Wednesday, January 18, 2012

FOBIA

as-salam.. hye oLLs!

Justify Full
kali ni nak bukak topik fobia. kalau korang taktau fobia tu ape, google la sendiri. jangan nak spoil mood baik aku untuk karang cerita hidup aku.. hehe..


korang semua ada fobia?? I mean fobia dengan something ke someone ke? jap, someone pun fobia ke term dia? baik cakap takut je kan? dulu kecik-kecik aku (sampai besar gedabak ni) aku selalu fikir benda yang bukan-bukan.. yela..contohnya kalau pasal isu-isu semasa.. duduk fikir-fikir pastu bayang diri sendiri yang kena benda-benda tu semua.. kompem la aku fobia.. aku pun tak sure la term dia 'fobia' ke 'takut' yang patut aku pakai.. tapi layankan jela yer kawan-kawan..


dulu bila jadi tsunami, aku selalu bayangkan macam mana kalau aku yang ada kat tempat kejadian tu.. pastu mula la nak kaitkan macam-macam.. contohnya, tsunami waktu tu jadi dari laut. so, bila mak ayah aku bawak kami adik beradik pegi holiday kat laut or pantai, pastu aku dengar pulak bunyi ombak yang kuat PLUS angin yang kuat, mula la aku terbayang tsunami nak jadi.. pastu siap mimpi bagai ada adik aku meninggal sebab tsunami tu. disebabkan otak aku yang tak berapa nak sihat ni fikir macam tu, sampai sekarang aku tak berapa konfiden nak pegi laut. kalau nak pergi mandi manda, bawak je aku pergi air terjun. kan senang dan selamat tu. haha!


ada lagi.. dulu kan ada berita pasal kapal terbang terhempas.. disebabkan kejadian tu, aku selalu fikir, macam mana la kalau satu hari nanti, bila aku naik kapal terbang, dia terhempas tiba-tiba??? nasib baik sebelum aku fikir ngarut-ngarut camtu aku dah pernah naik dah kapal terbang.. kalau tak, tak merasa la I tau. disebabkan kejadian tu, aku fikir banyak kali.. aku nak pergi holiday jauh-jauh.. nak pergi Makkah pun kena naik kapal terbang.. habis tu macam mana aku nak pergi sana satu hari nanti? camne nak g Korea ke London ke Hawaii ke? (lagi cari pasal. ada pantai pulak kat Hawaii tu). dah aku jadi takut pulak. untunglaaaa bakal laki aku nanti kan.. ko bawak aku jenjalan naik kete jela. tapi jangan nak salahkan aku kalau aku demand kete mahal-mahal. haha!


lagi kan.. nak dijadikan cerita, aku pernah salah naik bas.. bas tu dari rumah kawan aku tak sampai pun rumah nenek aku.. dia patah balik weh. dah la waktu tu angin ribut kuat. kilat petir lagi. aku pulak terus tekan loceng and turun dari bas. tapi rupa-rupanyanya aku turun kat tempat yang salah. takde tempat berteduh.. yang ada kat situ pokok besar and kereta-kereta je. disebabkan takut kena panah petir pastu mati, aku dah fikir dah nak sorok bawah kereta kat tepi jalan tu. biar la malu ke apa ke. janji aku tak mati kena panah petir. tapi nasib baik ada sorang pakcik ni dia berhentikan kereta dia, pastu bagi aku tumpang sampai dia dapat tahan teksi. aku yang duduk dalam kereta tu dah tak senang duduk dah.. pintu pun tak tutup rapat. elok-elok hujan time tu. habis basah kereta pakcik tu.. dia siap cakap kat aku jangan takut. dia takkan buat apa-apa.. dia suruh aku takutkan Tuhan aku dari takutkan dia. pelik je kan? rupanya dia tu buddha sebab ada patung kat atas dashboard kereta dia.. patutla dia sebut Tuhan bukannya Allah.. tapi, disebabkan kejadian tu aku jadi takut kilat petir guruh semua tau. kat bilik aku siap ada tampal doa kalau kilat petir ni jadik. terima kasih banyak-banyak la pada sape yang sanggup carikan doa tu yer. hihi.. walaubagaimanapun,, kalau aku duduk kat bilik or keluar tetibe kilat petir, harap maaf la kalu aku nangis ke atau takmo jalan dah.. tu memang den x dapek nak kawal.. -.-"


korang nampak tak? bakpela kawan blogger korang ni loklak takut itu ini.. tapi bila dah besar panjang ni aku fikir balik.. buat apa la aku takut semua tu jadi sebab aku taknak mati.. kalau dah sampai ajal aku, kat mana-mana pun aku boleh mati kan.. tak semestinya sebab tiga benda kat atas ni.. Allah tu dah tentukan dah ajal maut hamba-hambaNya kan..




notatangan : korang ada fobia apa-apa?? entry ni aku buat sebab petang tadi ada orang suruh aku lawan fobia aku ni. dia siap cabar suruh main bungee jump kat sunway. gila ape!



4 comments:

  1. fobia kt cacing..!

    ewwwww...

    err..meremang bulu roma tgk cacing mengeliut-liut nk bergerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...cacing?yg tu jln menggedik abes..hihi

      Delete
  2. ko thu aku fobia ape??hahaha...
    weyh..ritu kat berita ade org wat bungee jump tetibe tali die putus..
    renung2kan klu g xmo ajak aku...haha

    ReplyDelete
  3. haha..katak?biarlah rahsia kan ape yg ko fobia..ko kan glemer..mana leh citer sini..haha


    kalau aku ajak ko, kot2 time ko naik bungee jump tu tali putus camne???haha

    ReplyDelete