Sunday, October 23, 2011

TAMATNYA HARI YG PANJANG DAN MEMENATKAN


as-salam..hye oLLs!

sepertimana pnjgnya title tu, panjang jugak perjalanan hidup aku semalam. o yeah!

bermula dgn exam on friday evening, harap-harap result menjadik la. continue with discussion regarding presentation on saturday. pahtu balik bilik memang terbongkang terus. memang tak sedar ape pun sampai pukul 5 pagi. kenapa pukul 5? sebab aku mimpi aku lambat pegi presentation plus siap kena kunci pintu dan TAK lepas masuk ye kawan-kawan. tahniah sbb bagi aku mimpi sampai macam tu sekali. -.-"

bangunnya aku pagi semalam dgn semangat berkobar-kobar nak pegi presentation. tambah-tambah pulak pakai baju warna merah mak ngah. memang terbaik dari ladang. ye, ladang lembu. huk! sarapan pagi diabaikan sebab perasaan cuak yg menebal dalam diri.

pukul 9 pagi tepat, pintu dikunci. nasib baik la aku mmg dah duduk dlm lecture hall. telinga mendengar, tangan menulis sepanjang 4 JAM. (sila percaya!). saat tu aku dapat rasa mcm aku ni pegi international conference je. bezanya semua pompuan pakai tudung. haha. and the best part, dalam 17 group yg present on that day, aku punye group yg ke 16. sigh. -.-"

ni konklusi yg aku dapat semalam.

- aku jd tak semangat nak present sebab letih menunggu.
- aku kagum dgn first group yg present.
- aku just baca ape yg penting sampai muka madam and sir blur tak dapat point aku.
- aku gembira sbb aku dapat jawab soklan madam. haha! that is the most scary one!




kau mampu nak present kalau manusia banyak mcm ni? tapi I did it! ketaq weh. -.-"


after presentation, straight away terus balik umah. i mean kampung halaman. dah lama wa tak balik derr. sampai pun dah petang. terus pegi ukur baju. malam is time for big makan-makan. hehe.. yg tu aku nak simpan je. xmau kasi canang ini tempat okeyh! jap lagi kul 11 pagi aku nak balik KL sudaa. kau nampak tak aku duduk kat umah ni tak sampai 24 jam pun. ye mmg betul. apa yg patut aku rasa ha?


notatangan: kenapa aku pegi ukur baju eh? @_@

Thursday, October 20, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 12


GERAK HATI SEORANG WANITA ITU ADALAH TEPAT

LEBIH LEBIH LAGI BILA DIA

MENJADI SEORANG ISTERI

DAN SEORANG IBU

Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 13

Saturday, October 15, 2011

DEAR ALL NUFFNANGERS

as-salam..hye oLLS!

to all nuffnangers, have you ever been received an email some sort like this?





so, korang dah bace? kalau belum, cepat-cepat g bace nuh. jgn terus delete sayam.. please show ur concern sket okeyh. kalau nak income dr nuffnang tu laju je kan? jom kita buat amal sikit yer..



LETS HELP RUMAH AMAN!!!





jom klik banner for further info



Thursday, October 13, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 11

MUSIM EXAM DAH NAK MULA,

STUDY APA PUN TAK MULA-MULA,

SAMPAI MASA AKU NAIK GILA!

Wednesday, October 12, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 12




Tuesday, October 11, 2011

SELAMAT BERGRADUASI

as-salam.. hye oLLS!


ahad yg lepas, aku sempat menghadirkan diri ke majlis graduasi kawan-kawanku yg dah tamat belajar (and dah keje pun u oLLs) di UIAM Gombak. setelah penat di booking oleh mereka baru aku pegi tau. kalau tak, mesti dah ada kat semua house kan waktu tu..(motif??)

so, for me, I am happy for them on their convocation ceremony. congatulations my sayang-sayangs! sempat jugak lepak lepuk dgn korang kat bilik aku kan. even something bad happen to one the members. hopefully everything would be okay.

Girls, this is the beginning of something new.. a new challenge in life. after this, byk lg challenge that we have to face rite? works, married, bla bla bla.. tenkiu for the moments that we've created here. the joyous and the sadness, whatever it is, I still appreciated it. muax!





notatangan : gambar bawah tu aku sorang je lg belum sarung jubah konvo. tahun depan jom pakai ramai-ramai dtg sini tgk aku. (giler perasan) T__T

Sunday, October 9, 2011

GEMPA BUMI DI RANTAU IRIAN BARAT INDONESIA

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Irian Barat, Indonesia pada pukul 1.38 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi itu adalah di 675 km tenggara Ambon, Indonesia dan 2,049 km tenggara Tawau, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya. - BERNAMA


sumber : SINI


notatangan : semoga kita dijauhi bala bencana. semoga urusan dipermudahkan hari ni. (jom pegi convest IIUM)

Saturday, October 8, 2011

BILA TIBA TIME CONVOCATION

as-salam..hye oLLs.

bila tiba masa convocation:

- mula la cafe nak tutup
- kena jalan jauh nak beli makanan
- aku malas nak makan
- kereta banyak je tepi jalan
- susah nak outing
- duduk kat bilik wat assignment
- berangan bila aku nak konvo
- aku kena beli hadiah sebab member konvo (xde duit.)
- ramai photographer dtg tembak gambar
- bunga-bunga di sana sini
- aku berangan nak bunga jugak (coklat pun boleh. ahaks!)
- banyak stall jual baju beg segala bagai


see. semua yg kat atas akan jadi kat aku bermula hari ni. nasib hari ni hari sabtu kan. kalau dah isnin nanti, bercinta lah kau dgn jalan raya dan segala kereta yg ada masa nak g kelas kan. *sigh*



notatangan : ada evergreen karaoke beb untuk lelaki. awak-awak taknak join ke? mane tau menang, leh kita share hadiah. kan? haha

Friday, October 7, 2011

BELANJAWAN 2012 UTK DIRI SENDIRI

as-salam. hye oLLs.

okeyh. before korang nak caci maki aku sebab entry ni, korangg boleh siap sedia tekan button x kat bahagian atas kanan skrin korang yer. hehehe..

ni belanjawan yg aku buat untuk tahun depan merangkap tahun aku tamat pengajian. btw, jgn la nak ngengade tanya bakpe aku tak abes-abes lg belajar. sebab jawapan aku tetap sama. aku cintakan ilmu-ilmu tu semua. huhuhu..

kalau la gaji RM 1800.00 per month, apa yg tinggal bila dah hujung bulan? jom layaannn!

saving sendiri - rm 200
saving tabung haji - rm 100
bagi mak ayah - rm 200
sewa bilik - rm 300
makan minum - rm 350 (mentekedarah)
transport - rm 100
hutang ptptn - rm 150
sedekah amal jariah - rm 100 (madam ckp kena bantu org lain sbb x qualified zakat + tax)
shopping baju kasut per monthly - rm 100

BALANCE = RM 200.

KESIMPULAN = kalau gaji tak cecah rm 3000.00, pensyarah aku cakap jgn berangan nak pakai kereta. duit ansuran kereta plus minyak kereta nak cekau mana beb.. kalau minyak kereta tu boleh pakai air sekalipun, ansuran kereta tu nak bayo pakai ape? daun kering yer kome? ehehe.
terima kasih madam atas nasihat madam. mmg betul ape yg madam rangka belanjawan utk saya dgn kawan2 lain ni. hihi..


notatangan : melepas la aku nak merasa naik kereta sendiri kan? any husband to be yg ada kereta x? (tetibe jadi giler nak cari laki ada kete kan?haha!)

Thursday, October 6, 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

as-salam..hye oLLs!

okay. ni entry utk malam ni. sekadar renungan dan perkongsian hasil bacaan dari pesbuk. ekekeke..rajin aku baca mentelaah pesbuk dr mentelaah buku kira-kira kan.



SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~


Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi



notatangan : terima kasih pd writer ayat-ayat ni. :D

SPONTANEOUS THURSDAY # 10




SKANDAL ITU MENYUSAHKAN.

Wednesday, October 5, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 11



notatangan : ?

10 SURAH YG DAPAT MENGHALANG DRPD 10 UJIAN BESAR ALLAH S.W.T

1- Surah Al-Fatihah - dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin - dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan - dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah - dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk - dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar - dapat meleraikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun - dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas - dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq - dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas - dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was



notatangan : kebanyakannya surah-surah lazim dan yg selalu di baca. kena hafal mana yg x hafal lagi. boleh buat bekalan utk diri sendiri :D

Tuesday, October 4, 2011

SECEBIS KENANGAN LALU

as-salam..hye oLLs!

haa..korang jgn ingat entry kali ni sama macam entry sebelum ni.. tadi saje je la kan meng'google' nama sendiri.. alih2 jumpa ni tau.





jom terjah ramai-ramai


agak-agak korang la, aku saje-saje ke wat belog kat atas ni? idok la weh.. belog ni kalau tak silap zaman aku kat matriculation center dulu.. sekarang nama dia dah tukar dah. korang cari la sendiri ape nama dia.. haha..

al-kisahnya aku kena amek kls english level 5 kat tempat ni dulu. lecturer tu pompuan tapi tak ingat ape nama dia. aku suka gila kelas dia even kena belajar english hari-hari selama 3 jam sehari. kalau kelas dia mula pukul 9 pagi, 8.30 pagi aku dah menapak cari port terbaik kat dlm kelas tu tau. bayangkan tepu ke tak otak kalau hari-hari mengadap english kan? kalau dgn miss ni dia bg tajuk essay yg akan jadi assignment kitorang, then submit assignment tu through blog.. (terpikir jap, mesti miss tu ada blog kan? kihkihkih).. so, terhasil la blog kat atas ni utk assignment aku.

aku tgk sampai skrg xde pon org nak komen kat belog tu..yela.. sape la nak komen kalau dah tajuk essay pun camtu.. punye la skema zaman dulu. niat ikhlas nak belajar semata-mata.. hasilnya? alhamdulillah utk subject tu.. sebab tu la org cakap kita kalau nak buat sesuatu niat kena ikhlas..baru lah hasil dia pun lumayan kan.. hehe..

esok aku update cerita best. tunggu. okbai!


notatangan : rindu zaman matrik dulu. di situlah pertemuan bermula. ehem2 -.-

Saturday, October 1, 2011

BILA LELAKI CUBA AMBIL KESEMPATAN

as-salam..hye oLLs..


satu hari satu entry (at least).. ni la yg aku cuba buat skrg..kalau korang selalu jenguk sini la..hehehe..back to topic.

bila lelaki cuba ambil kesempatan..tapi aku tak cakap SEMUA lelaki mcm tu ok. kesempatan mcm mana yg korang rase? situasi:


1. i borrow from u, but u cannot borrow from me

-baru kenal seminggu dua dah ajak kapel..kan? kenal dah? kenal. tapi tak kenal semua kan? cinta? mungkin. kalau kau kena dgn lelaki yg ayat power bombastik, harus kau cair. kalau hati kau tak keras mcm batu la kan.. ini baru je kenal, dah ajak kapel. kapel baru je seminggu dua, dah pandai nak pinjam duit. "syg, i x cukup duit la nak belanja..i nak pinjam boleh?"..bhaii.. baru je knl kot.. takkan dah mcm ni.. mana cinta kasih dan syg nye ni..


2. buat assignment

-ini kes budak-budak u,kolej dan seibu sebapa. "baby, jom study sama-sama"..wahh aku sokong kalau yg ajak study tu..baru nmpk ciri-ciri calon terbaik kan..tp tengah-tengah study, "baby i ada assignment nak kena anta esok. jom la 'tolong' i buat. kesian i (buat muka sedih gila)."..erm.. kalau hati dah sayang.. camne pulak kan.. diturutkan jela kata hati.. niat kena ikhlas derr.. kalau dah buat, jgn la ungkit.kan? ikhlas..


3. going for a date, event, function

- "you, teman i jumpa kawan-kawan i nak x? ada wedding ceremony la this weekend. jom la you..i taknak pegi sensorang..i malu.." alahai..on that day, teman jugak la si jejaka pegi wedding tu kan.. rupa-rupanya nak show off kat kenkawan yg dia dah ada partner..dalam hati??



ini sebilangan situasi je yg aku terfikir.. kalau korang ada nak tambah, aku sangat galakkan...aku tak cakap semua lelaki macam tu..aku tau ramai yg baik-baik kan..hihi.. maaf utk penggunaan aku dlm entry ni.. hihi..





bila lelaki dtg dan berlalu pergi. (xde kena mengena dgn tuan belog)




notatangan : esok pegi seremban dgn kakak kesayangan for a wedding ceremony. weehuu~