Thursday, May 31, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #24





Semoga segala amalan kita hari ini dipermudahkan olehNya
dan 
diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan.
Amiin.



Tuesday, May 29, 2012

KERJA KERAJAAN DAN KERJA SWASTA. PILIHAN ANDA?

As-Salam.. Hye oLLS..


Kabare waang? Hari ni aku nak cerita topik berbangkit lagi panas uolls. Apa pendapat korang tentang kerja kerajaan dan kerja swasta? For me, it depends to that person la kan. (Kemain kau. Ayat orang Mesia. Depends jela memanjang)


Once upon a time, I have been asked by an aunty "Awak tak apply kerja kerajaan ke?". Then, I answered to her "oh, on the way aunty. Plan nak cari pengalaman dulu kat private sector. At least a year."
Later, she replied to me "oh, kena ada pengalaman ker?? Anak makcik dua orang mintak kerja kerajaan tapi takde pengalaman pun dan diorang dapat jer" . In my heart on that time "Eh makcik ni"
Hehehehe..


Sekian cerita saya. Kang panjang-panjang kang jadi isu besor pulak yer. Bagi aku, semua tu bergantung kepada rezeki masing-masing. Kalau dah tertulis rezeki kita akan dapat kerja kerajaan, maka dapatla kan. Kalau dah apply sepuloh kali sekalipun tapi masih tak dapat, tu maknanya kita kena usaha lagi. Lagi pun, semua tu terpulang kat kita, citarasa kita sendiri samada nak kerja kerajaan atau swasta. Dua-dua pun ada kebaikan dan keburukan. (Kerajaan ada buruk kerrr??)


 Ni ada sedikit hasil carian blog lain tentang perbandingan kerja kerajaan dan kerja swasta. Jom kita baca dan NILAI kan yer kawan-kawan..




Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
·    Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
·    Kenaikan gaji setiap tahun
·    Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
·    Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
·    Caruman KWSP atau pencen
·    Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
·    Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
·    Kestabilan ekonomi sendiri
·    Potensi dibuang kerja amat tipis
·    Kerja yang lebih tenang dan selesa
·    Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
·    Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
·    Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
·    Gaji pokok yang kecil
·    Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
.    Posting jauh dari tempat tinggal
·    Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
·    Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
·    Gaji pokok yang tinggi
·    Berorientasikan keuntungan syarikat
·   Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
·    Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
·    Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
.    Ruang kerja yang kondusif
·    Potensi dibuang kerja tinggi
·    Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
·    Masa depan tidak terjamin
.    Boleh pilih kerja

  * Peringatan : Ini hanyalah pandangan peribadi penulis je tau.


Jadi, dimana kedudukan anda sekarang? Apakah pilihan anda? Tepuk dada, tanya hati, nilai dengan minda :D



Notatangan : Kepada makcik itu, insyaAllah kalau ada rezeki saya, ade la nanti. Tapi saya nak kerja swasta dulu. kehkehkeh.

Sunday, May 20, 2012

BERTOLAK ANSUR

as-salam. hye oLLS..


Bila dah lama mengadap  komputer tapi fikiran ke blog memang dah tak ada, hari ni aku datang bersihkan blog.  entah sape je yang nak baca kalau aku tak konsisten macam dulu-dulu kan. takpe, aku cuba jugak la walaupun sekarang bos besar aku dah balik dari 'jenjalan' dan aku yang kat sini kena siapkan mental dan fizikal aku untuk layan dia. (jangan ingat aku ada 'business' lain pulak dengan dia. cait lu orang) . dah. kalau citer pasal keje memag 10 post aku boleh buat. jom baca karangan aku kat bawah.


Pasal topik aku kali ni, aku nak cite sikit pasal tabiat pemandu-pemandu dan penunggang-penunggang kat kolumpo sana.  Baik yang bawak kereta, lori mahupun bas metro, rapid dan SJ bus. Bagi aku, sebenarnya kat mana-mana dan sejak dulu dah benda-benda ni jadi. Cuma takkan aku yang tengah dalam bas nak terpekik terlolong nak marah depa kan. Jadi, aku gunakan blog aku ni sebagai medium untuk aku luahkan. Biar aku citer ikut jenis depa. 


1) Motorsikal

Kadang-kadang aku tak paham dengan sikap segelintir dari mereka ni. Lagi-lagi bila jalan jem yang amat. Nak kata tak bagi ruang kat kau orang, dah sebesar 2 kangkang dah aku bagi atau pemandu lain bagi. Tapi bila ada jenis yang bawak laju jugak masa jem, pastu kau menyelit tak ingat dunia, sekurang-kurangya kau tengok dulu tempat kau nak masuk dan selit tu, ada ke tak motor lain kat situ. Macam haritu, kesian aku tengok kat sorang pompuan yg bawak skuter. Tak pasal bergolek atas jalan waktu kereta sesak-sesak baru balik kerja. Terketar-ketar kaki dia. Cuak kot dia nak handle dengan segala bagai tu. Ni gara-gara kes selit-menyelit la ni. 


2) Kereta

Yang ni aku taknak sentuh time jalan jem. Aku cerita pasal kat lampu isyarat jela senang. kalau dah lampu tu warna oren dan SEDANG TUKAR JADI MERAH, apa yang perlu korang buat? Dan kalau jalan dan sesak gila dan memang for sure korang tak dapat melepasi garisan kuning kat lampu isyarat tu, perlu ke korang nak masuk lagi barisan tu? Cuba fikirkan pandangan dan PERASAAN mereka-mereka yang sepatutnya dah lampu hijau dan dah boleh jalan tapi masih tersangkut sambil memaki hamun tambah pulak dengan bunyi hon yang tak henti-henti mintak nak lalu jalan dia tu.

Lagi satu kes, baru je jadi depan mata aku 2,3 hari lepas. Bila kat lampu isyarat ada ambulans yang memang tengah berbunyi siren dia mintak nak lalu. Ada pulak kereta yang 'baik hati' boleh je dia jalan tanpa bagi laluan kat ambulans tu tadi. Bhai, cuba bayangkan kalau dalam ambulans tu ahli keluarga kau yang memang tengah nazak bertarung dengan nyawa dia. Kau nak lalu dulu atau kau nak bagi laluan untuk ambulans tu? Bukan susah pun aku rasa nak bagi laluan tu. Kan?


3) Bas dan Lori

Yang ni agak menakutkan aku. Mana taknye, dia dah tau dia besar dan body dia lagi kuat dari kita, dia memang masuk dan jalan sesuka hati dia je kat laluan kita. Pernah jadi tak kat korang? Andai kena la kereta kita, memang dia tak perrlu nak baiki apa-apa kat lori dan bas dia. yang dia tahu, hon kita je. Yang nak kena kerja keras cari duit baiki balik kereta, kita jugak nyah.


Aku rasa itu je entri emo untuk hari ni. Kalau nak aku cerita semu, esok pun belum tentu habis kan? Hahaha. Korang pernah jadi macam aku cerita kan tak? Cer share sini ;D


PERINGATAN : ENTRI NI SEKADAR PEMERHATIAN DAN PENDAPAT PERIBADI SANG PENULIS SAHAJA. SPEKULASI DAN MANIPULASI TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.



Notatangan : Home sweet home :p