
notatangan : final destination begin tomorrow. pray for my success dearies!
Cukup tenang keadaan Rara ketika itu. Nafasnya bergerak perlahan lahan walaupun mesin pernafasan yang menguasainya. Hanya ALLAH swt saja yang tahu bagaimana hati dan perasaan seorang ibu ketika itu, cukup memilukan, pedih, sayu...... bagai dihiris hiris perasaan ini. Setiap Kali bila dipanggil Namanya, Rara akan mengangkat tangannya. Tepat jam 9.30 malam, mesin pernafasannya berhenti dan mesin sampai ke angka '0'........... Tiada denyutan lagi....... Itu lah saat saat terakhirnya seperti sedang tidur lena dengan tersenyum. Semoga ALLAH swt mencucuri rahmat keatas rohnya, diampunkan segala dosa kesalahannya Serta ditempatkan bersama sama orang orang yang soleh dan beriman. Alfatihah.
Selesai sudah majlis tahlil dan bacaan yassin untuk Rara Zikry. Jutaan terima masih pada mereka yang datang mahupun dirumah, masjid atau di tanah perkuburan. Cuma mahu berkongsi saat saat akhir Rara bersama keluarga tercinta di hospital. Lebih kurang jam 8.30 malam Rara pada 1 December, Rara mengalirkan airmata seolah olah mahupun memberitahu kami yang dia mahu pergi menemui penciptanya. Wajah dia tenang, berseri