Wednesday, August 31, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 6




Monday, August 29, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2011

as-salam.. hye oLLs!




jamu mata korang dgn gambar raya thn lps dulu okey. ^^~


ok. ini ucapan dan pesanan ringkas sahaja. kot. haha. rasanye ini post terakhir sblm raya. malam ni dah x sempat dah nak online. byk gilos keje nak buat. nak iron baju la. bukan utk sorang tapi ber'orang2' spt di dlm gambar kat atas tuh.. hikhikhik.. dgn ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada...


family : selamat hari raya mama, baba, angah, apit, ami, ate, ayid and adik. mama and baba, akak x keje lagi. jgn lupa duit raya yer.. huhuhu.. adik2ku, tahun ni akak x bg xde duit raya okeyh.. ahhaa..harap2 raya kali ni lebih bermakna.. kot la taon dpn da keje aku x dapat cuti raya ke kan.. naya gila tuh..

family jauh sket : cik kh, puteri pisces, duit raya jgn lupa PLUS hadiah hari jadi yo.. muahahahhaha.. semoga selamat la kita mengemas rumah dan menjahit langsir. (aku yg jahit, korang topup duit beli langsir je kan? :p )

kamoo : selamat hari raya. jgn sedih2.. mkn byk2 kuih raya. bg gemok sket yer. balik kampung hati2. kumpul duit raya byk2. leh kita sopping2. kan? huhuhu..

sahabat se unibersiti : selamat hari raya semua. salah dan silap harap dimaafkan secara zahir dan batinnya. aku dah maafkan salah silap korang kalau korang ada wat salah dgn aku (rsenye korazng xde salah kot). raya dtg la umah. dtg sendiri ye.. hihihi.. i miss my 5 bestest buddy!

sahabat se sesekolah : selamat hari raya. maaf zahir dan batin. lama x jumpa kan? raya jemput dtg umah. raya ke-5 yer.. raya pertama hingga ke-4 aku tutup umah. aku balik umah lain weh..

sahabat2 blogger : selamat hari raya. maaf zahir dan batin.. xde kad raya taon ni. taon dpn aku bg korang2 yer.. pasni wat la gathering byk2.. leh aku join.. kan? kalau sudi dtg la umah yer.. walopun aku kenal korang bukan lah dgn cara bersua muka tapi bersua blog aje, korang semua tetap kawan aku. harap dimaafkan kalau aku ada tercopy and paste kat blog aku tanpa izin korang, tersalah post entry atau tersalah ckp, aku mintak maaf semua. ngee~


jom kita layan pantun raya 1 malaysia.... utk blogger yg dtg dr mcm2 negeri..





notatangan : agak2 korang la kan. baju raya aku tahun ni warna ape yer?? hekhekhek..

Friday, August 26, 2011

BILA ISU KECIL JADI BESAR


as-salam.. hye oLLs!

nampaknya tinggal bape hari je lagi nak raya. dan hari ni adalah jumaat yg terakhir dalam ramadhan tahun ni. cukup dah ke amalan kita? hehe.. tengah-tengah buat kuih raya tadi, terdengar la perbualan 2 org budak yg tak bape nak beso. jom layan..

A (8 tahun) : awak ni ape la. harap je besa, main fifa pun tak pandai. ada ke defender boleh injured.

B (12 tahun) : laa..bukan saje-saje nak injured. striker dia nak sepak arah gol tapi terkena aku (nada tak puas hati)

A : eleh.. x terer ckp jela.. byk pulak alasan.. penak aku buat gol tau !

B : kecoh.. baru je buat gol 1 dah berlagak.. tengok aku pulak buat gol..

A : bajet betol.. awak prnh g genting? (tetibe masuk topik lain. kompius jap.)

B : macam la awak penah g.. sebok tnye org..

A : eleh..kedah awak penah g? perlis?

B : la.. one stop tu awak penah ke g? (one stop tu kedai mainan je).

A : tak penah. tapi awak tu penah ke g perlis?? (nada x puas hati sbb x penah g one stop)

B : x pernah g pon. biar la xg pon. awak tu tmpt yg dekat pon x penah g sebok nak g yg jauh. xyah berlagak la wei.. semak je sini.. g keluar tlg wat kuih.

A :eleh.. biarla..nak tgk awak mng ke kalah..

aku : bakpe 2 ekor ni ngok sgt.. T________T ada gak kena piat dua2 kang.. dlm ati ckp aku pun x prnh g perlis.. sob2..


x lama pastu A kuar tlg wat kuih raya..


kesimpulan dia, korang nmpk x? benda kecik pasal game je pon blh jadi besar. itu baru budak2 kecik. ce kalau budak besar (remaja/dewasa) ? xke lagi besar jadinye? lagi2 kalau benda tu melibatkan wang, pangkat dan segala benda la.. kasih sayang pun x terkecuali.. kan?

so, aku rasa kalau korang ade je problem kecik2 tu, setelkan jela cara baik.. kan? watpe nak gadoh2 pastu dengki mendengki pulak.. nanti ade jugak yg x bertegur sapa.. korang tau x kita ni xleh x bertegur sapa lebih dr 3 hari? tu dah kira kita memutuskan silaturrahim antara kita.. tapi kalau dah teruk sgt, memaafkan adalah lebih baik.. yg selebihnya terpulang kat sebelah pihak lagi..

apa motif aku citer panjang lebar nih? ntah. aku cuma melihat ragam-ragam org kat sekeliling aku je.






notatangan : kuih raya aku dah siap *wink*

Thursday, August 25, 2011

TUGAS HARI INI

as-salam.. hye oLLS!

ingat nak buat entry ni jadi spontaneous tapi mak dah x kuasa nyah nak pk ayat gempak da bomb je..

semalam hati aku berbunga riang sama mcm hati dia. dia?? abaikan. tapi.. tiba-tiba mak ckp kena kemas umah la, vaccum umah la.. bayar duit kete adik and mak la.. see! byk x keje saya? lagi satu dia ckp kena buat kuih rayo.. (tlg jgn terkejut!). maka hati kami kembali kuncup. T___T

and pagi ini, ape yg aku buat lps sedap2 membongkang tido? haha.. bgn, mandi, pergi bandar byr duit kete mereka (itupun lps 10 kali pusing cari parking) dan yg paling best, aku g shopping tudung yg bkn nak pakai time rayo guna duit mak aku.. (jgn tiru)

balik je umah, tgk tb layan cita bella.. pastu laila manja pulak. tgk, syiok x saya? muahahhaha.. ada ke aku ckp aku kemas umah? xde pon kan? gila malas! vacuum? x jugak.. teruk giler malas! yang aku buat masukkan kusyen dlm sarung dia je.. kuih raya haram jadah nak sentuh.. dan skrg, aku nak bersiap pegi bukak pose bersama ghodong terchenta kat luar. hikhikhik..

kesimpulan yg aku dapat buat kat sini, malam ni aku x boleh tido. kalau x, harus x dapat duit raya oii.. so, marilah teman aku kemas umah malam ni, buat kuih rayo awal pagi ni dan vacuum umah lps sahur. takkan aku nak wat malam2 buta.. mau kena maki hamun dgn jiran sebelah kan?




notatangan : selamat pulang ke kampung silent readers yg belum lagi ada kat kampung. aku? dah berbulan kat sini. hikhikhik.. have a safe journey u oLLs!


SPONTANEOUS THURSDAY # 5


it's not easy for me to tell you the truth



when we already plan for something that will make us happy



i never meant to hurt you since i really like, love and care about you



i just can't stop myself to think about you !





Wednesday, August 24, 2011

HUKUM SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK


as-salam. hye oLLs!


Hadith:

DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)".

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika.

Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat.

Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.

Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan.

Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.



sumber : mstar


notatangan : bulan2 pose ni syaitan dah kena ikat. kalau mengantuk dan byk gangguan time nak solat tu mksdnye dtg dr diri sndr la tu..





WORDLESS WEDNESDAY # 5







notatangan : awak became yg the first one sama seperti biasa :D



Monday, August 22, 2011

JOM TEKA


as-salam. hye oLLs!

jom kita teka ramai-ramai teka-teki ni nak? :D



1. Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?


2. Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?


3. Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?


4. Berjalan guna 2 kaki, berhenti sekejap guna 3 kaki, bila berhenti lama guna 4 kaki, siapakah dia?


5. Bilakah masanya seseorang itu menutup aurat walaupun sebelum ini tidak?


6. Bandar ini terletak di Malaysia, tetapi kepunyaan orang putih. Bandar apa itu?


7. Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?


8. Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?


9. Sungai apa paling tajam?


10. Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?



enjoice! ^.^v


SUAMI DAN ISTERI



as-salam. hye oLLs.
jom layan time-time mata ngantuk nak bekerja :D


Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."


***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."


***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..


***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...


***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...



Justify Full
credit to GELIHATI


LELAKI



as-salam. hye oLLs!


korang tau tak ada 5 kemahiran yg lelaki semua perlu ada berbanding wanita?
this is open topic. any suggestion or opinion are highly appreciated. :D


1. Memimpin - Lelaki harus ada rasa tanggungjawab utk memimpin keluarga mereka. sbb itu lelaki yg menjadi ketua keluarga.


2. Memujuk - Hati dan perasaan lelaki sukar terguris berbanding wanita. mereka lebih byk menggunakan perimbangan akal berbanding wanita yg hanya mengikut emosi sahaja. ( tak semua wanita)


3. Membuat Keputusan - wanita mampu utk memberi seribu cadangan tetapi mereka sukar utk membuat keputusan berbanding lelaki. pemikiran lelaki adalah lebih realistik berbanding wanita.


4. Menyelesaikan masalah - seorang lelaki haruslah lebih memikirkan PENYELESAIAN terhadap sesuatu masalah berbanding dgn masalah yg mereka hadapi.


5. Menyampaikan Maklumat - tujuan sebenar dalam kehidupan kekeluargaan takkan dpt dicapai sekiranya lelaki tidak dpt menyampaikan maklumat dgn jelas dan tepat.






korang agree? disagree?


buah cempedak di luar pagar
ambil galah tlh jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tlg tunjukkan






notatangan : aku ada ramai adik lelaki. harap-harap mereka faham semua ni. kalau x, abes. T.T




WANITA



as-salam. hye oLLs.




wanita ibarat sebiji epal.

epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di atas tanah.

tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak dan susah untuk dipetik dan digapai.

kadang-kadang epal itu risau kenapa ia masih belum dipetik.

lalu ia merendahkan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.

hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu memetiknya.



image credit to google


motif entri : tak tau. k bai.





notatangan : taip entri sambil memikirkan sesuatu. T.T





Sunday, August 21, 2011

POPIA SIMPUL


as-salam.. hye oLLs!


selamat berbuka bagi semua umat Islam utk hari ini.. ape pun juadah anda, kita haruslah bersyukur :D lagi-lagi bulan dlm bulan ikhlas ni.. ape pun yg berlaku semuanya atas keizinan Allah s.w.t..

korang pernah makan popia simpul. kalau x, cepat-cepat la g kedai beli popia tu sementara stok masih ada. cewwah ! iklan bagai kat sini kan?

nak tau kenapa lama sgt menyepi dr dunia blog ni? jawapan part 1 aku dah letak siap-siap dlm wordless wednesday yg lepas. kali ni aku nak share part 2 pulak. tak larat pulak nak tunggu wednesday kan. kot kalau ada hal wednesday nnt dah tak dapat nak post (padahal wednesday nanti aku dah tau nak letak gambar ape :p )

okeyh2. ni jwpn utk part 2. sila tgk. (ayat takleh blah).






nampak? haa.. minggu lepas aku membizikan diri yg sbnrnye mmg x bizi langsung utk buat popia simpul ni. oii.. ingat senang ke nak buat kalau tgn korang keras mcm tgn aku? mau koyak kulit popia tu. tapi berkat kerajinan aku (padahal kena paksa), aku buat jugak dgn gigih sehingga migrain kepala otak. nasib baik 'my driver' and 'my fashion designer' ada utk memberi semangat tau. hihihi..

korang pelik x apesal byk sgt? haruslah byk kalau makcik promoter dah promote kat org sampai tempahan mencecah angka puluh (bukan sepuloh). T.T

penat lelah semua ade nak siapkan sampai masa tidur aku yg sampai tengari hari buta tu terpaksa dikurangkan. tak ke macam org yg dah kerja tu. baru tau betapa susahnye nak cari duit. kan?

ok la. aku penat nak taip panjang-panjang no. karangan zaman sekolah dulu pun xdela panjang camni. ini tipu :p







notatangan: order dah tutup tau. tahun depan i open order kt sini. amacam? gempak x? beli tau. paksa giler ni. ahahah!

TEMERLOH


as-salam. hye oLLs!

salam ramadhan yg ke-21.. harap-harap 10 hari yg terakhir ni kita dpt tambahkan amalan kita semua okey.. who knows kalau-kalau ini ramadhan kita yg terakhir. kan?

get back to the story peeps.. temerloh? korang tau tak ape tu? itu adalah tempat. satu daerah yg ada dalam pahang.. and normally people called it 'temerloh bandar ikan patin'. tak tau jugak? ala. yang kecoh masuk dalam berita pasal makan ikan patin tapi kena bayar rm13000. tempat kau ado? haha!

memandangkan dah nak dekat raya ni, jual sakan la peniaga-peniaga kat sini menjual segala benda alah utk raya. baju lah, kuih la, kerepek and mercun pun ada. ish.. geram pulak bila sebut mercun ni.. and utk pengetahuan korang, kat temerloh ada pulak bukak bazar ala-ala downtown cheras or uptown danau kota tu.. kalau lah begitu x perlu dah aku nak ke kL kan? eh, yeke?!

cuma yang aku tak bape nak puas hati nyer, bukannye orang byk jual baju raya oi.. tudung raya ado la.. sabo jela.. kek nye koi ni xde baju raya lagi.. memutar pegi malam tadi mencari baju raya.. tapi satu pun x berkenan di hati.. nasib la ada jugak kedai ala-ala butik murahan yg masih bukak lagi. aku pun rembat aje la satu lps 'my fashion designer' and 'my driver' tu ckp ok and just nice. just nice je depa bagi? ok la tu dari takde baju utk raya nnt kan..

ok. itu aje nak citer. sape-sape yg ddk area sini, or jengka or jerantut or bentong yg rasa-rasa nak cuci mata, meh turun bandar ikan patin :D



notatangan: korang yg dtg malam-malam tu hati-hati sikit. malam tadi ada roadblock kat simpang empat jln nak masuk highway LPT. setengah jam jugak aku dan mereka2 terkandas dlm kete. sempat tgk aksi mat rempit nak cabut lari dr pak polisi. apo laa..



Thursday, August 18, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 4





kacak tak semestinya kacak

cantik tak semestinya cantik

bijak tak semestinya bijak

pandai tak semestinya pandai

kerana

fizikal luaran tak melambangkan keperibadian seseorang



Wednesday, August 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 4








notatangan : sebab kenapa x online. :D



Tuesday, August 16, 2011

MERCUN KE APE TU?



as-salam. hye peeps! tiap-tiap tahun dalam news mesti ada kes budakbudak even orang dewasa yg putus jari la buta la or whatever it is yg ada kaitan dgn mercun..

semalam, depan mata nmpk budak main mercun.. hujan baru je reda diorang dah mula buat illegal project diorang.. aku cuba g dekat dgn diorang.. dgn bahasa yg lemah lembut sampai pijak semut pun x mati, aku tanye diorang "dik, awak main mercun eh?" (dlm hati ni dah terdetik watpe la kau tnye padahal dah terang2 depa main kot!).. tapi dgn muka selamber badak je budak2 tu jawab "kami x main mercun pun. mane ade main" ..sambil geleng-geleng kepala pulak tuh. sabo jela..

selang 2 minit aku dah dgr kebabom kat luar umah.. nak kena betul budak2 ni.. aku jenguk kat pintu, depa lari.. amboi kau.. tadi ckp x main, ni terang lagi jelas bunyi aku dgr tau.. pastu dgr lagi kebabom depa.. aku dgn hati yg suhunya dah cecah 80 dc pun kuar umah and bagi sedas kat depa. "dik,akak report polis kang nak?".. ingat kan masing-masing takut la kan. alih2 depa g ajuk ckp aku. cheese betul la budak-budak zaman skrg..

dari dlm umah aku tgk dpa dok masukkan belerang dlm botol, pastu masuk air dan goncang. pastu campak jauh-jauh. bahaya ke tak agak-agak nye jenis mcm tu? aku x pernah main kot zaman kecik2 dulu.. hehe.. kalau blh, jgn la main dpn mata aku.. mata aku ni x sanggup lagi nak tgk org putus jari or buta secara live oii..



nak ke jadi mcm ni? eeeiii! takot mak!



notatangan: jangan main mercun. x kira lah kecik ke beso ke. kita x taw dia punye bahaya tu mcm mane.



I MISS MY SAYANGS!



hello peeps! dah lama x update. kan? yg sblm ni pun auto post je.. there are 5 people that comes into my mind right now.. sape??? haaa... mereka-mereka yg menerangi hidup aku yg mmg selalu kelam bila berada kat bumi nibersiti tuh.. tapi my sayangs ni sume dah abes dah blaja.. dah keje pon mereka.. alhamdulillah! tadi bila bukak my fb. tgk cik ieyla tagged a post for me.. whoaa! mereka beroftar bersama.. wah! sedap2.. aku tgk gambo jela nnt yer korang.. jauh di perantauan nih.. hikhikhik... ni aku tunjuk kat korang secebis kenangan gambar kami bersama. kami x banyak gmbr bersama okeyh!. mesti ada sorang yg xde dlm gmbr. tapi gambar ni sume ada.. layann!!!





clockwise rotation: me, syaheed, cik zaza, cik wawa, ieda, ieyla




notatangan: jom terjah blog mereka!





KENAPA? WHY? PORKE? LIMAZA?

kenapa lama menyepi dari dunia blog? adakah sakit? disakiti? atau menyakiti? atau pun suka? disukai bila begitu atau pun menyukai bila sebegitu? mcm2 hal la. tapi kenapa nak dkt seminggu kot x post ape-ape? huih. minggu lepas semangat berkobar-kobar bak kibaran jalur gemilang nak post wordless wednesday, tapi laptop rosak. tahniah! nasib ada henpon.tapi lepas tu trs senyap. why? porke? limaza? (natang bahasa ape pulak dah tu).

nak tau ke kenapa? tunggu esok je la. nak tido. selamat malam semua. jgn lupa untuk memaafkan orang lain sblm anda tidur. esok adalah hari baru dan cerita baru. kan? :D


notatangan: hepi giler bila dpt bukak blog balik. dan-dan pulak ex-rummate ku cik IEYLA tu udah tukar domain. wow! suka. suka sangat atas kemajuan dia. (bila mau jadi macam dia??????)


Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3





Sunday, August 7, 2011

SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN



something is happening right now. ku hanya mampu bersabar. time-time puasa Allah nak bg dugaan kan. bukan semua org dpt rasa. aku yakin setiap ketentuan ada hikmahnya. lets forget and forgive guys! past is past. ape yg dah lepas xleh nak patah balik. kalau blh, i'll do it for the best of us.


image: credit to google



notatangan: saya tau awak dah tgk blog ni. sorry for what happened. it was just coincidence. i dont want to disturb ur life and i hope u'll not disturb me. sorry.



Saturday, August 6, 2011

HARI BERKASIH-SAYANG

salam sabtu dan selamat bercuti semua !


hari sabtu sama jugak la dgn hari cuti (maaf kpd yg terpaksa bekerja harini okeyh.) hari cuti adalah hari berkasih-sayang. x kisahlah sayang utk sape-sape. yg jauh di mata dekat di hati ke yg mmg dah dekat dgn mata ke. eh, bakpe puitis ni?


tahniah kpd aku sndr sbb mlm td xlena tido. cheesdale btl. mlm yg terpaksa ku lalui walau pun aku xnk lalui. isk3.. aku melepaskan sesuatu yg sgt di sayangi dan dihargai tapi demi menjaga kebaikan bersama, ku lalui jugak.


okeyh. itu cerita mlm tadi. now kita bukak cerita hari ni pulak. ape aktiviti korang hari ni. jgn kata korg g berkelah sambil mandi manda dik non..bulan2 puasa ni kang TERminum pulak ayor tu.. bukan jadi makruh dah.. batal teros. xke naye.. hehe..


bagi sape-sape yg blogwalking tu atau tgh pikir nak post ape hari ni, jom kita baca doa berkasih sayang. entah perasaan apa yg membuatkan aku berfikir nak post je doa ni kat sini.. semoga kasih-sayang kita semua terhadap orang yg kita sayangi terus mekar dan bebunga la yer..


harap-harap korang bace la kan.. bukan utk kesenangan aku pun.. kesenangan diri korang sendiri. kot kalau nak sayang aku pun blh. ahaks! tapi diingatkan jugak, kasih-sayang bukanlah berputik dgn doa je. usaha pun perlu ape. pengajarannya hargailah orang yg kita sayang dan yg menyayangi kita. (cepat g cakap kat orang tu yg kita sayang dia). :D






image: credit to abang google







notatangan: i am eager to know about something. sometimes it doesn't relate to me directly. then, when I knew about it, it hurt me (padan muka aku !)

Friday, August 5, 2011

JOM CARI PAHALA FREE

salam jumaat.. sempena hari baik hari ni.. kenapa baik pulak kan? hehe.. dah tau dah ape yg ada dlm kepala korang semua.. ni dia naa..





kalau budak2, mesti la suka.. xyah bgn pagi nak g sekolah.. keje dia main aje.. kalau blh pagi ptg siang mlm nak main..



ni korang2 la ni.. suka yer esok xyah keje.. ada masa nak berehat, berjalan dan mencari baju raya.. kan3???


tapi kan, sebelum korang nak habiskan hari jumaat korang ni, apa kata kita cari pahala free sikit..nak?? bukan susah pun.. x perlukan tenaga utk bgn, ddk, baring atau pun pergi mana2..


jom ramai-ramai baca selawat kat bwh ni.. at least dpt jugak pahala free hari ni kan..



Thursday, August 4, 2011

PERLU KE?

olla!

kadang-kadang hidup ni x seindah dan sebagus yg kita bayangkan.. ye la kan. haruslah ada yg fikir kan best dapat tu, kan best dapat ni..kalau jadi macam dia kan bagus or even worst bestnye la kalau dapat dia. omjay! kau nak orang mcm kau nak coklat ape? benda-benda mcm ni selalu sangat jadi. kalau bukan kat diri sendiri, mesti dekat org sekeliling yg kita selalu dgr kan?

banyak benda boleh jadi contoh.. yang pertama haruslah harta.. lagi-lagi kalau kau berkawan dgn anak org kaya/ berada.. (ingat.. mak bapak depa yg kaya).. tapi kalau diri mereka sendiri, why not kita fikir positively. 'kan best kalau aku berusaha utk jadi macam dia'.. usaha sendiri.. x perlu kau nak compare kau pakai baju jenama ape, henpon jenama ape and yang dah ada keta tu x perlu la kau nak banding kete sape lg besar. ye kan? ape yang kau ada kau pakai je.. senang.. and the best word is BERSYUKUR..

banyak jugak benda lain yg aku dgr orang nak compare.. yg ada boyfie tu haruslah nak copycat kwn2 punya style..aigoo.. lain orang lain cara babe..x perlu kau nak buat mcm orang lain buat kalau kau punya boyfie x suka semua tu.. everything goes naturally.. itu yg x kawen tapi dok berangan laki tu mcm laki dia.. silap2 x jadi laki sendiri sampai bila2.. oppps! ini yg dah kawen pulak dok banding-banding laki masing2.. ingat wahai wanita/isteri.. setiap bait kata ttg keburukan suami anda yg keluar dari mulut anda sendiri, dosa itu akan ditanggung oleh suami anda.. lagi byk yg keluar dr mulut anda, lagi jauh kunci anda utk ke syurga. (ckp mcm aku dah kawen je kan? )..

kalau hidup berjiran pun ssh jugak..ada jugak yg nak compare rumah sape lg besar.. watpe la nak buat umah besar2 sampai kos renovate sekali ganda dari kos sebuah rumah tu.. kalau abes sampai situ je xpe.. ini sampai ke solat berjemaah kat surau pun korang bawak hal ni.. kalau ddk sebelah2 saf solat tu, xde pulak nak rapatkan saf.. sedap je bg ruang kat syaitan2 ddk sblh.. hal dunia lama-lama blh bawak ke akhirat mcm ni.. yg melihat tapi tak menegur pun termasuk sama nnt..

ini kisah sahabat2 pulak.. masing2 ikut sedap banding keadaan masing2.. alam pekerjaan..alam perkahwinan.. yg dah keje tu banding gaji la, cara kerja la, x sama dgn belajar la..yang nak kahwin pulak banding yg dia ni nak buat kat dewan, tapi i kat rumah je..dia punya hantaran byk..kenapa dia kahwin awal.. chill la.. benda kecik je kot.. rezeki masing2.. hargai je ape yg korang ada.. cuba fikir org lain yg lbh porak peranda tu.. x ke kesian bebeno dgn mereka..

kalau pasal blog pulak camne? hah! takkan ada yg dengki kot kalau psl blog.. "eh, blog awak cantik" . pujian tuh.. kalau dengki haruslah perkataan yg seswai nyer stalker. kan3?? ok ape kalau ade yg usha dari jauh.. dia amek berat tuh.. tapi lagi la elok kalau dia masuk and tinggal jejak kan? baru kita boleh hargai sape dia.. kot2 blh msk kat sidebar bloglist..wuhuhuhu.. kalau rasa nak berjya, kita belajar dr mereka yg dah lama dlm dunia blog ni.. kan ramai.. nak ke sebut contoh.. abg ben ashaari ada.. zack zukhairi ada..kayif pun ada.. yg perempuan lagi ramai.. cik epal, irine nadia, fatin liyana, nurul badiah, hanis zalikha and ramai lagi..



notatangan: xtau ape motif tulis semua ni.. nak tido kot. nite semua! selamur bersahur dan berpuasa :D




Wednesday, August 3, 2011

BAHASA MELAYU KE BAHASA MALAYSIA?

mana satu yg lebih tepat atau yang diguna pakai hari ini? cuba teka (saya pun xtaw).. huhuhu.. yg penting saya tgh pening sebab tengah tolong adik saya buat homework bahasa melayu dia.. aigoooo.. sesungguhnya penulis blog ini mmg tak pandai bm.. exam pun dapat B aje kot.. nasibla dah lama tinggalkan kerja-kerja membuat karangan bahasa melayu ni.. tapi malu jugak.. nama je orang malaysia, kaum melayu pulak tuh..tapi bahasa melayu hancur, porak peranda..




Monday, August 1, 2011

PUASA - HARI 1

hye oLLs! hari ni sebagai pembukaan menu biasa-biasa jer okeyh.. mana tau kot-kot esok pekena ayam golek ke kan.. haha.. ni la lauk saya hari ini..alhamdulillah.. jom layan hasil gambar dr henpon cap ayam..




ikan selar kuning goreng. tulang ni keje adik-adik aku. hahaha!

rendang ayam

tomyam campur

kuih donat dan kuih 'cara' berlauk