Saturday, December 18, 2010

::: HARAPAN MALAYSIA KE FINAL PIALA SUZUKI AFF :::

Jaringan dua gol yang dilakukan barisan pemain negara gagal dikejar pihak lawan sekali gus Malaysia bakal menghampiri pusingan akhir buat kali kedua sejak 1996.
Realistiknya, bayangan ke final mungkin sudah kelihatan, namun tugas mereka pada saingan ini belum lagi selesai memandangkan masih ada satu lagi ujian di Hanoi.
Sekiranya mereka berjaya mempertahankan jaringan gol ini atau menambah jaringan, pastinya impian untuk melihat aksi mereka akan tercapai.
Namun sekiranya mereka gagal mempamerkan aksi seperti mana yang ditunjukkan pada perlawanan pusingan pertama ini, impian itu bakal terkubur.
Pastinya selepas ini Rajagobal akan cuba membaiki beberapa kelemahan yang ada dan paling penting dia dijangka akan membuat formula lebih mantap pada aksi kedua ini bagi memastikan tiket ke final berada dalam genggaman.
“Walaupun semua gembira, hakikatnya tugas kami belum selesai,” katanya selepas perlawanan itu.

berita penuh : mstar online

notatangan : jangan lupa saksikan malaysia vs. vietnam malam nanti jam 7.00 malam waktu malaysia yer..harap-harap pemain kita pamerkan aksi terbaik mereka. ^^~



0 orang conteng sini. awak bila lagi?:

Post a Comment