Tuesday, October 30, 2012

SAMSUNG GALAXY NOTE GOOD WORKING CONDITION TO GRAB!!!

As-Salam.. hye oLLS!

Kali ni aku nak tolong advertise untuk kawan aku yang sorang ni. Ada sesape yang rasa nak pakai Samsung Galaxy Note white colour, boleh la baca entri kat bawah ni, Huehuehue..

************


Original set and just use for few months only!

Phone come with all Original set:
1) Samsung Charger
2) Samsung Headset
3) Samsung Cable USB
4) Free 16GB external Micro HD Ultra (for Video HD recording)
5) Samsung Battery
6) Updated latest Android ICS 4.0.4

For viewing please call/sms 012-6682795(Nor) or 017-8880985(Wan) location Kg Pandan, Ampang, Masjid Jamek or KLCC.

Delivery: Upon your request

Price: RM1.2k (would be negotiable)

************

Basically, aku dah tengok Note dia ni dengan mata kepala aku sendiri. Kalau aku berduit, dah grab dulu dah dari aku post kat sini. Ye dakk? Overall memang ok..MAcam-macam application ada dalam hp dia nia.. So korang dah tak payah susah-susah nak download sana sini. Game pun banyak. Rupa pun ok. Macam baru beli lagi. Berminat??? Call aje no kat atas tu..





Saturday, October 27, 2012

AKU SEEKOR NYAMUK...

As-Salam.. Hye OLLs..


Aku seekor nyamuk durjana. Makananku adalah darah. Lebih-lebih lagi darah yang manis. Waktu  makanku kebiasaannya waktu maghrib. Mangsaku adalah mereka yang tak solat maghrib. (pandai pulak aku teka sape yang tak solat..)

Tempat tinggalku adalah di merata-rata tempat.. Dimana saja di dalam rumah mangsaku..Di toilet,di pasu bunga, di tempat letak pinggan dan macam-macam lagilah!

Bila masa gilaku datang, aku suka bermain-main di tepi telinga mangsaku. Kadang-kadang aku buat-buat irama lagu Siti Nurhaliza. Kadang-kadang aku layan lagu Ainan Tasnim. Ececece. Hebatkan aku.

Bila gila aku datang lagi, aku akan buat 'gigitan cinta' aku kat mangsa aku. Kadang-kadang kat jari kaki yang busuk, kadang-kadang kat belakang telinga, kadang-kadang kat atas dahi. Dah.. Semua tempat pun aku gigit.

Kini... Aku adalah seekor bangkai di atas lantai rumah mangsaku. Malam tadi mangsaku telah sembur Ridsect botol merah tulisan oren ke sekeliling rumah dia. Tambah pulak dia pakai ubat nyamuk lingkar jenama Shiledtox. Bila mana aku lemas tak dapat bernafas, dan terbang pun lemah longlai, mangsaku menggunakan 'raket' elektrik untuk memanggang aku hidup-hidup. 

Begitu lah kesudahan hidup aku. Kini, hanya ajal menanti aku. (Padahal dah mati on the spot).





Notatangan: Lemau sungguh entri ni. Mode cuti demam tak abes lagi :)

Tuesday, October 23, 2012

BUDAYA ITU..

As-Salam..hye oLLs..


Dah. Aku tau korang semua peliks sebab aku rajin update entri kan? Ekeke.. Ini namanya musim istimewa dah tiba. Cerita pasal budaya.. 


TEMPAT PRAKTIKAL
Bila sampai office : "Hi! Good Morning. Ooo.. U datang lambat eh? U dah breakfast?"

TEMPAT KERJA PERTAMA
Bila dah sampai office : "Hi! Good Morning! Khubii! Selamat pagi!How are you?How was ur day?Is everything ok?"

TEMPAT KERJA KEDUA(SEKARANG)
Bila dah sampai office : Terus pergi tempat sendiri dan duduk. Bukak komputer dan kerja. Bila akak cleaner lalu "Hi Kak Las. Selamat pagi.. hehe"


SEE! What is the different between those situations? Kadang-kadang rasa pelik, rasa janggal dan rasa bersalah pulak. Kalau tak sapa nanti dikata sombong. Tapi bila nak sapa, masing-masing menghadap kerja.

Ya. Mungkin setiap tempat tu berbeza keadaan dan suasana. So, aku kena adapt dengan semua tu. Actually dah adapt dah pun. Haha..

Bila difikirkan semula, aku bersyukur mak ayah aku ajar aku to be polite with others. Don't judge people by their appearance, their looks. Setengah orang kadang-kadang muka memang nampak sombong, tapi bila sekali dah bercakap. Uiihh. So, aku rasa it's a good thing la if u greet first. Tak salah kita mulakan dulu. It's not asking for sympathy from others right? Sesungguhnya memberi salam tu pun adalah sunnah. Dapt pahala lagi. 


Notatangan: Jom cari pahala free :D

Monday, October 22, 2012

SAYA SEBAGAI SEORANG PENGGUNA JALAN RAYA

As-Salam.. Hye oLLs..


Ini adalah kisah saya. Kisah saya sendiri juga kisah mereka sebagai seorang pengguna jalan raya. kadang-kadang pernah tak bila korang bawak kereta syiok-syiok sambil menyanyi lagu yg keudara kat radio, korang terlanggar lubang besar atas jalan raya?


Kadang-kadang pernah tak korang tengah cepat-cepat nak balik kerja, tetiba jalan 'jam' yang amat. Bila dah sampai kt tempat kejadia, tengok-tengok ada motor kemalangan sebab keadaan jalan yg tak rata tambah pulak licin sebab hujan?


Pernah tak  kawan-kawan koran yg naik motor, tayar motor mereka pancit atau bocor sebab langgar lubang yg cantik elok je kt atas jalan raya? Atau mungkin rim tayar mereka patah sebab langgang lubang? (Saya pernah!)


Ok.. Sekian luahan kali ini. Pihak-pihak yg berkaitan, sila ambil tindakan dengan kadar paling SEGERA. Pilihanraya dah nak dekat ni *tetibe*.


Notatangan: Luahan yang idea asalnya nak buat surat rungutan, alih-alih jadi bebelan pulak u oLLs. :p

Tuesday, October 16, 2012

IT'S NOT JUST A CONVOCATION. IT'S CONGRATULATION AND APPRECIATION!

As-Salam..

Lama dah tak jenguk jengah blog yg semakin bersawang ni kan. Sejak dah masuk ke 'alam' yg baru ni, kesibukan teramatlah jelas dan nyata. Yg penting, sekarang aku dah tahu macam mana nak decide keputusan dalam hidup sendiri nnt. Kehkehkeh!

Isnin yg lepas, yakni 08.10.2012, acara gilang gemilang untuk menghargai kami-kami yang dah lama sangat belajar kat UIA telah diadakan. Sedih memang sedih sebab tak semua ahli keluarga aku yang datang. Tapi, nak buat macam mane kan. Janji mak ayah aku datang. Sebab, tujuan aku naik atas pentas tu bukan untuk diri sendiri, tapi untuk mereka. Even, aku bukanlah pelajar terbaik dalam sesi konvokasi tu, sekurang-kurangnya bila aku naik pentas tu, aku dah membanggakan dan menggembirakan mak ayah aku. Inilah hadiah yang tak seberapa dari aku untuk  mereka.

 "Mama dan baba, mungkin hadiah ni tak seberapa dari kakak, tapi kakak nak ucapkan terima kasih yg mmg kakak takkan dapat balas sebab selama ni byk bagi sokongan kat kakak :') "

Dan untuk mereka-mereka yg sanggup datang walaupun letih-letih balik kelas, balik kerja.. Even ada yg wish by handphone & FB, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Korang semua dah jadi sebahagian dari hidup aku.. Susah dan senang ada bersama aku.. Aku hargai sangat2!

Masih teringat saat-saat tahun lepas. Bila all my sayangs konvo tapi aku sorang je yang tak konvo, terdetik jugak perasaan sedih tu. Hanya Allah je yang tahu macam mane rasa dia bila melihat mereka menyarung jubah konvo, senyum gembira, dan aku ada di situ menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang aunty untuk teman sepupu jauh aku tengok anak dia konvo. Lebih-lebih lagi anak dia is my bestfriend. But, I also feel very happy for them. And I know, one day my turn will come :D

Ok. tutup cerita sedih. Below are the moments that I captured during and after the events.


My Lovely Parents

Cik Ieyla.Com


Main stairs IIUM


 Batu bersurat IIUM

 Graduated!