As-salam.. Hye oLLs!
Disebabkan kebekuan idea dalam kepala ni.. meh la saya layankan mata-mata anda dengan hidangan yang lazat lagi memikat kalbu (walaupun gambar cap henpon nokia sahaja).
Beberapa minggu yang lepas-lepas sewaktu masih di bumi Gombak, aku dan mereka-mereka kepingin nak makan ikan bakar. Tapi bukan sekadar ikan bakar kampung baru yang dah siap bakar tinggal pilih untuk dimakan je. Ikan bakar yang diiginkan adalah ikan bakar yang masih mentah untuk dipilih dan ditentukan masakannya. Makanya, harganya lebih kencang dari harga di kampung baru.
Diikutkan rasa hati, nak jugak ke Kuantan atau luar kawasan dari Kuala Lumpur. Tapi itu amatlah jauh. Duit tiada, kenderaan pun tiada. Jadi, dengan menggunakan khidmat pakar GPS (Guna Pasti Sesat), kami ke Pantai Jeram. Tak decide pun nak pergi sana, tapi dalam GPS yang tu paling dekat, kita ikut je la pokcik GPS tu.
Rasanya berbaloi-baloi ke sana. Betul-betul tepi pantai. Ikutkan hati lagi, nak je duduk kat pondok sambil merasa angin sepoi-sepoi mengibas tudung bawal. Tapi bila check purse, duit cakap jangan. Kang tak cukup duit nak bayar makanan sebab pondok pun kena sewa. Pondok kecik RM 10 dan yang besar RM 20. Okay, jom layan gambar.
Ye. Itu pinggan saya. Kerang dah separuh habis. Nasi tak makan lagi -.-'
Ketam berlada. Bila dah habis makan, terliur pulak tengok ketam goreng tepung. Menyesal 50%.
Memuaskan hati. Sebab biasanya dapat cekodok sotong, bukannya sotong goreng tepung camni :)
Yang ni beribu sesalan. Niat di hati nak makan ikan bakar. tetibe TERorder ikan siakap stim. Mengong*
Overall, memang puas hati makan kat sini. Kalau tak percaya, ayuhlah ke sana. Makanan lazat, servis pun cepat! Kalau pergi waktu siang, alangkah indahnya suasana. takpe-takpe Lain kali, ada rezeki, ke sana lagi bersama Lee Min Ho. Miahaha..
Notatangan : Cuba bagi idea sikit untuk entry baru,. Minggu ni otak slow untuk berfikir.