as-salam. hye oLLS..
Bila dah lama mengadap komputer tapi fikiran ke blog memang dah tak ada, hari ni aku datang bersihkan blog. entah sape je yang nak baca kalau aku tak konsisten macam dulu-dulu kan. takpe, aku cuba jugak la walaupun sekarang bos besar aku dah balik dari 'jenjalan' dan aku yang kat sini kena siapkan mental dan fizikal aku untuk layan dia. (jangan ingat aku ada 'business' lain pulak dengan dia. cait lu orang) . dah. kalau citer pasal keje memag 10 post aku boleh buat. jom baca karangan aku kat bawah.
Pasal topik aku kali ni, aku nak cite sikit pasal tabiat pemandu-pemandu dan penunggang-penunggang kat kolumpo sana. Baik yang bawak kereta, lori mahupun bas metro, rapid dan SJ bus. Bagi aku, sebenarnya kat mana-mana dan sejak dulu dah benda-benda ni jadi. Cuma takkan aku yang tengah dalam bas nak terpekik terlolong nak marah depa kan. Jadi, aku gunakan blog aku ni sebagai medium untuk aku luahkan. Biar aku citer ikut jenis depa.
1) Motorsikal
Kadang-kadang aku tak paham dengan sikap segelintir dari mereka ni. Lagi-lagi bila jalan jem yang amat. Nak kata tak bagi ruang kat kau orang, dah sebesar 2 kangkang dah aku bagi atau pemandu lain bagi. Tapi bila ada jenis yang bawak laju jugak masa jem, pastu kau menyelit tak ingat dunia, sekurang-kurangya kau tengok dulu tempat kau nak masuk dan selit tu, ada ke tak motor lain kat situ. Macam haritu, kesian aku tengok kat sorang pompuan yg bawak skuter. Tak pasal bergolek atas jalan waktu kereta sesak-sesak baru balik kerja. Terketar-ketar kaki dia. Cuak kot dia nak handle dengan segala bagai tu. Ni gara-gara kes selit-menyelit la ni.
2) Kereta
Yang ni aku taknak sentuh time jalan jem. Aku cerita pasal kat lampu isyarat jela senang. kalau dah lampu tu warna oren dan SEDANG TUKAR JADI MERAH, apa yang perlu korang buat? Dan kalau jalan dan sesak gila dan memang for sure korang tak dapat melepasi garisan kuning kat lampu isyarat tu, perlu ke korang nak masuk lagi barisan tu? Cuba fikirkan pandangan dan PERASAAN mereka-mereka yang sepatutnya dah lampu hijau dan dah boleh jalan tapi masih tersangkut sambil memaki hamun tambah pulak dengan bunyi hon yang tak henti-henti mintak nak lalu jalan dia tu.
Lagi satu kes, baru je jadi depan mata aku 2,3 hari lepas. Bila kat lampu isyarat ada ambulans yang memang tengah berbunyi siren dia mintak nak lalu. Ada pulak kereta yang 'baik hati' boleh je dia jalan tanpa bagi laluan kat ambulans tu tadi. Bhai, cuba bayangkan kalau dalam ambulans tu ahli keluarga kau yang memang tengah nazak bertarung dengan nyawa dia. Kau nak lalu dulu atau kau nak bagi laluan untuk ambulans tu? Bukan susah pun aku rasa nak bagi laluan tu. Kan?
3) Bas dan Lori
Yang ni agak menakutkan aku. Mana taknye, dia dah tau dia besar dan body dia lagi kuat dari kita, dia memang masuk dan jalan sesuka hati dia je kat laluan kita. Pernah jadi tak kat korang? Andai kena la kereta kita, memang dia tak perrlu nak baiki apa-apa kat lori dan bas dia. yang dia tahu, hon kita je. Yang nak kena kerja keras cari duit baiki balik kereta, kita jugak nyah.
Aku rasa itu je entri emo untuk hari ni. Kalau nak aku cerita semu, esok pun belum tentu habis kan? Hahaha. Korang pernah jadi macam aku cerita kan tak? Cer share sini ;D
PERINGATAN : ENTRI NI SEKADAR PEMERHATIAN DAN PENDAPAT PERIBADI SANG PENULIS SAHAJA. SPEKULASI DAN MANIPULASI TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
Notatangan : Home sweet home :p
Agree!!!!
ReplyDeleteSakit hati je kdg2.nak2 yg motor..
Dah la nyelit..ruang ckup besar dh bole die lalu..pastu tgk driver pempuan..dan2 la die nk ketuk2 kete org..
Choi!!ingt bapak die ke beli kete tu..
kihkihkih..
Deletetapi bikan aku la kan yg ek motor tu kan? :p
mish u!
emmm....cmtu la sikap org sekarang ni...byk yg pentingkan diri...selalu megejar masa dari menjaga keselamatan...klu jadual semua disusun dgn baik,,,msti diorang x kelam kabut...
ReplyDeletekomen pun nk emo gk ni..hahaha...