Friday, April 13, 2012

SEKUJUR TUBUH YANG KAKU

As-Salam.. Hye oLLs..

Hari ni terasa nak buat entri seram sejuk. Serius, sampai hari ni kau terbayang-bayang tubuh kaku itu. Macam ni ceritanya. (Ehemm.. Berdialog macam cakap depan-depan. Puii..)

Rabu yang lepas, entah kenapa terasa nak g mandi manda sambil bakar-bakar ayam. Kemain siap pergi beli mini bbq set untuk main bakar-bakar tau. Dengan berbekalkan ayam seekor plus kambing marinated, wa pergi air terjun Tekala. Kenapa Tekala? Sebab teringat memori lama dengan gegurl2 wa dulu. (Attn: Ieyla). Hahaha.

Tapi satu benda yang wa memang tak pandai sejak azali lagi terjadi. Sampai laa ni pun camtu kengkawan. Bak kata orang, memang tak dapat berdiri di atas kaki sendiri derr.. Sebenarnya, wa memang tak pandai nak hidupkan api yang pakai arang tu. Lagi-lagi bila wa tak bawak tayar buruk. Huh! Sengsara, derita dan keciwa wa selama satu jam setengah -.-'

Dalam keseronokan yang tak terkata tu, wa terpaksa balik sebab hari dah lewat petang. Tengah syiok-syiok layan corner yang terbentang atas jalan tu, wa nampak ramai mat-mat motor tepi jalan. Hati wa dah rasa tak sedap dah time tu. Apekehenye nih... Alangkah terkejut dan rasa tak berdarah wa tengok ada sorang mamat terbaring atas jalan, dengan kaki kanan ada luka macam kesan kena pijak dengan tayar kereta. Muka mamat tu dah pun ditutup dengan kain oleh sorang pompuan yang tengah pangku dia. Berdekatan dengan diorang, ada sebuah pajero yang dah kemek bahagian tepi dan ada motor yang memang dah nak hancur bahagian depan dia. Mungkin mamat tu punya la kot. Tak pasal-pasal kegembiraan aku mati kat situ je. Malam tu jugak aku tak lena tidur. Sampai sekarang aku terbayang-bayang lagi keadaan tu..

So, moral of the story, kalau korang nak pergi berkelah area Air Terjun Gabai or Air Terjun Tekala kat Hulu Langat tu, jangan sekali-kali dok syiok layan corner kat situ. Sangat bahaya..Ibarat macam Genting Highland dah jalan tu. Ingat orang tersayang atau yang menyanyangi korang-korang tuh..


Notatangan : Sekian, karangan budak UPSR.

12 comments:

  1. huhu..
    sangat menyeramkan..

    . encikkai.com .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? cuba tgk depan mata. kompem @_@

      Delete
  2. sonok ye bekelahh :p

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan mak kan...harap2 keluarga dia bersabar.. bahaya kat situ..

      Delete
    2. Ko rindu aku kn..
      Klu xde aku tak hidup api dlm ujan dlu kann..huhu

      Psstt:takziahla tuk arwah

      Delete
    3. harusla. ade ko tgk aku pernah nyalakan api? tak kan?hahahaha.. sian aku. nangis2 kena marah. cait.

      Delete
  4. uhuiii..untungla pegi bbq..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cait..teringat tempat ko jatuh babe..

      Delete
  5. untunglah pegi berkelah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih..hamboiii..next time pegi sesama.. :D

      Delete