Saturday, April 28, 2012

REVIEW FILEM # 2 : THE AVENGERS

As-Salam..Hye oLLS..


Kali ni aku nak review filem lagi. Kalau tempoh hari aku bagi 4.5 bintang pada Battleship, kali ni aku nak bagi 4.92 bintang pada The Avengers. (sesuka hati nak bagi perpuluhan kan?) Aku rasa semalam semua yang ada kat cinema tu semua datang nak tengok The Avengers je kot. GSC siap bagi keychain The Avengers free pada sesiapa yang beli 'Combo 2' popcorn diorang.  


The Avengers yang dibintangi oleh Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Mark Ruffalo (The Hulk), Chris Hemsworth (Thor), Scarlett Johansson (Natsaha Romanoff/Black Widow), Jeremy Renner (Hawkeye), Tom Hiddleston (Loki) dan ramai lagi.


Movie ni mengisahkan Loki (adik Thor) yang cemburu pada Thor dan dia bercadang nak tawan bumi dan memporakperandakan rakyat jelata kat Bumi ni. Tapi rancangan dihalang oleh pihak berkuasa (yang aku tak ingat nama dia, tapi mata dia ada satu je. hehehe). Pihak berkuasa tu masih tak dapat nak selamatkan bumi, jadi diorang wujudkan misi khas yaitu dengan memanggil semua superhero dan juga Black Widow untuk membantu mereka melawan Loki ni tadi.


Bagi aku movie ni digarap dengan baik sebab walaupun durasi masa dia 2 jam lebih, korang memang tak akan bosan langsung untuk tengok sampai cerita ni habis. Dan babak yang aku rasa agak menarik ialah bila The Hulk (yang memang akan jadi pemarah bila dia 'hijau') membantai Loki atas lantai macam korang-korang kibas baju nak buang habuk. Hahaha. Wa cakap sama lu satu panggung gelak wooo..


Cerita banyak pun tak guna beb. Better lu orang pergi tengok sendiri. Tapi yang aku tak puas hati, asal tiket aku mahal tapi adik aku yang kat Pahang RM15.00 untuk 3D. Cis.


Notatangan : Suka tengok Captain America. Lu hensem la bhai. kihkihkih..

Thursday, April 26, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY # 23


BILA MASUK KERJA JE, MATA NGANTUK LA, SAKIT PERUT LA, LAPAR LA.

DEMOTIVATED.

CAMNE NAK RECHARGE?

Wednesday, April 25, 2012

SPECIAL ENTRY FOR MY SPECIAL TWO - Ieyla Dot Com & Wan Amirul Syafiq

As-Salam.. Hye oLLs..


Ye.. Aku kembali menaip setelah sekian lama menyepi. Mungkin ini akan jadi entri pertama dan terakhir minggu ini. Kehkehkeh.. Sebenarnye aku malas nak cakap banyak. Just nak taip ucapan spesial aja ya untuk kamu neng dan juga bapaknya..


1. Norasilawati Bt Jamaludin a.k.a Ieyla Dot Com

Selamat Hari Lahir yang ke-25 (baru) untuk kamu my dear. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati segala amalan kamu. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya. Semga kau cepat kaya (Pastu belanja aku). Semoga kau cepat kahwin (pastu aku pun boleh kahwin gak. ahaks!). I miss u my dear. Just want to let you know that even we ain't always together, deep in my heart, you are still one of my besties. You help me a lot and those could not be repay and the only that I can do is pray for the best of you. Muaxx!


2. Wan Amirul Syafiq Bin Wan Mazlan

Happy Bornday bro. Me love you, forever. Harap-harap diberikan kesihatan yang baik sepanjang usiamu. Let my dream ends here. (Mimpi kau dah xde sangat menakutkan bro -.-'). You're my bro yg paling rapat isn't it? You help me when I in need. Aku pun taktau nak cakap ape lagi. Semoga kau dipanjangkan umur, kuat semangat, diberkati dan dimurahkan rezeki and list dekan la lagi. Make our parents proud of you. <3



Notatangan : Habis keyboard basah bila pikir pasal dak 2 org neh. Isk isk isk.

Monday, April 16, 2012

REVIEW FILEM : BATTLESHIP

As-Salam.. Hye oLLs!





Rasanya tak pernah lagi aku buat review filem kat sini. Taktau la kalau dulu-dulu ada kan.. Semenjak dua menjak ni lost memori tentang semua hal. Handphone entah ke mana, jam tak ingat letak mana, kadang-kadang kasut pun lupa kat mana. Haish! Hormon ketuaan dah makin meningkat agaknya.

Korang semua tau tak pasal filem Battleship yang baru je keluar panggung Khamis minggu lepas? Semalam aku berkesempatan la pergi tengok filem tu. Ape yang buat nak pergi tengok adalah sebab pengarah filem tu adalah pengarah filem transformers. So, aku dapat bayangkan filem tu hasil dia akan terbaek macam transformers.

Kesimpulannya bagi aku, aku rate cerita ni 4.5/5. Kenapa? Sebab audio and video dia everything is perfecto. Jalan cerita pun best. Kalau korang-korang nak pergi tengok dan rasa 'feel' lagi, try tgk yang 3D.. Kompem menyengat jiwa sanubari.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang pemuda yang pada mulanya takde matlamat hidup dan kerja dia asyik nak menimbulkan masalah pada orang di sekeliling dia terutama sekali abang dia. Lepas tu abang dia jak dia masuk navy and still dia masih lagi jenis yang menimbulkan masalah. Tapi , dia berubah bila bumi telah diserang oleh makhluk asing dari Planet G. Dari mane datangnya Planet G? Hasil dari satelit yang Nasa hantar ke angkasa setelah diorang dapat tau ada planet lain yang mungkin ada kehidupan di dalamnya. Lepas makhluk asing tu masuk bumi, macam--macam kacau bilau yang depa buat. Kalau dari penilaian aku sendiri, aku rasa apa yang berlaku dalam tu termasuk peristiwa-peristiwa yang pernah jadi kat bumi. Contohnya macam peristiwa 11 September dulu, tsunami, dan perang-perang Islam zaman dulu. So, kalau korang nak tau ending cerita ni camne, jom pakat serbu panggung wayang ramai. (Aku tak ajak beli cd pirate okay.)


Notatangan : Suka tengok Rihanna berlakon dalam cerita ni. Sempoi abes noks!

Friday, April 13, 2012

SEKUJUR TUBUH YANG KAKU

As-Salam.. Hye oLLs..

Hari ni terasa nak buat entri seram sejuk. Serius, sampai hari ni kau terbayang-bayang tubuh kaku itu. Macam ni ceritanya. (Ehemm.. Berdialog macam cakap depan-depan. Puii..)

Rabu yang lepas, entah kenapa terasa nak g mandi manda sambil bakar-bakar ayam. Kemain siap pergi beli mini bbq set untuk main bakar-bakar tau. Dengan berbekalkan ayam seekor plus kambing marinated, wa pergi air terjun Tekala. Kenapa Tekala? Sebab teringat memori lama dengan gegurl2 wa dulu. (Attn: Ieyla). Hahaha.

Tapi satu benda yang wa memang tak pandai sejak azali lagi terjadi. Sampai laa ni pun camtu kengkawan. Bak kata orang, memang tak dapat berdiri di atas kaki sendiri derr.. Sebenarnya, wa memang tak pandai nak hidupkan api yang pakai arang tu. Lagi-lagi bila wa tak bawak tayar buruk. Huh! Sengsara, derita dan keciwa wa selama satu jam setengah -.-'

Dalam keseronokan yang tak terkata tu, wa terpaksa balik sebab hari dah lewat petang. Tengah syiok-syiok layan corner yang terbentang atas jalan tu, wa nampak ramai mat-mat motor tepi jalan. Hati wa dah rasa tak sedap dah time tu. Apekehenye nih... Alangkah terkejut dan rasa tak berdarah wa tengok ada sorang mamat terbaring atas jalan, dengan kaki kanan ada luka macam kesan kena pijak dengan tayar kereta. Muka mamat tu dah pun ditutup dengan kain oleh sorang pompuan yang tengah pangku dia. Berdekatan dengan diorang, ada sebuah pajero yang dah kemek bahagian tepi dan ada motor yang memang dah nak hancur bahagian depan dia. Mungkin mamat tu punya la kot. Tak pasal-pasal kegembiraan aku mati kat situ je. Malam tu jugak aku tak lena tidur. Sampai sekarang aku terbayang-bayang lagi keadaan tu..

So, moral of the story, kalau korang nak pergi berkelah area Air Terjun Gabai or Air Terjun Tekala kat Hulu Langat tu, jangan sekali-kali dok syiok layan corner kat situ. Sangat bahaya..Ibarat macam Genting Highland dah jalan tu. Ingat orang tersayang atau yang menyanyangi korang-korang tuh..


Notatangan : Sekian, karangan budak UPSR.

Thursday, April 12, 2012

ADA HIKMAHNYA...

As-salam.. Hye oLLs..

Semenjak dua tiga menjak dah bekerja ni, kadang-kadang TERmuhasabah diri sendiri waktu bekerja. kunun-kunun la muhasabah.. erti kata yang lain, berangan memanjang. hahaha..

Bila difikirkan semula, kita sebagai manusia memang kena sentiasa bersyukur atas tiap-tiap sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. Ada hikmahnya tiap-tiap kejadian tu.

Contoh paling dekat dengan aku, ada hikmahnya aku ditawarkan belajar kat IIUM dulu. Kalau ditambah tolak darab dan bahagi, semua yang berlaku kat IIUM tu banyak hikmahnya atas aku. Tepat dan betul bila aku menuntut di sana, kerugian usia tu berlaku. Walaupun setahun dua berbanding rakan-rakan di universiti lain, kami yang menuntut kat IIUM ni tetap sabar. (Bro, setahun dua tu bukan kejap derrr..). Kan IIUMians? Hehehe..

Dan sekarang, aku dah pun bekerja. One thing that still remain dari zaman aku belajar dulu is the working environment. As we know, IIUM has various races and ethnicity. So,kalau nak cakap pun, sometimes kena speaking bagai. Kot nye nanti ada yang dok pahang kita royak gape kan. Kat tempat kerja sekarang ni pun macam tu la jugak. Nak cakap melayu pun dengan bos yang berbangsa Chinese jer okay. She was so good in treating her employees. Tak caya meh datang sini. Huehuehue.. Kalau nak cakap dengan pekerja lain, it was a compulsory for you to speak in Eglish as they are Persian. (Paham dok agak-agak?)

As a conclusion, ada hikmahnya aku belajar kat IIUM dulu. Takdela gagap memanjang sambil nak kena guna Google translate pulak kalau nak cakap kan. Haishhhhh.  -.-'


Notatangan : Panjang lebar mengarut. Macam takde point je. Bahana lama tak update entry yoo..

Monday, April 2, 2012

STATUS BARU

As-salam..Hye oLLs..

Alhamdulillah.. Lama menyepi dengan sebab yang baik.. (Mungkin).. :p

Kalau di blog aku menyepi.. Kat FB pun camtu jugakla.. Kawan-kawan sekalian, maaf tak tau status terbaru anda..Dua minggu dah berlalu.. Minggu ni minggu ketiga aku dengan status baru ku.. Harap-harap ia adalah sesuatu yang baik untuk aku.. Dari status seorang pelajar, kini aku seorang pekerja.. Menjadi seorang Accounts Executive di salah satu syarikat IDD di Kuala Lumpur. (Sesape nak beli IDD Talk or nak jual IDD talk tu, meh contact saya..Sangat jimat.. Even untuk call sesama Malaysian kat Malaysia.) Sempat lagi nak promote kan?

Kalau nak citer pasal company ni, tak habis kot.. Aku sendiri pun tak habis explore lagi pasal company ni.. Cuma aku harapkan segalanya berjalan lancar.. FB memang kena blok kat sini.. Bagus jugak.. Kalau tak, kerja memang entah ke mane la..

Tak perlu nak cakap banyak la ok.. Esok aku update lagi tentang hidup baru saya.. Jom tolong buat bank recon dengan 75 pages bank statement..


Notatangan : Mata naik juling menghadap nombor @_@