Saturday, July 28, 2012

REVIEW FILEM # 3 : THE DARK KNIGHT RISES (BATMAN)

As-Salam..

Kembali lagi dalam segmen jom tengok wayang.. 

Dalam minggu lepas, ade la jugak kaki aku ni ke Berjaya Times Square tu untuk tengok wayang. Kalau dulu asik layan Mid Valley je, laa ni layan Times Square je la.. Dekat yang amat. Jimat Teramat. Haha.. Korang dah tengok cerita The Dark Knight Rises?







Kali ni cerita Batman ni mengisahkan si Bruce Wayne a.k.a Batman (lakonan Christian Bale) yang bangkit dari masa silam dia setelah 8 tahun mendiamkan diri dan menyalahkan diri sendiri akibat kematian D.A. Dent Harvey. Ini semua berubah apabila munculnya pencuri kucing licik wanita, Selina Kyle (lakonan Anne Hathaway) yang sentiasa mempunyai agenda misteri.  Malah, garapan cerita ini lebih menarik apabila Bane si pengganas bertopeng yang kejam (lakonan Tom Hardy) yang muncul dengan rancangan jahat Gotham (bos dia kot) untuk memerintah Bumi dan membalas dendam lalu.

Apa yang terjadi sehingga ke akhir cerita?? Yang tu korang kena tengok sendiri samada kat cinema ataupun kat rumah masing-masing okay. Hehehe..

Bagi aku yang dah tengok ni, cerita ni lagi berbaloi tengok berbanding dengan Sp****m*n la kan sebab memang tak rasa langsung berejam2 duduk dalam panggung tu..

Overall, aku bagi 5/5 la cerita ni. See! Memang berbaloi untuk tengok tau kawan-kawan..

1 comment: