Thursday, September 29, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 9

"TAKE SADAQAH FROM THEIR WEALTH IN ORDER TO CLEAN AND PURIFY THEM"
-Surah At-Taubah:104



Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 10



Monday, September 26, 2011

SAMA TAPI SERUPA KE?

as-salam.. hye oLLS!

jom tengok gambar kat bawah ni..



agak-agak korang la kan, ape yang sama, ape yg x serupa dalam gambar ni? btw, gambar ni aku tangkap curik-curik waktu tgh tgk match man utd dgn chelsea hari tu. ouuhhh.. geram-geram bila ingat balik. sabo jela. dah.. jawab soklan tadi kalau korang rajin. hekhekhek.


WELCOME BACK


as-salam..hye oLLs.

lps ni boleh update hari-hari (kalau wireless okay kawan-kawan). tapi saya harap dia sentiasa okai. lama dah tak baca entry panas lagi hot dari korang semua. jom update blog ramai-ramai. (padahal aku sorang je yg tak update kan?)

2 minggu dah kelas bermula. assignment ada yg dah dapat. individual and group. setakat ni groupmates baik-baik aja dong.. bw, esok ada presentation. selamat la aku kan.. kalau x selamat aku la yg kena membobel esok kan.. aduhhh duhh..

ok, bai take care olss!



notatangan: esok kls international business. jangan lambat. now, makin hari makin sayang..aummm!

Thursday, September 22, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 8

ahad ni, ape yg ada di wordless wednesday # 8 akan bantu saya utk terjah korang. dan buat assignment jugak. sayang mak ayah saya ! ! !

Wednesday, September 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 9






WORDLESS WEDNESDAY # 8

Tuesday, September 20, 2011

SATU PETANG YANG SEJUK

as-salam.. hye oLLs!

ce teka aku kat mana waktu ni? ya, saya berada dalam lab komputer. rajin x? rajin la sgt kan. kalau dah kena mula minggu anda dgn assignment, tempat mana lg ko nak lepak ha? -.-'

sejuk. sbb air-con tambah pulak hujan. tapi, seronok sbb dpt update blog. weehuuu~

dah la.. nak smbg keje. jumpa lagi di alam maya nanti. okbai!


notatangan : kali xde ape nk ckp kt sini. haha

HARI YG SIBUK

as-salam..hye oLLs!

xnk update panjang-panjang. nanti aku jd alpa. bila alpa, aku lambat g kls international business. bila lambat, aku kena marah dgn madam. semua knl madam tu. aku suka dia. tapi aku takut dia. camne tuh? kang x pasal-pasal aku kena get out from that class. uhh. xnk mak. malu den. hari ni aku sibuk sikit. kls sampai petang. then tolong seorang manusia mencari kedai yg boleh buat hardcover. (ada sesiapa tau kat mane nak buat hardcover + xlah mahal sgt sampai rm50 ok). now, aku nak g kls. okbai!


notatangan : tolong aku cr kedai yg buat service hardcover boleh? :D

Monday, September 19, 2011

LIDAH MANUSIA YG PALING PANJANG DI DUNIA



LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai

"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi


sumber :kosmo


notatangan : malas tak aku update entry. adoi!

MAUT DIHEMPAP TIANG GOL


KLANG: Seorang murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2 di sini maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di padang sekolah berkenaan dalam kejadian petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman, 11, maut selepas mengalami pendarahan teruk dan retak tempurung kepalanya dalam kejadian kira-kira 6 petang ketika bermain bola sepak dengan beberapa rakannya.

Bapa mangsa, Abdul Rahman Sarbaini, 41, berkata beliau dimaklumkan oleh seorang jirannya mengenai kemalangan menimpa anaknya itu yang bermain di padang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman mereka di Kuarters Guru Kampung Jawa.

"Apabila sampai ke tempat kejadian saya dapati banyak darah keluar daripada kepalanya dan dia (Muhammad Fakhrul) sudah terbaring tidak sedarkan diri. Melihat kecederaan yang parah, saya terus menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk menerima rawatan namun dia gagal diselamatkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, Ahad.

Abdul Rahman berkata jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jati, di sini tengah hari tadi.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham anaknya, beliau berkata anak keempat daripada lapan adik-beradik itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik namun beriya-iya mahu kasut bola kerana sangat menggemari sukan itu.

"Dia ada minta pada ibunya dan minta tambahkan duit kerana duit rayanya tidak cukup untuk membeli kasut bola tetapi nampaknya tidak kesampaian, namun saya redha Allah lebih sayangkannya," kata Abdul Rahman.

Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mat Derus ketika dihubungi berkata beliau masih belum menerima sebarang laporan kerana ketika kejadian berada di luar negara.

"Mungkin pihak jabatan telah pergi ke lokasi kejadian namun sekiranya sudah menerima laporan, siasatan akan dilakukan," katanya. BERNAMA


sumber :Mstar


notatangan : al-fatihah. yg main netball pernah x kena hempap dgn tiang?


Tuesday, September 13, 2011

KENAPA SAYA TAK UPDATE BLOG?

as-salam.. hye oLLs..

xnk cakap panjang-panjang. ni la sebab musabab dia:

- takdek laptop
- takde internet (wireless) kat bilik
- sibuk nak daftar subjek yg x dpt2
- sibuk dating (oppps itu tipu sahaja)
- xde modal nak tulis entry

okbai


notatangan : ini hanya belog picisan. terima kasih sebab baca entry and follow. saya akan rajin lepas ni. maaf yer.. -.-

Friday, September 9, 2011

KERANA PRO EVOLUTION SOCCER


as-salam..hye oLLs!

saje nak bagitau, hari semalam plus hari ni, keje aku hanya online fb, blog, DAN download patches pes. bg blogger lelaki harus lah tau apemende alah tu. yg pompuan xtau pun xpe.. xde effect ape-ape. banyak oii nak kena download.. lama gila dah tinggal.. kesian pulak bila nak main x berupdate. makanya tengahari ni aku isytiharkan aku dah habes download. sekian. (pasni kena check report praktikal orang pulak.)



notatangan : korang rasa kau ke yang main pes tu? haram jadah x reti kot.

JUMPA KUBUR DALAM HUTAN

as-salam. hye oLLs!


ALOR GAJAH – Penemuan lebih 50 kubur yang dianggarkan terbiar sejak 50 tahun lalu dalam satu kawasan yang sudah dinaiki hutan mengejutkan sepasang suami isteri di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Penemuan itu disedari Ali Baharom, 60, bersama isterinya, Saini Abd Rahman, 54, ketika mereka sedang menebas semak samun yang terdapat di kawasan menempatkan ladang getah untuk menoreh.

“Sambil berjalan memang saya dan isteri akan menebas semak samun yang ada bagi memudahkan laluan, tetapi secara kebetulan sebaik menghayunkan parang saya terpandang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang diukir dan sudah dinaiki lumut,” katanya.

Menurutnya, dia yang mula menoreh di kawasan itu sejak kira-kira setahun lalu mendapati, terdapat batu nisan yang sudah patah dan tenggelam akibat mendapan tanah selain tersorok di sebalik pokok hutan dan semak samun.

Katanya lagi, jarak penemuan tanah perkuburan itu kira-kira 7.5 kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru, yang kini tidak terdapat keluarga Islam tinggal di sekitarnya, malah penemuan itu dilihat dalam satu kawasan yang luas dan tidak dihuni sesiapa.

“Ada batu nisan yang tidak ditemui di kuburnya, ini belum termasuk kubur yang sudah terbenam dalam tanah dan dipijak sesiapa yang masuk ke hutan ini.

“Saya merasakan dahulunya kawasan ini menempatkan satu perkampungan besar orang Melayu dan hingga kini kawasan kubur yang ditemui ini sudah menjadi ladang sawit dan pokok-pokok getah. Malahan menjadi habitat binatang berbisa,” katanya.

Ekoran penemuan yang dijangkakan tersimpan lebih banyak kubur di dalam kawasan itu, dia dan isterinya berharap ada pihak :mengambil tindakan membersihkan kawasan sekitarnya sekali gus dapat mengetahui lebih jelas status tanah perkuburan itu.

“Saya berharap ada pihak yang dapat turun padang kerana orang ramai pasti ingin tahu usia sebenar tanah perkuburan Islam itu serta kisah yang tersimpan di kawasan ini sejak sekian lama,” katanya.


sumber : SINI



notatangan : bayangkan kalau tengah sedap-sedap jungle trakking atau night walking, tetibe terpijak kubur orang. @__@


Thursday, September 8, 2011

PRAY FOR RARA ZIKRY



as-salam.. hye oLLs!

korang kenal Rara Zikry.. erm..aku baru je kenal time blogwalking tadi..kalaulah aku x blogwalking, mesti x kenal sampai bila-bila.. T__T (ada baiknye aktiviti blogwalking ni kan?) ..

she is a girl who has her own blogshop. click HERE utk blogshop dia. tapi, ape kaitan dgn entry ni. jom sambung baca...


Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry)

On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing. Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. ....

read more about her, click HERE.


ni gambar waktu zizan melawat dia.




so, sekarang dah kenal siapa dia. jom ramai-ramai kita bantu dia. walaupun ada diantara kita yg tak mampu nak donate, sekurang-kurangnya berdoalah utk kesihatan dia, kekuatan bagi dia utk bertahan melawan sakit yg dia hadapi sekarang. hari ni hari dia, mane tau esok lusa kita pulak yg perlukan bantuan. kita hamba Allah yg hidup kat atas muka bumi ni should help each other right. what s the point of life kalau x nak tolong sesama manusia/makhluk lain?




notatangan : suka tgk gambar dia senyum.

SPONTANEOUS THURSDAY # 7



PERLUASKANLAH BIDANG, MINAT DAN KEGEMARAN ANDA SUPAYA MASA ANDA TIDAK TERBUANG DENGAN SIA-SIA YANG BOLEH MENGHANYUTKAN ANDA DALAM KEGIATAN ATAU ARUS FANTASI YANG MEROSAKKAN DIRI ANDA.




notatangan : keep on blogging, blogger!


SPONTANEOUS THURSDAY # 6




BUDAK PEREMPUAN HILANG DAH 4 HARI KAT KL.

MASIH TAK DIJUMPAI OLEH PIHAK POLIS.



Wednesday, September 7, 2011

ALLY ISKANDAR BERTUNANG LAGI?

as-salam..hye oLLs!

dulu betunang dgn aishah si gadis melayu.. tapi jodoh tak panjang kan.. skrg dgr cerita nak bertunang lagi..eh yeke?? ally iskandar bertunang dgn farah lee.. seorang pelajar malaysia yg melanjutkan pelajaran di korea.. khabarnya farah lee ni berasal dari terengganu..





sumber : qimie.com and cari dot com dot my




notatangan : sejak bila aku pandai terjah bidang gossip neh? @__@

WORDLESS WEDNESDAY # 7

Sunday, September 4, 2011

CARA NAK TUAI PADI


as-salam..hye oLLs!


dah seminggu bercuti, hari ni masing-masing pulan ke tempat mencari sesuap nasi..selamat merempuh kepada semua. aku memang x kemana-mana.. hihi.. teringat kenangan pulang ke kampung dimana aku dapat lihat bendang-bendang yg luas terbentang. padahal tiap-tiap tahun kot aku balik.. kalau kecik-kecik dulu mesti balik 2,3 kali setahun.. pernah jugak aku balik awal dari famili aku.. beg gebdabak beso aku bawak sbb duduk sana 3 minggu. ape yang aku buat tolong nenek jual ais. pastu duit masuk poket sendiri. haha..

tapi kali ni aku balik ada sesuatu yg berbeza.. mak sedar aku dah pindah ke rumah baru. and depan rumah dia ada sawah padi.. ohmmmaaaiiii.. mane la pernah sentuh padi-padi tu semua. and now, aku dapat! (tapi yg x masak lagi, daun je aku sentuh T__T).

korang semua tahu ke cara nak tuai padi? kalau orang bandar macam aku ni (taklah bandar sangat mcm key elll tuh) harus lah xtaw. jom kita sama-sama baca info menarik ni.


Pokok padi akan mula mengeluarkan bunga apabila berumur 80-85 hari selepas ditabur atau 90-95 hari selepas tabur semaian dan buah akan masak 30-40 hari selepas peringkat berbunga. Air di dalam sawah hendaklah dibuang secara beransur-ansur apabila buah padi mula menguning dan sawah dikeringkan 14 hari sebelum padi masak iaitu mencapai kematangan 80% masak. Bagi kebanyakan varieti, penuaian boleh dilakukan kira-kira 30-40 hari selepas padi terbit. Penuaian buah padi yang terlalu masak atau 100% masak akan meningkatkan peratus kehilangan hasil akibat buah mudah relai semasa menuai.

Penuaian hasil boleh dibuat secara manual dan secara mekanikal. Cara manual ialah menggunakan sabit atau pisau penuai dan cara ini sungguh membebankan dan hanya dipraktikkan di kawasan bermasalah seperti di kawasan yang dalam dan tidak boleh dikeringkan, di kawasan yang kecil serta tidak mempunyai khidmat jentuai.

Bagi cara manual, padi perlu dibanting atau direlaikan dalam tong selepas disabit. Proses merelai padi boleh dipercepatkan dengan mengguna perelai mekanikal. Pada masa kini, penuaian padi dilakukan dengan menggunakan jentuai (hasil dituai dan dibersihkan sekaligus). Lazimnya apabila padi lembab, tahap penuaian rendah dan kehilangan bijirin meningkat. Dengan itu penuaian dengan jentuai biasanya dilakukan apabila pokok padi dalam keadaan kering.



see! camtu la rupanya pesawah bekerja kan.. ini baru peringkat pertama. ada lagi tau. tapi korang boleh la baca kat SINI yer..

aku pergi bendang snap gambo je. hikhikhik. tapi dalam hati ni ada jugak terpikir mesti kaya kan kalao jadi pesawah, penoreh getah. ada sape-sape nak amek aku bekerja x? saya tiada pemgalaman tapi saya mempunyai keazaman. hihihihi..







KEKASIH HATIKU

as-salam.. hye oLLs!

selamat beraya semua. masing-masing bizi nak g beraya sane sini. kononnye nak kutip duit raya.. banyak ke duit raya korang? huhu.. ini adalah kekasih hati saya selain dari famili saya.




agak-agak korang la kan, mana satu aku yer? soklan jenis ape ntah aku tanya.. muahahhahaa.. ni gambar fresh dari ladang.. gambar siang tadi yg diambil oleh tangan x berbayar waktu majlis kenduri kahwin schoolmate dulu2.. pelik x korang rasa...pergi kenduri tapi tangkap gambar sendiri. gambar pengantin entah ke mana.


kepada cik puan pengantin baru, selamat pengantin baru.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. jadi isteri solehah dan ibu yang mithali kepada bakal anak2 nanti yer.. hihi..




notatangan : kekasih hati saya ada 3. 2 dalam gambar. 1 lagi mana eh?