Kadang kala ada kata yang tak terucap, ada rasa yang tak terungkap.
Monday, July 30, 2012
Saturday, July 28, 2012
REVIEW FILEM # 3 : THE DARK KNIGHT RISES (BATMAN)
As-Salam..
Kembali lagi dalam segmen jom tengok wayang..
Dalam minggu lepas, ade la jugak kaki aku ni ke Berjaya Times Square tu untuk tengok wayang. Kalau dulu asik layan Mid Valley je, laa ni layan Times Square je la.. Dekat yang amat. Jimat Teramat. Haha.. Korang dah tengok cerita The Dark Knight Rises?
Kali ni cerita Batman ni mengisahkan si Bruce Wayne a.k.a Batman (lakonan Christian Bale) yang bangkit dari masa silam dia setelah 8 tahun mendiamkan diri dan menyalahkan diri sendiri akibat kematian D.A. Dent Harvey. Ini semua berubah apabila munculnya pencuri kucing licik wanita, Selina Kyle (lakonan Anne Hathaway) yang sentiasa mempunyai agenda misteri. Malah, garapan cerita ini lebih menarik apabila Bane si pengganas bertopeng yang kejam (lakonan Tom Hardy) yang muncul dengan rancangan jahat Gotham (bos dia kot) untuk memerintah Bumi dan membalas dendam lalu.
Apa yang terjadi sehingga ke akhir cerita?? Yang tu korang kena tengok sendiri samada kat cinema ataupun kat rumah masing-masing okay. Hehehe..
Bagi aku yang dah tengok ni, cerita ni lagi berbaloi tengok berbanding dengan Sp****m*n la kan sebab memang tak rasa langsung berejam2 duduk dalam panggung tu..
Overall, aku bagi 5/5 la cerita ni. See! Memang berbaloi untuk tengok tau kawan-kawan..
Friday, July 27, 2012
BILA HUJAN LEBAT
As-Salam.. Hye oLLs..
Lupa nak cerita.. Minggu lepas hari Jumaat, hujan lebat gilerr kat office aku. Kemain bergegar bangunan kat sini. Ada feel macam duduk kat Indonesia area gunung berapi Senah Kiah oii.. Bila kilat petir tengah khusyuk main sambar menyambar sesama depa, aku yang kat tingkat 17 ni dah cuak tak hengat dunia dah. Bukan ape, aku ada trauma sikit bab-bab kilat ni. Tutup Kes
Bila dah masa balik kerja, pekerja yang agak selalu curik tulang ni dengan kadar segera mengakat kaki dan blah macam tu je sebab dah teringat kat tilam dan bantal. Alangkah terkejutnya bila tengok ada pokok tumbang akibat permainan petir dan kilat sebentar tadi.
Cuba kau orang bayangkan kalau kau orang keluar pejabat tengok kereta atau motorsikal kau orang kena hempap dengan pokok. Dahsyat tak? Mau menangis sambil memikirkan duit yang akan kering dari poket-poket seluar dan akaun-akaun bank kau orang kan? Kehkehkeh..
Kelihatan ada 3 buah motor kena hempap dengan pokok tadi dan mujurlah kereta saga FLX (xtau sape punye) selamat beredar sebelum kejadian. Yang menakjubkan aku, 2 motor tu tersepit je antara dahan pokok tu. Dalam erti kata lain, mereka selamat lagi kalau angkat pokok tu. Tapi, kesian kat 1 motor Yamaha LC yang memang xde harapan langsung untuk diselamatkan. Macam lebih elok beli motor baru dari me'repair' motor tu tau. Aku hanya mampu tengok dan cerita kat korang je la yer.
Sekian.
Teheee~
Wednesday, July 25, 2012
Saturday, July 21, 2012
WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
As-Salam.. Hye oLLs..
Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia (kalau bangsa lain faham bahasa Melayu). Hari ni officially la rakyat Malaysia termasuk aku yang beragama Islam berpuasa walaupun negara-negara Arab dah berpuasa semalam lagi kan :D Walaubagaimanapun, ada je office mate aku yang dah mula berpuasa semalam. Tak sangka pulak dia mula puasa semalam. Kata dia sebab negara dia dah mula puasa semalam. First time aku pelik jugak kenapa dia puasa semalam.
Semalam duduk kecoh kat office, siapa yang akan puasa esok. Pelik bin Ajaib jugak yang ni. Haih. Ada main ikut turn pulak yer depa nak puasa. Atau depa memang tak puasa?Jeng jeng jeng... Dalam duduk bising-bising tu, sempat aku mengoogle dulu waktu sahur dan berbuka bagi kawasan tempat tinggal aku. Jom la kita tengok-tengok dulu waktunya selama sebulan ni. Saja aku nak letak kat dalam blog bagi senang aku nak tengok hari-hari. Save paper, less cut tree, to protect our environment. Huhu..
Taken from HERE
Oleh itu, sebagai konklusinya aku nak ucapkan sekali lagi selamat berpuasa. Aku bayangkan ini adalah puasa terakhir aku. Siapa tahu mungkin esok lusa akan tiba masanya. Harap-harap Allah lapangkan masa dan waktu aku supaya aku dapat buat semuanya dengan sesempurna yang aku mampu.
Notatangan: Windu masa puasa tahun lepas. Masa yang aku takkan dapat semula sampai bila-bila :'(
Wednesday, July 18, 2012
KISAH SI PEMANDU TEKSI
As-Salam.. Hye oLLs..
Pakcik Teksi: You ada lalu jalan ini ka semalam?
Si kawan: Tarak lalu la uncle. Banyak jem la. Ada apa sini?
Pakcik Teksi: Semalam wa lalu sini tengok ada polis. Wa ingat sini ada eksiden la.
Wa siap ready dengan kamera handphone wa. Tapi bila wa sampai sini tengok ada olang gila.
Itu baju, seluar semua atas jalan la. Dia sudah b***l tepi jalan sini.
Wa terus snap la gambar dia. Ini wa tunjuk sama lu la.. Tapi tak clear la.
Kalau wa ada iPhone baru cantik la.
Si kawan: You biar betul uncle. (sambil gelak-gelak)
Minggu lepas yang aku tak brape nak ingat hari ape, ada la aku g teman sorang kawan aku ni pergi jalan pekeliling. Maksud aku bukan jenjalan kat pekeliling.. Tapi pergi satu orong area pekeliling. Kalu korang orang KL yang pernah g ketuk kereta kat area pekeliling tu mesti tau tempat ketuk kereta Ah-Seng *kemain aku promote Ah-Seng kat sini.
Niat di hati nak naik tren jer. Jimat. Tapi sang kawan ni nak naik teksi. Aku layankan ajer la.. Janji bukan duit aku kan. Hehe.. Bila dah tahan teksi, sang kawan tanya pakcik teksi "Pekeliling you jalan ka?" Elok-elok driver tu jawab "Aiyyoo..Semua wa pegi la..Kalu tidak aa, baik wa takyah bawak teksi".. Satu yang aku suka la kat pakcik ni..Sebab dia x demand.. Kadang-kadang bila nak naik teksi je ,mesti ada je yang cakap tak pergi area tu.. Mungkin diorang nak bawak area dekat-dekat je kot. Save minyak dan tak peru susah-susah redah jalan jem kan..
Bila naik je teksi tu, perbualan dengan pakcik tu pun bermula:
Si kawan: Tarak lalu la uncle. Banyak jem la. Ada apa sini?
Pakcik Teksi: Semalam wa lalu sini tengok ada polis. Wa ingat sini ada eksiden la.
Wa siap ready dengan kamera handphone wa. Tapi bila wa sampai sini tengok ada olang gila.
Itu baju, seluar semua atas jalan la. Dia sudah b***l tepi jalan sini.
Wa terus snap la gambar dia. Ini wa tunjuk sama lu la.. Tapi tak clear la.
Kalau wa ada iPhone baru cantik la.
Si kawan: You biar betul uncle. (sambil gelak-gelak)
Aku yang duduk kat bahagian tempat dudk belakang ni tumpang gelak jela kan. Nak tengok gambar orang gila tu memang tak la.. Mau termuntah aku japgi. Haha..
Berbaloi la bayar RM 15.00 untuk entertainment yang macam tu kan..
Monday, July 16, 2012
BILA TEMPAHAN DAH TUTUP
As-Salam.. Hye oLLS..
Saat dan ketika ini aku kat Pahang lagi.. Bila mereka-meraka yang dah bekerja sedang duduk kat umah menghitung esok kena pergi kerja, aku yang kat kampung ni pulak dok menghitung pukul brape aku kena bangun untuk gerak balik KL esok. Kenapa aku balik esok? Erm.. Bila si anak kena meneman si bapa drive sampai Kl sebab sang bapa nak main golf kat KL. Teringat cakap mak aku semalam "Biar dia gila ke golf dari gila kat pompuan lain" . Haha. Ada nada-nada gusar sang isteri di situ (Baca dek mak aku post ni mau kena 'ganyang' hidup-hidup ni kot)..
Hari ni ada misi yang aku kena selesaikan dengan mak aku. Misi membeli baju raya dan tudung raya. Yer aku tau korang semua dah beli sebulan yang lepas kan. Tapi ni kira awal la aku beli tau sebab tahun-tahun lepas seminggu nak raya baru aku g beli. Ini adalah disebabkan mak aku je yang jahit sendiri (itu untungnya ada mak pandai jahit. Hehe..) Cuma tahun ni perangai si anak dara dia pelik sikit sebab demand nak tempah dengan tailor.
Dari kegembiraan dah dapat cari kain yang agak aku tak berapa nak setuju warnanya (pilihan bapak aku la niii), dah bertukar jadi sedih dan risau. Tailor yang biasa aku tempah baju dah tutup tempahan dah. "Ahh sudahh..mesi tailor lain pun sama" kata sang penulis.
Bila dah jadik camtu, mula la gelabah nak cari tailor.. Ada yang dah tutup tempahan, ada yang kata kerabat tak pandai jahit, ada yang kata tempahan lepas raya je yang bukak, ada yang kata tak sanggup. Sudaahhh... pilihan terakhir yang aku ada hanya satu je. Mintak mak aku jugak yang jahitkan. Nak taknak kena terima la even mak aku cam tak berapa nak konfiden dengan design nya.. kehkehekeh...
Notatangan: Pandan muka aku kan. Dah tau nak tempah slamber badak je beli kain lambat-lambat. Tapi lagi kesian kat mak aku kan. @_@
Friday, July 13, 2012
PERLETAKAN JAWATAN @ RESIGN
As-Salam.. Hye oLLS..
Suasana bekerja dan belajar sangatla berbeza. Kalu dulu bila kita jadi student, bila mood malas tu datang mendadak, automatik otak cakap "OK, takyah g kelas. t aku roger je minah tanya lecturer ajar ape". Tapi bila dah kerja ni perasaan malas kau orang datang, ada tak korang terus fikir taknak g kerja? Mesti korang fikir camni "Eh, kena pergi gak ni. Nanti ujung bulan duit aku tak cukup pulak nak bayar itu ini"
Pernah tak sampai satu tahap bila korang dah jadi si workaholic, korang rasa macam nak berenti kerja? Pernah tak korang rasa stress dengan kerja? Atau environment kat tempat kerja? Teringat cakap Audit Manager kat tempat aku praktikal dulu "You nanti kalau dah kerja, you cari tempat yang environment dia ok..kalau banyak kerja tapi environment ok, mesti xde hal la.. you akan happy punye.." Dan, aku rasa apa yang dia cakap tu memang betul. Au bukan nak cakap aku tak suka or stress kerja kat company sekarang. Oh, tidak! Hehe.. Tapi, aku nak jugak anta resign letter kat bos.
Kenapa yer? Hurm... No komen.. Aku nak bagi korang-korang semua baca resign letter ni..
Sumber : Abam Google
Sekian.....
Notatangan : Ada kena mengena ker??? -.-"
Wednesday, July 11, 2012
MARI MENULIS
As-Salam.. Hye oLLS!
Kembali lagi dalam segmen mari menulis (untuk mereka yang malas update macam aku). Kehkehkeh! Lately ni banyak sangat yang terjadi. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 1300-85-2525. :p
Mood nak menulis kembali untuk masa sejam je kawan-kawan. Itupun lepas baca entri-entri menarik dari blogger yang lain. Kemain rancak ampa-ampa semua menulis. Memang wa tabik lu la derr.. Tapi shaye kat sini macam orang nak gila perah idea. Takde pape yang nak diceritakan.
Bila dah kerja kat syarikat ni, macam-macam orang dan perangai orang aku jumpa dan kenal. Walaupun environment kat sini sama je macam belajar dulu, tapi tekanan dia mungkin kuasa dua la kot. Cuma, dalam tekanan kuasa dua tu, ada jugak sesuatu yang menghiburkan. Jom aku story lagi....
Kat office ni, kami bukan 1 Malaysia, tapi kami 1 Asia. Hehe.. Bak kata makcik yang promote astro tu 'macam-macam adaaaa..' Ada Melayu, Cina, Iranian dan juga Afghanistan. Yang pandai cakap Melayu ada 2 orang je kat sini selain aku dan opismate aku yang memang lahir je dah jadi orang Melayu. Jadi, aku dan dia kat sini memang sehabis baik praktik cakap omputih. Tapi, google translate tetap menjadi assistant hebat. Yang lagi 2 orang pandai cakap Melayu tu bos aku yang berbangsa Cina dan sorang lagi opismate aku yang asalnya orang Afghanistan. Bila cakap dengan dia je memang cakap Melayu. Dia taknak speaking spekang ni kawan-kawan. Jom tengok bukti dia cakap dan tulis dalam bahasa Melayu. Hehehe..
Apa komen anda? Malukah kita sebagai orang Melayu tapi asik nak cakap omputih jer? (Patriotik tetibe). Tapi, opismate aku selalu suruh tulis blog dalam English sebab dia nak baca. Cemane tue???
Notatangan: Entri ni mengambil masa 2 jam untuk disiapkan. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)