As-Salam.. Hye oLLs..
Lupa nak cerita.. Minggu lepas hari Jumaat, hujan lebat gilerr kat office aku. Kemain bergegar bangunan kat sini. Ada feel macam duduk kat Indonesia area gunung berapi Senah Kiah oii.. Bila kilat petir tengah khusyuk main sambar menyambar sesama depa, aku yang kat tingkat 17 ni dah cuak tak hengat dunia dah. Bukan ape, aku ada trauma sikit bab-bab kilat ni. Tutup Kes
Bila dah masa balik kerja, pekerja yang agak selalu curik tulang ni dengan kadar segera mengakat kaki dan blah macam tu je sebab dah teringat kat tilam dan bantal. Alangkah terkejutnya bila tengok ada pokok tumbang akibat permainan petir dan kilat sebentar tadi.
Cuba kau orang bayangkan kalau kau orang keluar pejabat tengok kereta atau motorsikal kau orang kena hempap dengan pokok. Dahsyat tak? Mau menangis sambil memikirkan duit yang akan kering dari poket-poket seluar dan akaun-akaun bank kau orang kan? Kehkehkeh..
Kelihatan ada 3 buah motor kena hempap dengan pokok tadi dan mujurlah kereta saga FLX (xtau sape punye) selamat beredar sebelum kejadian. Yang menakjubkan aku, 2 motor tu tersepit je antara dahan pokok tu. Dalam erti kata lain, mereka selamat lagi kalau angkat pokok tu. Tapi, kesian kat 1 motor Yamaha LC yang memang xde harapan langsung untuk diselamatkan. Macam lebih elok beli motor baru dari me'repair' motor tu tau. Aku hanya mampu tengok dan cerita kat korang je la yer.
Sekian.
Teheee~
0 orang conteng sini. awak bila lagi?:
Post a Comment