Wednesday, August 22, 2012

FROM KELANTAN TO KUALA TERENGGANU

As-Salam..


Entah hape aku nak update pun aku taktau. Oh ye. Dah nak masuk raya kelima. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk korang yang baca belog ini. Dan awak juga. Ye awak. Saya tau awak baca tau. Thanks.


Raya tahun ni aku taktau la aku nak cakap apa. Gempak ke tak gempak ke. Tangis ke tak tangis ke. Serabut tu memang paling banyak. Kau tengok muka aku pun belum tentu kau orang paham apa yang terbuku kat dalam hati. Eeuuwww! Madah buah mangga. Gitu la gayanya. 


Kalau tahun lepas aku ada upload kad raya family, tahun ni macam aku tak berminat nak letak. Mane la tau kot tahun depan aku upload kad raya aku bergambar dengan suami ke kan. Eh! Kemain! Disebabkan dah koje, duit raya memang macam harem. Sah aku kena start puasa enam bila mula koje semula nanti. 


*******************************************************************
(Amaran : POST BAWAH TAKDE KAITAN DENGAN POST ATAS)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Sesungguhnya apa yang awak rasa, saya turut rasa. Tapi, adakah apa yang kita rasa itu sesuatu yang pasti? Adakah awak yakin tentang masa depan kita nanti? Niat di hati bukan untuk menzalimi tapi mencari konklusi. Maaf.

Notatangan: Rasa macam nak berlaki. Kahkahkah! Aku dah cakap takde kaitan. Bakpe mu baca?? 

1 comment: