Tuesday, January 17, 2012

MEMORI SAYA, DIA DAN MEREKA

as-salam..hye oLLs!

kali ni nak cerita memori-memori sepanjang kat universiti pulak ok.. universiti mane?carik sendiri kat fb.. huehuehue..

unofficially, dah habes pun belajar kat sana..perasaan yg tak boleh digambarkan dan tak difahami oleh orang lain. kenapa aku cakap macam tu? korang pernah rasa belajar nak amek degree 6 tahun or more? (except medic student okeyh). bila masuk je matrikulasi, kawan aku kahwin.. bila aku habis je belajar, dia dah anak dua.. sempat pulak dia berseloroh "aku rasa aku ada anak 3 nanti baru ko habis belajar kan?" sememangnya aku tak pernah salahkan takdir. Dia yg berada kat ATAS tu lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. kan?

selama 4 tahun dekat bumi gombak ni macam-macam dah jadi. gaduh sana sini.. sampai jadi isu besar.. tapi itu semua zaman tak matang lagi.. makin lama makin tua kan.. xdenya larat nak gaduh sampai bertahun-tahun senah oi. belum campur aku eksiden kena langgar dengan mat rempit lagi.. kejadian tu buat aku kenal siapa lawan, kawan, teman dan sahabat. pandai-pandaila korang cari perbezaan dia..

cuma episod akhir di sini banyak bagi kenangan manis untuk aku.. aku yang selama ni memang keseorangan, masih keseorangan di saat-saat akhir kat sini. cuma 4 tahun sebelum ni aku ada sahabat-sahabat yg juga rummate aku untuk aku berhibur.. walaupun aku tak banyak masa dengan diorang, diorang masih setia nak luangkan masa dengan aku walaupun seciput je. walaupun mereka graduate awal dari aku, aku happy untuk mereka. alhamdulillah masing-masing dah keje..dah ada hidup masing-masing.. teringat dulu, aku jadi sayu bila 2,3 orang dah dapat keje tapi yang selebihnya tak dapat lagi. aku cuba letakkan aku kat tempat mereka. dan paling buat aku terharu, even diorang dah takde bersama aku sem akhir ni, masing-masing masih ambil berat tentang aku. wawa yg selalu call untuk update cerita-cerita panas. btw, dia teman sedaerah aku. (senangla nak mintak tolong kalau nak kahwin nanti kan?dia yang kawen, bukan aku. haha). ieda yg masih nak wish good luck even waktu tu aku dalam exam hall kot. ieyla yg mesejnya asyik muah muah je.. syaheed yg memang aku dah kenal dari zaman sekolah lg.. dan zatul yg memang misteri (sian dia. aku taktau nak describe ape).

bila di kampus, jiran bilik aku merangkap kawan-kawan kelas aku pulak yg ambil berat kan. kalau jiran bilik tu, asyik jumpa kat toilet je. borak-borak smabil gosok gigi, sambil mandi manda. tapi jangan korang cakap aku mandi sebilik pulak. haih! menumpang balik dari kelas. mencopy cerita running man. tengok. ingat belajar je? huahuahua.. dan aku jugak ada auni, bie and sue. yang bertiga ni aku kenal dari first year first sem lagik. entah diorang ingat atau tak agak-agaknya. kelas math sama-sama.. business sama-sama. paling aku hargai, bila sem last ni aku yg agak lonely dalam kelas, dihiburkan dengan diorang. dari takde group mate, diorang sanggup amek aku. dari tak dapat update apa-apa dari fakulti, diorang jugak la yang akan mesej aku update itu ini.

kalau nak ikut, ada lagi mereka yang lain ambil berat kat aku. cuma cuba korang tengok entri ni. berjela-jela dah weyh. ada hikmahnya Allah tentukan hidup aku macam ni. kalau difikirkan balik, masa ni la aku dapat kenal yang mana betul-betul yang akan jadi sahabat sampai bila-bila. bukan yang berkawan seketika hanya untuk meminta tolong semata-mata even jauh di sudut hati, aku ikhlas tolong korang. mungkin hari ni hari korang. esok lusa hari aku ke kan?


ni secalit kenangan second final paper aku. integrated case study. yang best tentang kelas ni, dia tak stress sangat macam budak-budak sem lepas punye. lagi-lagi kelas aku ada group sepah, nasa, imad and the gang, firza and the gang PLUS F4 geng. korang jangan ingat taiwan je ada F4. malaysia mali meh...





notatangan : bakpe feeling-feeling ni weyh. loklak tengok tentang dhia marathon kot ;p

10 comments:

  1. awak sentiasa ade dalam hati saye...
    miss you dear!!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe...kan?xde stress sangat.. tapi dah masanya untuk berjasa kat mak ayah.. :D

      Delete
  3. uni mana ni..? mana..?


    ekeke..meh laa add fb i..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..universiti blogger malaysia..boleh?kalau dah ieyla dalam senarai tu nget, tembak je trs uni mane..haha...ce add ce add... :D

      Delete
  4. aaa.sdih la bce.ttbe rndu hostel .hhe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..jgn sedih2..nak xnk kena terima jugak kan?hihih

      Delete
  5. best3, buat la memory banyak3 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..best ke? tengs!!! tapi larat awak baca kisah karangan tingkatan 5 saya eh?
      salam kenal!!!

      Delete