Tuesday, January 31, 2012

JARAK

as-salam..hye oLLs!


manusia dan jarak. banyak yg boleh dikaitkan..


kadang-kadang kita sesama manusia kena jaga jarak dalam perhubungan.. kerna bila terluka, kita masih ada ruang untuk diri sendiri. kerna bila kita ingin mengundur diri, kecewa di hati mungkin dapat ditangani. sebab tu ada pepatah cakap, cinta macam mana sekalipun, sayang macam mana sekalipun, tinggalkan sikit ruang dalam hati untuk diri sendiri..


kadang-kadang kita sesama manusia kena ada jarak dalam perbualan. maksud aku, tak perlu la nak duduk dekat rapat kemain sampai jiran sebelah pun dapat bau nafas kita. kot la time tu nafas berbau kan. lagi-lagi lepas makan petai. ummpphh. sebab tu Halls buat gula-gula untuk hilangkan bau mulut. sebab Halls tau kita ni tak jaga jarak dalam perbualan. bagus pencipta Halls.


kadang-kadang kita sesama manusia kena ada jarak dalam pemanduan. ingat lagi time belajar memandu,ape sebab instructor suruh jaga jarak? semestinya mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. kalau kat traffic light tu, agak-agak la bhai nak berhenti kereta. tengok jarak kereta kau dan kereta aku (kereta mak aku sebenarnya). walaupun aku nampak kau rilek2 je bila kereta kau dekat SANGAT dengan kereta aku, aku yang kat dalam kereta ni cuak seribu oii.. kalau manusia belakang kau cium buntut kereta kau, tak ke nanti kereta aku pun kena. apa aku nak jawab dengan mak ayah aku hah. inilah perangai SEBILANGAN pemandu zaman sekarang. tak beringat sebelum kena. -.-"



notatangan : main point kat sini perenggan akhir tu je ok.

Monday, January 30, 2012

PELUANG

as-salam..hye oLLS!

semenjak dua menjak duduk rumah ni, mood makin malas. tambah-tambah pulak 'komputer riba' makin tecik kawan-kawan. mula-mula eksaited kemain nak yang kecik kan. kunun-kunun nampak cool la..tapi..nampaknya iPad lagi cool (even tak ada iPad). miahaha!

hari ni ada rumors cakap result exam akan kuar.. entah ye entah tidak. walau ape pun, aku harap result tu akan baik-baik sahaja.. setimpal dengan usaha aku (yang tak seberapa). semalam orang lain syiok-syiok tengok AJL, aku dan mereka kemain kuat berjalan-jalan di kuantan. pergi kedai buku je pun. ade la jugak hasil belian menggunakan voucer RM200 tu. nak tau buku apa, kena tunggu next entri. hikhikhik..

sebut pasal peluang, aku dah terlepas satu peluang interview. almaklumlah. sibuk mengalahkan perdana menteri..email sendiri pun lupa nak bukak. -.-' peluang mungkin datang sekali je, kalau kita ditakdirkan tak dapat menikmati peluang tu, anggaplah takde rezeki untuk kita. mane tahu Dia dah tentukan peluang yg lebih baik untuk kita ke kan? :D



notatangan : kembali menjadi driver

Saturday, January 28, 2012

HATI

as-salam..hye oLLs!


Dear you,

Terima kasih untuk segalanya. Takde yg setanding untuk membalas budi dan jasa baik awak. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan permudahkan segalanya untuk awak.


With love,
Me




Notatangan : mood packing barang. hati makin kecik.

Wednesday, January 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # 21

Tuesday, January 24, 2012

RULES IN LIFE



sumber : encik google

Sunday, January 22, 2012

KISAH SI KECIL

as-salam..hye oLLs!

semenjak balik rumah ni macam-macam dah yang terjadi.. aku kuatkan hati. ecece..nada macam kecewa. padahal tidak pun.. semalam sibuk menghadirkan diri ke majlis marhaban dan aqiqah..nak kata sepupu tak jugak.. anak kepada sepupu mak aku. korang rasa apa talian aku dengan budak kecik tuh?hihi.. paling menarik minat aku bila ada majlis berandoi. oh yer.. itu hanya adat melayu kita..so, bukan semua orang akan buat majlis tu.. and for the first time bila dah besar panjang ni aku attend majlis macam tu.. tadi aku ingat nak la bagi korang dengar lagu majlis berandoi tu. tapi malas aku lebih kuat dari rajin.. maka, anda-anda sekalian google je la sendiri.. haha! ampun!


tengah hari ni pulak attend majlis kahwin. syiok tak syioknya aku pulak yang kena bagi doorgift..tak kesah la kan.. hari ni kita menolong. kot esok lusa kita yang nak buat majlis, siapa pulak nak tolong nanti. even bodyguard aku ada 6, tapi tak semua boleh harap. huahuahua!


selesai majlis, aku balik rumah dan terbongkang. ape la nak jadi dengan anak dara sorang ni. korang jangan ikut perangai yang satu ni. haha. agaknya kalau bakal mak mertua tu baca la blog ni, kompem dia reject terus. sudaaaahhhh.. (calon ada dah ke over sangat ni?).. aku tertarik dengan satu perbualan antara mak aku dan adik bongsu aku. jom layan..


ma : adik, angah tak jadi nak pinjam duit adik untuk g umrah. takpe ke?

aku cakap dalam hati : macam la banyak sangat duit dia. puii

adik : laa.. kenapa pulak ma?

ma : angah cakap dia nak pinjam duit adik untuk kahwin. ke adik nak bagi untuk g umrah?

adik : eh, xpe jugak. boleh dapat anak sedara. hihi!

aku cakap dalam hati : hish. budak2 zaman sekarang. -.-"



see! sape la yang pengaruh adik aku sampai jadi macam ni? kalau cakap nak kakak or abang ipar boleh terima lagi. hahaha.. ini dia nak anak sedara..



notatangan : aku bukan angah :D

SPEECHLESS


semakin lama kita kenal seseorang, semakin bayak kebaikan dan keburukan dia yang kita tahu.
semakin tebal kesabaran kita terhadapnya. dan itu bergantung samada suka atau pun tidak kita kepadanya.




notatangan : jangan emo tak tentu pasal. haha

Saturday, January 21, 2012

FANPAGE

as-salam..hye oLLs!

bila mata tak lena-lena kerana eksaited kemain nak balik kampung, maka ini lah jadinya.
Dengan ini, diumumkan fanpage blog ini telah pun diwujudkan. adakah kerana ini azam tahun baru? oh, mungkin. tapi lebih lagia dalah disebabkan mata yang tak lena-lena. haha!

so, dijemput anda semua untuk like fanpage blog ni eh.. tiada paksaan dan tiada kompromi..
kalau anda suka, anda like. kalau tetibe tak suka, jangan takut-takut untuk unlike semula. kihkihkih~


tengok je sidebar kat sebelah untuk Like. (bajet retis!)


notatangan : jom tambah kawan..huhu~


Friday, January 20, 2012

KISAH SEBIJI LIMAU

as-salam.. hye oLLs!


mentang-mentang la orang dah semangat nak bercuti tahun baru cina..limau mandarin pulak belambak-lambak kan. aku pun tak kalah nak cerita pasal limau. jom!

kecik-kecik dulu waktu kat kampung, aku dengan terlebih seronoknya duduk kupas kulit limau. sah-sah la untuk makan. nak dijadikan cerita entah macam mana tetibe je lepas kena air percikan dari buah limau tu, mata aku sakit.

bila bukak je pedih-pedih.. korang pun dah biasa rasa kot bhai time kupas kulit limau. yang lainnya kisah aku ni selang 10 minit camtu la, biji mata aku ni dua-dua naik ke atas. taknak turun-turun tau! gelabah tak tentu pasal sambil dalam hati dok fikir takkan sampai tua mata aku camni..

aku pun masuk bilik senyap-senyap dan cuba untuk tidur.. mane lah tau kot-kot lepas bangun tidur mata aku ok semula.. tapi lain yang diharap, lain yang jadi.. makin teruk ada la.. lagi aku nakdia ke bawah, lagi cepat biji mata tu ke atas. oh men..

last-last aku pergi mengadu kat ayah aku.. mak sedara and adik beradik yang lain sedap je duduk gelakkan aku.. hey, ampa tak arasa ampa boleh la nak gelak-gelak. ayah aku baca ayat suci al-Quran kalau tak silap, lepas biji mata tu dah kembali normal. lega! pastu masuk bilik terus tidur. haha !


ni aku jamu korang dengan reaksi muka orang ni..






notatangan : korang rasa limau penyebab dia ke benda lain eh? tetibe terpikir sambil-sambil kupas limau ni :p

Thursday, January 19, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY # 20



sila tinggalkan link anda untuk saya blogwalking malam nanti


sementara mood blogwalking saya tengah membara


hehe!

SPONTANEOUS THURSDAY # 19


nurul illiani


nurul nasuha


najwa arifah


norasilawati


noor shahida


noor syahida


aimi syazwani



notatangan : slumber je tulis nama orang. hahaha ! ! !

Wednesday, January 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # 20

FOBIA

as-salam.. hye oLLs!

Justify Full
kali ni nak bukak topik fobia. kalau korang taktau fobia tu ape, google la sendiri. jangan nak spoil mood baik aku untuk karang cerita hidup aku.. hehe..


korang semua ada fobia?? I mean fobia dengan something ke someone ke? jap, someone pun fobia ke term dia? baik cakap takut je kan? dulu kecik-kecik aku (sampai besar gedabak ni) aku selalu fikir benda yang bukan-bukan.. yela..contohnya kalau pasal isu-isu semasa.. duduk fikir-fikir pastu bayang diri sendiri yang kena benda-benda tu semua.. kompem la aku fobia.. aku pun tak sure la term dia 'fobia' ke 'takut' yang patut aku pakai.. tapi layankan jela yer kawan-kawan..


dulu bila jadi tsunami, aku selalu bayangkan macam mana kalau aku yang ada kat tempat kejadian tu.. pastu mula la nak kaitkan macam-macam.. contohnya, tsunami waktu tu jadi dari laut. so, bila mak ayah aku bawak kami adik beradik pegi holiday kat laut or pantai, pastu aku dengar pulak bunyi ombak yang kuat PLUS angin yang kuat, mula la aku terbayang tsunami nak jadi.. pastu siap mimpi bagai ada adik aku meninggal sebab tsunami tu. disebabkan otak aku yang tak berapa nak sihat ni fikir macam tu, sampai sekarang aku tak berapa konfiden nak pegi laut. kalau nak pergi mandi manda, bawak je aku pergi air terjun. kan senang dan selamat tu. haha!


ada lagi.. dulu kan ada berita pasal kapal terbang terhempas.. disebabkan kejadian tu, aku selalu fikir, macam mana la kalau satu hari nanti, bila aku naik kapal terbang, dia terhempas tiba-tiba??? nasib baik sebelum aku fikir ngarut-ngarut camtu aku dah pernah naik dah kapal terbang.. kalau tak, tak merasa la I tau. disebabkan kejadian tu, aku fikir banyak kali.. aku nak pergi holiday jauh-jauh.. nak pergi Makkah pun kena naik kapal terbang.. habis tu macam mana aku nak pergi sana satu hari nanti? camne nak g Korea ke London ke Hawaii ke? (lagi cari pasal. ada pantai pulak kat Hawaii tu). dah aku jadi takut pulak. untunglaaaa bakal laki aku nanti kan.. ko bawak aku jenjalan naik kete jela. tapi jangan nak salahkan aku kalau aku demand kete mahal-mahal. haha!


lagi kan.. nak dijadikan cerita, aku pernah salah naik bas.. bas tu dari rumah kawan aku tak sampai pun rumah nenek aku.. dia patah balik weh. dah la waktu tu angin ribut kuat. kilat petir lagi. aku pulak terus tekan loceng and turun dari bas. tapi rupa-rupanyanya aku turun kat tempat yang salah. takde tempat berteduh.. yang ada kat situ pokok besar and kereta-kereta je. disebabkan takut kena panah petir pastu mati, aku dah fikir dah nak sorok bawah kereta kat tepi jalan tu. biar la malu ke apa ke. janji aku tak mati kena panah petir. tapi nasib baik ada sorang pakcik ni dia berhentikan kereta dia, pastu bagi aku tumpang sampai dia dapat tahan teksi. aku yang duduk dalam kereta tu dah tak senang duduk dah.. pintu pun tak tutup rapat. elok-elok hujan time tu. habis basah kereta pakcik tu.. dia siap cakap kat aku jangan takut. dia takkan buat apa-apa.. dia suruh aku takutkan Tuhan aku dari takutkan dia. pelik je kan? rupanya dia tu buddha sebab ada patung kat atas dashboard kereta dia.. patutla dia sebut Tuhan bukannya Allah.. tapi, disebabkan kejadian tu aku jadi takut kilat petir guruh semua tau. kat bilik aku siap ada tampal doa kalau kilat petir ni jadik. terima kasih banyak-banyak la pada sape yang sanggup carikan doa tu yer. hihi.. walaubagaimanapun,, kalau aku duduk kat bilik or keluar tetibe kilat petir, harap maaf la kalu aku nangis ke atau takmo jalan dah.. tu memang den x dapek nak kawal.. -.-"


korang nampak tak? bakpela kawan blogger korang ni loklak takut itu ini.. tapi bila dah besar panjang ni aku fikir balik.. buat apa la aku takut semua tu jadi sebab aku taknak mati.. kalau dah sampai ajal aku, kat mana-mana pun aku boleh mati kan.. tak semestinya sebab tiga benda kat atas ni.. Allah tu dah tentukan dah ajal maut hamba-hambaNya kan..




notatangan : korang ada fobia apa-apa?? entry ni aku buat sebab petang tadi ada orang suruh aku lawan fobia aku ni. dia siap cabar suruh main bungee jump kat sunway. gila ape!



Tuesday, January 17, 2012

MEMORI SAYA, DIA DAN MEREKA

as-salam..hye oLLs!

kali ni nak cerita memori-memori sepanjang kat universiti pulak ok.. universiti mane?carik sendiri kat fb.. huehuehue..

unofficially, dah habes pun belajar kat sana..perasaan yg tak boleh digambarkan dan tak difahami oleh orang lain. kenapa aku cakap macam tu? korang pernah rasa belajar nak amek degree 6 tahun or more? (except medic student okeyh). bila masuk je matrikulasi, kawan aku kahwin.. bila aku habis je belajar, dia dah anak dua.. sempat pulak dia berseloroh "aku rasa aku ada anak 3 nanti baru ko habis belajar kan?" sememangnya aku tak pernah salahkan takdir. Dia yg berada kat ATAS tu lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. kan?

selama 4 tahun dekat bumi gombak ni macam-macam dah jadi. gaduh sana sini.. sampai jadi isu besar.. tapi itu semua zaman tak matang lagi.. makin lama makin tua kan.. xdenya larat nak gaduh sampai bertahun-tahun senah oi. belum campur aku eksiden kena langgar dengan mat rempit lagi.. kejadian tu buat aku kenal siapa lawan, kawan, teman dan sahabat. pandai-pandaila korang cari perbezaan dia..

cuma episod akhir di sini banyak bagi kenangan manis untuk aku.. aku yang selama ni memang keseorangan, masih keseorangan di saat-saat akhir kat sini. cuma 4 tahun sebelum ni aku ada sahabat-sahabat yg juga rummate aku untuk aku berhibur.. walaupun aku tak banyak masa dengan diorang, diorang masih setia nak luangkan masa dengan aku walaupun seciput je. walaupun mereka graduate awal dari aku, aku happy untuk mereka. alhamdulillah masing-masing dah keje..dah ada hidup masing-masing.. teringat dulu, aku jadi sayu bila 2,3 orang dah dapat keje tapi yang selebihnya tak dapat lagi. aku cuba letakkan aku kat tempat mereka. dan paling buat aku terharu, even diorang dah takde bersama aku sem akhir ni, masing-masing masih ambil berat tentang aku. wawa yg selalu call untuk update cerita-cerita panas. btw, dia teman sedaerah aku. (senangla nak mintak tolong kalau nak kahwin nanti kan?dia yang kawen, bukan aku. haha). ieda yg masih nak wish good luck even waktu tu aku dalam exam hall kot. ieyla yg mesejnya asyik muah muah je.. syaheed yg memang aku dah kenal dari zaman sekolah lg.. dan zatul yg memang misteri (sian dia. aku taktau nak describe ape).

bila di kampus, jiran bilik aku merangkap kawan-kawan kelas aku pulak yg ambil berat kan. kalau jiran bilik tu, asyik jumpa kat toilet je. borak-borak smabil gosok gigi, sambil mandi manda. tapi jangan korang cakap aku mandi sebilik pulak. haih! menumpang balik dari kelas. mencopy cerita running man. tengok. ingat belajar je? huahuahua.. dan aku jugak ada auni, bie and sue. yang bertiga ni aku kenal dari first year first sem lagik. entah diorang ingat atau tak agak-agaknya. kelas math sama-sama.. business sama-sama. paling aku hargai, bila sem last ni aku yg agak lonely dalam kelas, dihiburkan dengan diorang. dari takde group mate, diorang sanggup amek aku. dari tak dapat update apa-apa dari fakulti, diorang jugak la yang akan mesej aku update itu ini.

kalau nak ikut, ada lagi mereka yang lain ambil berat kat aku. cuma cuba korang tengok entri ni. berjela-jela dah weyh. ada hikmahnya Allah tentukan hidup aku macam ni. kalau difikirkan balik, masa ni la aku dapat kenal yang mana betul-betul yang akan jadi sahabat sampai bila-bila. bukan yang berkawan seketika hanya untuk meminta tolong semata-mata even jauh di sudut hati, aku ikhlas tolong korang. mungkin hari ni hari korang. esok lusa hari aku ke kan?


ni secalit kenangan second final paper aku. integrated case study. yang best tentang kelas ni, dia tak stress sangat macam budak-budak sem lepas punye. lagi-lagi kelas aku ada group sepah, nasa, imad and the gang, firza and the gang PLUS F4 geng. korang jangan ingat taiwan je ada F4. malaysia mali meh...





notatangan : bakpe feeling-feeling ni weyh. loklak tengok tentang dhia marathon kot ;p

Monday, January 16, 2012

MENYERAH

as-salam... hye oLLS!


owh ye.. jangan risau kalau anda fikir ni bukan blog eyeme. memang betul pun ni belog dia. cuma dia je yang tak berape nak sehat. dari segi rohani bukan jasmani. ceit. nak bermadah kat sini. today, i'm give up. u know? dari tengahari sampai la ni dah macam-macam aku google tutorial. kononnye nak ubah template blog. dan sekarang? tadaaaa! ini lah hasilnya.. belog paling kreatif. puiii! dari angan-angan nak edit sendiri, tukar pulak nak pakai blog skin. pastu last-last template designer bodo-bodo sudah. wa dah malas. lu tengok wa punya header. bengang punya pasal, wa buang semua. mereng punya orang. ni semua kes takmau tengok pink. pink? bukan suka ke?

oh yer.. past 6 years dulu saya tak suka langsung pink. first time pakai pink, saya eksiden moto gara-gara tak pandai layan lap. alih-alih kawan aku kena jahit sana sini. -.-" lepas 2, 3 tahun, kunun-kunun berjinak pulak dengan pink. segala bagai nak pink. tapi bermula semalam, aku dah jadi kurang pink. konon-konon fikir dah besar la.. takkan nak pink macam chic2 yang ada kan.

jap, kenapa semalam? officially, satu kaki dah keluar dah dari universiti terchenta ni. satu lagi kaki tunggu result nanti. weeehuuu! ada tak sape-sape yg unemployed jugak ni? jom holiday ramai-ramai jom. korang belanja la..muahaha.

see! cuba baca balik entri ni.. first paragraph cerita tentang ape? second? third? dah. ok bye!




notatangan : ada ke sape-sape yg baik hati nak tolong adjust sikit belog ni? buatkan header pun xpe dah. uhukuhuk~

Sunday, January 15, 2012

APE DAH JADI ??!!

as-salam..hye oLLs!


takyah susah-susah nak pikir. blog wa dah jadi huru hara.

gara-gara nak edit sendiri. gewd! -.-"

Thursday, January 12, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY # 18

"WAL FITNATU ASYADDU MINAL QOTLI"


- DAN FITNAH ITU LEBIH SANGAT DOSANYA DARI PEMBUNUHAN -



AL-BAQARAH : 191

Tuesday, January 10, 2012

UBAT NYAMUK

as-salam.. hye oLLs!


okeyh.. ni entry pendek dgn tajuk yg entah ape-ape mungkin.. haha.. kot ye pun kan, xyah la ubat nyamuk jadi tajuk..

tapi, gara-gara ubat nyamuk, satu bilik aku berbau. the best part is tukang dalang semua ni adalah si penulis ini sendiri -.-"

masih ingat entri sebelum ni? nak tau, baca sendiri okeyh. muahaha.. disebabkan aku nak lagi jumpa abam brad pitt tanpa gangguan nyamuk-nyamuk gagah perkasa, maka aku pasang protection paling kuat. ye, paling kuat. a great package u oLLs! protection + bau paling kuat. owh dem. sila lihat ape yg aku pakai.





eh, kau orang ingat orang kampung je pakai. kalau dah yg current punya pun si nyamuk x mampuih, pakai aje asap-asap ni ha.. lagi-lagi nyamuk-nyamuk kat sini semua kebal-kebal dgn islamic environment yg diorang ada tau. -.-"

sekarang, semua pakaian dalam bilik ni harus dibasuh. kesian roommate2 sekalian. moral of the story, best pasang ubat nyamuk ni. kalau xnk nyamuk, sila la tutup tingkap. dah tau pokok berjuta kat luar bilik kan.



notatangan : orang loklak study 8 chapter.


Monday, January 9, 2012

ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI

as-salam..hye oLLs!


erm.. saat-saat mengigihkan diri utk bukak buku international business ni tetibe den terpikir..
alangkah indahnya hidup ini jika:


- dapat soklan spot dari lecturer IB. lagi-lagi chapter yg masuk utk essay and case study. so takyah gigih sangat nak bukak buku.

- final exam dah abes semalam. paper ics and ib dibatalkan. muahaha. giler sungguh.

- dapat tidur dengan nyenyak tanpa gangguan sang nyamuk yg sangat galak menyanyi pukul 3 4 pagi kat tepi telinga haku. dem. wa tengah sedap-sedap mimpi dating sama itu brad pitt, lu sedap-sedap interfere. yang peliknye, tah dari mane datang sang nyamuk itu.

- habis je belajar terus dapat keje. so tak payah susah-susah bukak jobstreet utk cari keje.

- di saat aku tengah lapar ni, ada delivery makanan sampai depan pintu bilik. lagi-lagi dari mekdi yg berhampiran. FOC pulak tuh. oh, baik sungguh abam mekdi. -.-"



notatangan : takyah nak berangan la. nama pun hidup. bukan semuanya indah. kelat pun ada.


Friday, January 6, 2012

MAKANAN PENYEBAB LUPA

as-salam...hye oLLs!
Justify Full
salam jumaat. okey2.. semalam punya paper, aku stress yg amat. boleh pulak sem lepas punya exam paper 2 helai je tapi semalam 5,6 helai. aku pun konfius.. exam paper ape aku jawab semalam.. taxation ke zakat? ke campur2??

dah dah.. mls nak citer panjang hal semalam.. ni ada info pasal makanan yg boleh menyebabkan lupa.. kenapa baru sekarang aku jumpa benda alah ni? (padahal dah tau tapi x ingat2).. disebabkan tangah musim exam ni aku kena letak sini.. baru rajin baca and ingat..


- banyak makan epal yg dah masam
- banyak makan makanan masam seperti jeruk dan buah asam
- banyak makan bawang besar
- banyak makan makanan yg mengandungi rempah dan ketumbar kering
- makan kepala ikan
- makan dan minum apa2 yg ada semut kat dalam dia. semut mempunyai sejenis kimia yg boleh melupakan ingatan okey!
- makan sehingga terlalu kenyang
- makan makanan yg telah disentuh oleh tikus
- makan makanan yg dijual di warung-warung yg kotor dan terdedah
- minum minuman yg memabukkan seperti arak dan air tuak
- makan makanan yg mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet





notatangan : sekarang aku tau kenapa aku lupa.. haha..



Wednesday, January 4, 2012

3 JENIS MANUSIA DI MUKA BUMI

as-salam..hye oLLs!


BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN SENDIRI
- mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman


BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN ORANG LAIN
- mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup


MEREKA YG TIDAK BELAJAR DARI PENGALAMAN SENDIRI DAN ORANG LAIN
-mereka ini lah yg hanyut dengan kebodohan sendiri




Notatangan : Kategori anda???

WORDLESS WEDNESDAY # 19




Tuesday, January 3, 2012

BUANG ANAK SAYANG ANAK


as-salam.. hye oLLs!


tengok tajuk pun boleh buat wa suspens der... kalau nak cakap kes buang anak ni sebenarnya dah lama sangat dah jadik. cuma kadang-kadang benda ni jadi bermusim pulak dalam berita.. syahdu pulak bila teringat kisah melawat rumah anak-anak yatim.. mulut memang harus dijaga.. jangan main cakap ikut sedap je.. kang jenoh nak memujuk.. aku tertarik dengan satu program kat tv baru-baru ni.. entah program apa nama dia.. lupa pulak aih..


cuma aku teringat ustaz tu cakap pasal seorang bayi..


dalam Surah Al-Isra, ayat 31.. terjemahannya ayat dia lebih kurang camni la..bila lahir je seorang anak itu, telah ditetapkan 4 perkara keatasnya.. AJAL, JODOH, REZEKI, QADA dan QADAR..


Yang aku tak paham ada la sesetengah orang zaman sekarang ni, bakpe la dia pandai-pandai nak sangat buat 'aksi' dia, pastu dia taknak jaga anak dia. kan? pastu buang je sesuka hati..


Anak bukan untuk dibuang tapi untuk dijaga kerna mereka lah penyambung generasi anda.. korang pun kena ingat.. Jika seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara:

Sedekah Jariah ( yg berterusan)
Ilmu yg bermanfaat
ANAK SOLEH yg mendoakan kepadanya


Dah terang-terang dalam hadith Nabi disebut pasal anak ni kan..


Renung-renungkan..



Notatangan : Perkongsian bersama.. kalau salah tolong tunjukkan yg benar kawan-kawan.

Monday, January 2, 2012

TRAGEDI 01.01.2012

as-salam..hye oLLs..

ye aku tau dah basi kalau nak update citer hari pertama tahun baru. mane taknye.. tgk aje blog-blog lain, semua dah update senah.. haha..

tapi aku pedulik hape..belog aku, ikut suka aku la kan. muahaha.. ooh yer..hari pertama aku di tahun baru.. banyak sangat yg jadik.. spend masa dgn kesayangan-kesayanganku... banyak sangat tragedi..jom baca cerita tittewww(menggediks)

detik nak countdown, bila ke dataran merdeka ditutup..terpaksa la pusing jauh-jauh. tapi hajatnya bukan nak ke dataran merdeka. ke tempat lain..jengjengjeng!!! tapi tapi tapi... disebabkan kena pusing jauh, my driver (bukan nama sebenar), terpijak kaca atas jalan raya.. makanya, serpihan tu terkena kereta org. bukan itu saja! mungkinla pemandu kereta tu menyumpahh seranah kami dgn mengatakan "Bo*** punya orang! pancit tayar kau japgi!"..
sah!! memang tayar kami pancit.. termenari kami dengan menaiki kenderaan yg tayarnya pancit. waduh.. dan terpaksa la patah balik ke tempat asal -.-"


bila dah siang, kesayanganku yg lain menjemputku di kediaman kedua ni haa... dgn 2 buah kereta rombongan cik kiah, aku ke low yat. (dem..x suka itu tempat).. ada yg mencari papago di sana.. aku?mampu tengok jela..kan??? slps lowyat, destinasi ke cyberjaya.. motif? nak pekena nasi arab. tempat bermalam pun kat putrajaya.. hehe.. yg tak bestnye, korang tau tak bulatan kampung pandan? ada pak polisi 3 orang tahan kereta yg aku pandu. ohh gosH! naik seram.dengan muka yg habes kesian dan bajet comel, aku ckp la aku ni student, taktau jalan pulak tu.. dia ckp jangan buat lagi kesalahan tu.. kesalahan ape? aku redah DOUBLE LINE. memang terbaek la!!!
hahahaha!!!


dah dah dah..kesimpulannya aku ada memori indah di tahun baru..kau hadooo????





notatangan: tangan dan jari jemari lenguh-lenguh menjatuhkan tenpin ;p