  entah sape je yang nak baca kalau aku tak konsisten macam dulu-dulu kan. takpe, aku cuba jugak la walaupun sekarang bos besar aku dah balik dari 'jenjalan' dan aku yang kat sini kena siapkan mental dan fizikal aku untuk layan dia. (jangan ingat aku ada 'business' lain pulak dengan dia. cait lu orang) . dah. kalau citer pasal keje memag 10 post aku boleh buat. jom baca karangan aku kat bawah.


Pasal topik aku kali ni, aku nak cite sikit pasal tabiat pemandu-pemandu dan penunggang-penunggang kat kolumpo sana.  Baik yang bawak kereta, lori mahupun bas metro, rapid dan SJ bus. Bagi aku, sebenarnya kat mana-mana dan sejak dulu dah benda-benda ni jadi. Cuma takkan aku yang tengah dalam bas nak terpekik terlolong nak marah depa kan. Jadi, aku gunakan blog aku ni sebagai medium untuk aku luahkan. Biar aku citer ikut jenis depa. 


1) Motorsikal

Kadang-kadang aku tak paham dengan sikap segelintir dari mereka ni. Lagi-lagi bila jalan jem yang amat. Nak kata tak bagi ruang kat kau orang, dah sebesar 2 kangkang dah aku bagi atau pemandu lain bagi. Tapi bila ada jenis yang bawak laju jugak masa jem, pastu kau menyelit tak ingat dunia, sekurang-kurangya kau tengok dulu tempat kau nak masuk dan selit tu, ada ke tak motor lain kat situ. Macam haritu, kesian aku tengok kat sorang pompuan yg bawak skuter. Tak pasal bergolek atas jalan waktu kereta sesak-sesak baru balik kerja. Terketar-ketar kaki dia. Cuak kot dia nak handle dengan segala bagai tu. Ni gara-gara kes selit-menyelit la ni. 


2) Kereta

Yang ni aku taknak sentuh time jalan jem. Aku cerita pasal kat lampu isyarat jela senang. kalau dah lampu tu warna oren dan SEDANG TUKAR JADI MERAH, apa yang perlu korang buat? Dan kalau jalan dan sesak gila dan memang for sure korang tak dapat melepasi garisan kuning kat lampu isyarat tu, perlu ke korang nak masuk lagi barisan tu? Cuba fikirkan pandangan dan PERASAAN mereka-mereka yang sepatutnya dah lampu hijau dan dah boleh jalan tapi masih tersangkut sambil memaki hamun tambah pulak dengan bunyi hon yang tak henti-henti mintak nak lalu jalan dia tu.

Lagi satu kes, baru je jadi depan mata aku 2,3 hari lepas. Bila kat lampu isyarat ada ambulans yang memang tengah berbunyi siren dia mintak nak lalu. Ada pulak kereta yang 'baik hati' boleh je dia jalan tanpa bagi laluan kat ambulans tu tadi. Bhai, cuba bayangkan kalau dalam ambulans tu ahli keluarga kau yang memang tengah nazak bertarung dengan nyawa dia. Kau nak lalu dulu atau kau nak bagi laluan untuk ambulans tu? Bukan susah pun aku rasa nak bagi laluan tu. Kan?


3) Bas dan Lori

Yang ni agak menakutkan aku. Mana taknye, dia dah tau dia besar dan body dia lagi kuat dari kita, dia memang masuk dan jalan sesuka hati dia je kat laluan kita. Pernah jadi tak kat korang? Andai kena la kereta kita, memang dia tak perrlu nak baiki apa-apa kat lori dan bas dia. yang dia tahu, hon kita je. Yang nak kena kerja keras cari duit baiki balik kereta, kita jugak nyah.


Aku rasa itu je entri emo untuk hari ni. Kalau nak aku cerita semu, esok pun belum tentu habis kan? Hahaha. Korang pernah jadi macam aku cerita kan tak? Cer share sini ;D


PERINGATAN : ENTRI NI SEKADAR PEMERHATIAN DAN PENDAPAT PERIBADI SANG PENULIS SAHAJA. SPEKULASI DAN MANIPULASI TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.



Notatangan : Home sweet home :p