Thursday, August 23, 2012

AL-FATIHAH

As-Salam..


Waktu kecik dulu, wan yang selalu buatkan air milo.
Waktu kecik dulu, wan yang jahitkan skirt dan blouse.
Waktu kecik dulu, wan yang selalu ajak ikut wan jenjalan.
Waktu kecik dulu, wan yang selalu basuhkan baju dan kasut.
Waktu kecik dulu, wan yang selalu sentalkan bedak kat muka aku. (Kalau tak, memang berkarat).


Waktu sekolah dulu, wan yang selalu tambah duit belanja.
Waktu sekolah dulu, wan yang selalu hidangkan makanan.
Waktu sekolah dulu, wan yang selalu tak kesah kalau tak stadi.
Waktu sekolah dulu, wan yang selalu basahkan telinga suruh bangun solat subuh.


Waktu belajar U dulu, wan yang selalu berleter beli macam-macam.
Waktu belajar U dulu, wan yang selalu tanya bila nak balik KL semula.
Waktu belajar U dulu, wan yang selalu bising baju raya asik warna biru jerr.


Tapi sekarang, nak minum air milo pun jarang.
Tapi sekarang, pergi rumah wan pun dah takde orang.
Tapi sekarang, dah takde orang nak marah beli macam-macam.
Tapi sekarang, tiap-tiap kali raya dah make sure tak beli warna baju sama jerr..


Dan saat ini, aku rindu sangat kat wan. 

Al-Fatihah buat:
Hajjah Azizah Binti Abdul Ghaffar
Lahir: 28 Disember 1931
Meninggal: 7 Mac 2011


"Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"


Wednesday, August 22, 2012

FROM KELANTAN TO KUALA TERENGGANU

As-Salam..


Entah hape aku nak update pun aku taktau. Oh ye. Dah nak masuk raya kelima. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk korang yang baca belog ini. Dan awak juga. Ye awak. Saya tau awak baca tau. Thanks.


Raya tahun ni aku taktau la aku nak cakap apa. Gempak ke tak gempak ke. Tangis ke tak tangis ke. Serabut tu memang paling banyak. Kau tengok muka aku pun belum tentu kau orang paham apa yang terbuku kat dalam hati. Eeuuwww! Madah buah mangga. Gitu la gayanya. 


Kalau tahun lepas aku ada upload kad raya family, tahun ni macam aku tak berminat nak letak. Mane la tau kot tahun depan aku upload kad raya aku bergambar dengan suami ke kan. Eh! Kemain! Disebabkan dah koje, duit raya memang macam harem. Sah aku kena start puasa enam bila mula koje semula nanti. 


*******************************************************************
(Amaran : POST BAWAH TAKDE KAITAN DENGAN POST ATAS)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Sesungguhnya apa yang awak rasa, saya turut rasa. Tapi, adakah apa yang kita rasa itu sesuatu yang pasti? Adakah awak yakin tentang masa depan kita nanti? Niat di hati bukan untuk menzalimi tapi mencari konklusi. Maaf.

Notatangan: Rasa macam nak berlaki. Kahkahkah! Aku dah cakap takde kaitan. Bakpe mu baca?? 

Wednesday, August 15, 2012

SURIA FM DAN SAYA

As-Salam.. hye oLLS..

Semalam semangat berkobar-kobar nak update entri. Tapi semangat je la. Tindakannya takde derr.. Teringat kisah 2, 3 minggu lepas waktu lunch hour, aku dengar Suria FM. Pastu ada la segmen yang nak bagi album free tu. Entah apa nama dia aku dah tak ingat dah. Kebetulan minggu tu diorang offer album Rossa. Aku pun apa lagi. Ambik henpon and tap tap tap. Send!


Selang 2 minit pastu Miera Suria FM call aku. Dikatanya aku penghantar sms bertuah. Hamekk. Tak pasal-pasal kena nyanyi lagu Rossa sebaris dua. Aku ni manela layan sangat lagu Rossa. Even kalau pergi karok pun tak pernah lagi layan lagu Rossa tau. Mungkin sebab ganas tu banyak kot dalam diri. Kan?


Well, dengan bantuan Miera, aku nyanyi jugak la lagu Rossa. Selamatla time tu set-set laki pergi solat Jumaat. Takde la ramai yang akan dengar suara sumbang aku kan. Haha. Minggu lepas ada surat dari Suria FM sampai. Aku kena sahkan semua information. Baru boleh dapat hadiah tu. So, aku nak jugak la tunjuk kat korang camne ghope surat tu kan. :p





Bila la dapat album ni kan. Pasni leh la aku praktis before g karok kan. Layan, feeling-feeling sket. Tak salah kan. hahahah!


Notatangan :  Esok last keje. Pastu enjoy cuti raya. Pastu masuk keje seminggu je. Haha!

Saturday, August 11, 2012

CERITA HANTU DI BULAN RAMADHAN

As-Salam.. hye oLLs..

Korang percaya ke ada hantu di bulan mulia ni? Syaitan memang kompem tengah sengsara kat dalam 'penjara' kan? Tunggu masa nak lepas je tu. Hehe.

Semalam time aku kelam kabut nak pergi kerja, ade la sorang kawan aku mesej kat henpon.

"Wei, bulan puasa ada hantu ker?" (Tanpa salam terus terjah)

"Apehal ko ni? Mengigau ker ape? Mane ada hantu wei time-time puasa ni. Asal?" jawabku.

"Aku tidur dengan member aku semalam. Tapi kitorang tidur songsang. Kaki aku kat kepala dia. Kaki dia kat kepala aku. Pastu dalam 2,3 pagi aku rasa ada orang cuit kaki aku. Aku biar jela sebab aku ingat kawan aku tu."

"Alaa.. Yela tu kot. Dia nak main-main dengan ko la tu" jawabku.

"Tapi masalahnya, lepas tu pun ada lagi sekali orang cuit kaki aku. Terkejut kott.. Aku pun bangun tengok dia. Tangan dia kat atas kepala dia kot. Jauh dengan kaki aku. Tak ke gigil"

"Hahaha.. Angin kot. Ko punya perasaan je tu. Dah la. Aku nak gi keje. Bye. Salam!" jawabku.


Demikian la ceritanya. Tak ke pelik bila dia ceritakan kat aku. Kompius pun ada. Bila aku cerita balik kat officemate aku, dia gelak sakan. Dah aku pulak macam orang b***h kan. Haha!


Notatangan :  Ada ke hantu waktu bulan puasa? Jin? Jawabla kalau korang tau. :D

Thursday, August 9, 2012

NAMA ITU

As-Salam.. Hye oLLs!

Alhamdulillah. Secalit perasaan gembira walaupun minggu ni kemarahanku agak melonjak. Tapi, di  bulan puasa ni tak payah la kot nak cerita benda-benda tak baik kan. Sudah, cukup cukup sudah..

Semalam bila tengok muka buku, dah kecoh sana sini pasal graduation list dah keluar. Aku ni dengan perasaan kurang eksaited pun bukak sama jugak. Kira macam orang lain dah kecoh-kecoh kat muka buku, aku pun nak jugak la buat kecoh kat sini kan. Kemain gatal.

Walaupun kawan-kawan aku yang lain dah lepas dah pun acara gilang gemilang ni, takpela. Aku enjoy dengan kawan-kawan yang lain. Tapi, ampa yang tengah baca ni jangan lupa prepare bunga ye u OLLS!

Perasaan bila nak tengok tu ada sedikit debar la aku rasa. Manela tau kot-kot nama aku takde ke. Tak kuasa dah aku nak tunggu setahun lagi. Bila tengok-tengok, nah. Ada nama aku, kat bawaaaahhhh sekali. Hehehe..

Roll n VT....






 
 Tuuu dia.. Seindah nama, secantik orangnya. Puiiiiii!

Wednesday, August 8, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # 27



Notatangan : Selamat berbuka puasa la korang2. (Kemain awal!)

Monday, August 6, 2012

TERKILAN

As-Salam..Hye oLLs..


Kenapa la Plaza Ampang City ni dikira dalam Kuala Lumpur dan bukannya Selangor. 
Tapi Ampang Point kira Selangor pulak.
Padahal Ampang Point tu seberang jalan Plaza Ampang City jerrr..

# Melepas CUTI FREE -.-"


Notatangan: Semangat shopping raya tak habis-habis lagik.