Monday, February 13, 2012

SEDEKAH


as-salam..hye oLLs!




SITUASI 1



SITUASI 2


AMARAN : ENTRI INI PANJANG BERJELA  :p

Sebelum aku bercakap panjang tentang isu ni, nak aku tekankan bahawa ini hanya pendapat aku sahaja.. mungkin pemerhatian dan pendapat korang berbeza dengan aku kan. dan aku pun bukan nak cakap aku ni baik sangat dan selalu bersedekah.


Isu-isu kat atas ni tak pernah habis dalam negara kita even kat mana-mana negara pun kan? peminta sedekah ni kat merata tempat kita boleh tengok lebih-lebih lagi kedai makan dan warung-warung jalanan.. kalau peminta derma kebanyakannya aku tengok kat stesen minyak la.


Kebanyakan rakyat kita persoalkan kewujudan diorang.. ada segelintir yg berpendapat bahawa mereka peminta-peminta sedekah dan derma ni hanya lah satu sindiket yang mempergunakan kanak-kanak, kaum wanita dan orang kelainan upaya. bila persoalan ni timbul, niat yang pada mulanya nak bersedekah tadi terus dilupakan.


Bagi aku, bila mereka-mereka ni datang meminta sedekah dan derma dari kita, kalau kita berkemampuan tak salah rasanya untuk berkongsi sedikit rezeki yang kita ada. tak perlu la sampai nak persoalkan isu sindiket ni semua. melainkan kalau kita pasti yang mereka ni memang ada sindiket.


Kadang-kadang aku tengok ada jugak segelintir manusia yang menolak untuk memberi sedekah atau derma dengan cara yang kasar. kalau difikirkan, mereka yang meminta ni pun datang dan approach secara lembut, siap bagi salam lagi kan. xde salahnya kita nak tolak secara lembut sambil hulurkan senyuman. kalau kita tak mampu nak bagi wang, senyuman tu pun dah kira sedekah jugak kan :D


Banyak cara lagi kita nak tolong kalau betul mereka ni ada sindiket, time korang makan diorang datang approach, cuba ajak diorang makan instead of korang bagi duit kan? kalau ada yang datang mintak derma, make sure teliti dulu surat tu ada ke cop jabatan agama islam?


Atau cara yang paling senang, sedekah la sekiranya anda mampu. tak perlu nak persoalkan dari mana datangnya mereka semua. niat dalam hati kita bersedekah untuk mendapat keredhaan Allah. sesungguhnya tangan yang memberi tu lebih baik dari yang menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari tanga yang di bawah. bila kita dah bagi kat mereka, kemana duit tu pergi, kemana duit tu digunakan, jangan persoalkan. itu urusan mereka dengan yang diatas. jangan disebabkan seorang dua yang terlibat dengan sindiket, kita rasa semua peminta ni jugak terlibat dalam sindiket.


Kalau terlibat dengan sindiket sekalipun, bagi aku lagi(hehe..), bukan peminta-peminta ni yang salah. mereka pun sebenarnya nak cari makan kan. yang salah adalah yang memberi arahan tu (mungkin). kalau anda masih ragu, sedekah je kat surau-surau dan masjid-masjid. kat situ, sudah tentunya duit tu digunakan untuk surau dan masjid tu sendiri kan? :D



“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang –orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”.
(Al-Baqarah : 24)




Notatangan : Panjang pulak dah entri ni.. hehe..




25 comments:

  1. yup...kalau kami pun selalunya kalau budak2 mai mintak sedekah, kami ajak makan sekali je. hehe.

    ReplyDelete
  2. setuju2..
    suka entri ni..=)

    kadang2 tu memang tersentuh tengok org yg minta sedekah tu, tp bila tengok pada fizikal. sesetengahnye cukup lagi sifat, kenapa la pilih jadi peminta sedekah.. O_O

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..kdg2 mungkin diorang pun x mampu nak bekerja..atau diorg memerlukan wang secepat mungkin..kita pun xtaw keadaan diorang kan? :D

      Delete
  3. saya sedekah jika saya mampu..dan niat utk buat amal jariah..dah ..no regret no turning back ikhlas Lillahitaalla

    ReplyDelete
  4. betul2..

    Antara sindiket atau x, 2 org 2 dgn Allah..

    ReplyDelete
  5. betul tu aimi! org tu tipu ke tak, blkg crite r kan. Jnji niat kite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suddenly it become so weird when u look serious hafiz..hahaha

      Delete
    2. hahaha! sy mmg slalu serius okay!!

      Delete
  6. walaupun panjang berjeler aku tetap baca sampai habis..isk33.. sampai menetes air mata ni..hahahaha..nice entry...

    apa2 pun kalau kita yg beri sedekah kena ikhlas, dan yg minx sedekah tu jgn nak menipu2 ye..kui33

    nice blog..jgn lupa ye...do follow my blog =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tahniahla ko baca smpai abes..kalau aku kdg2 awal dan akhir je..miahhahhaa..jahat x? :p

      Delete
  7. shark sedekah bila org tu main muzik/hiburkn org ramai
    shark sedekha bila org tu x cukup sifat
    dan..
    shark xkn bagi sedekah kt org cukup sifat/mintk2 kt kdai makan.
    shark xkn bagi sedekah kt org tunggu dpan bank untk umah kbajikn..

    ReplyDelete
  8. setuju :)
    kite nak sedekah,sedekah la.pahala,antara kita dgn tuhan.
    kalau dorang tipu,itu dosa dorang.janji kita da buat kebaikkan

    ReplyDelete
  9. Tadi ibu saya baru nasihat. Dia kata kalau na sedekah pandang muke orang tu and cakap sekali "Doakan saya mati dalam iman ye". :)

    ReplyDelete
  10. niat kita sedekah dgn ikhlas... mana duit tu pergi biarlah yg memninta sedekah tu bertanggungjawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat..memberi tanpa mengharapkan apa2 :)

      Delete
  11. Dlm bab sedekah *bg islam* dan derma/sumbangan *bg bkn islam *ni, mak nak share 1 pemerhatian mak tak lama dulu.

    mak pernah melihat di kedai makan ygmana org islam yg menolak mentah2 peminta sumbangan ini. Dr jauh lg menggeleng2 pun ada. Yg bermurah hati nk menghulur, hanya sekeping note RM1.

    TAPI, depan mata mak sendiri, bangsa cina menghulurkan bantuan mereka kpd golongan peminta sumbangan ini dengan rela hati menghulurkan note RM50 dik. Paling sikit, ada RM 10.

    Cuba kita tenungkan..kenapa bangsa/kaum lain tak berkira pun utk hulur bantuan? Kenapa kita sgt2 kedekut utk hulurkan bantuan kpd sebangsa dan seagama kita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mak..saya pun pernah tgk mcm tu..bila bangsa lain pergi kenduri, tgk dlm sampul yg dia bg kat keluarga pengantin tu rm50..yg melayu rm2..bukanla nak berkira..


      even chinese agak berkira dlm bisnes, tp bila bab kebajikan ni, mereka xdela berkira pun...something that we should follow..

      tapi kalau kita dah betul2 x mampu sangat, erila takat mana yg mampu..kan? :D

      Delete