Saturday, February 26, 2011

KENANGAN BERSAMA

finally!
da abes pon discussion. yeeha!
jom kita tengok gambar-gambar photoshoot hari tu..


ini photoshoot untuk batch kitorang..sape la paling menonjol antara ramai-ramai ni ek? huhu







ni pulak bersama sayam-sayam saya...tapi ieyla xdop..cik wawa pon xdop..cik zaza jugak..












NON-STOP!

ermmm..
arini dah terasa letih badan..
non-stop discussion from 6.00 pm yesterday..
x cukup tidur. saya nak bantal!
harap-harap dapat bertahan untuk hari ni..




Wednesday, February 23, 2011

23 FEBRUARY?

Free Images



aduh.
arini dah 23 hari bulan.
tapi..
entry baru ada 16 utk bulan ni..
(termasuk yg ni la. huhu)
howcome?
x seiring da nie..
nampak gaya cam kena post banyak-banyak ni..
tapi not to merepek merapu banyak sangat..
next tyme i'll try to give tips la pulak..
kena study dulu. hohohoho..
bye!

notatangan:entry ini hanya la merapu semata-mata sebab nak banyakkan post. jangan tertipu u oLLs. hihihi~




LEMBAP MACAM SIPUT



hye oLLs!
minggu ni rasa frust. nak tau?
internet kat tempat ni ada-ada xdek jer.
chipsmore pon lagi besh tau. nyah~

 apesal la internet kat bilik ni macam siput.
siput pon boleh lagi gerak taw walopun dia lambat..
sudahnye my eseman ade la yg siap..
nak post new entry pon susah kawan-kawan..

semalam dah dapat gambar utk 1st photoshoot and 2nd photoshoot.
nk tengok? tunggu taw..
ade mase nanti i upload kat sini..

ok la. nak balik dah.
den sogan nak post new entry dalam lab ni sebonanyer. hehe~
macam banyak je mata tengok-tengok (ah. perasan kan??)

bye. take care. ade mase and connection tenet ok t kita post banyak-banyak.
muax!




Saturday, February 19, 2011

CAPTURE THE MOMENT CONTEST


jom join ramai-ramai contest..

syarat-syarat dia senang ajer. heee~

- letak gambar korang seorang atau reramai utk dipertaruhkan.
mestila reramai kan? kalau sorang cam x syiok gitu..here..

v

v

v



explain sket pasal gambar. here:
"gambar ni di snapkan waktu wedding one of our members kat klate. yg bestnyer, pengantin sporting abes. gaya santai + sempoi ni diorang yg suggest. the couple here have the everlasting love. dah lame diorang couple n finally they are married now! yeeha. i'm happy for them."

- kena jadi follower. actually saya x terpaksa pn nak jadi follower awak sbb ur blog is soooo cute! hehehe~

- tag 3 member blogger:
ieyla
wawa
syaheed

- letak banner contest & link kat sidebar. sila lihat atas dan kanan. ngee

- tinggalkan link dekat post contest ni taw.





Friday, February 18, 2011

TO-DO LIST FOR NEXT WEEK ^_^

selamat pagi u oLLs! smoga ceria-ceria je arini. okey?
pagi ni dgn keadaan yg mengantuk, aku bangun dan menyambung assignment yg aku kne hantar arini.
alhamdulillah, dah siap dah pon. suka! kurang 1 tanggungjawab kan?

fikir pnye fikir, aku rase nak wat to-do list for next week.
besenyer petang-petang jumaat baru aku wat.
tujuan dia mcm bese. keje-keje tu sume SHOULD BE completed during weekend. 
(kalau saya mmg fokus nk siapkan la. haha!)



next week pnye keje sedang-sedang banyak je dia.
tapi belum tentu den siapkan argh. tau main + berhibur je.
ok. jom kita tgk keje-keje saya. xnk tgk xpe. saya x pakse pon. syuh!

MONDAY  
- homework bahasa melayu (da beso-beso pn kne blajo bahase melayu agi kat u)
          - return books kat library. tapi cam xnk return. nak renew je. leh kan? hoho.
   - read article for subject Islamic accounting. sumpah banyak kena bace.
                   - analisis case pepsi co for strategic management. after kls ada discussion oit.

TUESDAY 
- do individual assignment for subject corporate finance. halfway to be completed.
                  - find article about government budget and summarise it. 
supposedly submit on thursday. 
tapi aku  nak wat awal-awal. yeeba!

WEDNESDAY, THURSDAY and FRIDAY 
- masih x dapat keje lagi. on monday and tuesday baru taw ape keje nye.

xpe-xpe. today, tomorrow and the day after tomorrow pnye mission nak siapkan sume kat atas ni. oo yeahh!


sumber gambar : pakcik google laa . tq pakcik!




CONTEST SI MANIS BERBAJU KURUNG


join contest cik azalia hj salleh. suka-suka!
yg SPECIALnyer tentang contest ni sbb dia nk gurls je join..
nama pun pakai baju kurung kan? xkn orang lelaki nk pakai baju kurung. hehe..
ok-ok. xmau citer panjang.
meh kita tgk syarat-syarat dia..layaannnnn~

- hanya utk kaum wanita (ya, saya wanita + wanita asli pulak tue. ngee~)
- follow blog (DONE!) & like fanpage fb 'belogazaliahjsalleh' (DONE also!)
- buat entry khas dgn tajuk 'contest si manis berbaju kurung'.. (ni yg awak baca nie. ngee!)
- gambar yg dipertaruhkan? jeng..jeng..jeng..

v

v

v

ok x? nampak x baju kurung saya? hee..

- sekarang mau tag 3 orang rakan blogger saya:
ieyla
cik wawa
syaheed




Thursday, February 17, 2011

ASSIGNMENT + SAKIT BELAKANG

hurm.. pagi tadi baru taw draft assignment kena anta dis week.
last day sah-sah esok jam 5 ptg kot.
kalau la draft tu dah siap xpe gak..
ini satu ape pun aku xwat lagi..
kesian kat grupmate yg masih x siap part diorang since sabtu pagi diorang ada exam.
poor US!

sekarang dah sakit blakang dah.
dari tadi di kerusi plastik ni jela aku duduk.
tapi keja x siap-siap lagik. haish!
xpe-xpe..

since my rummates sume me'motivate'kan diri diorang untuk stadi (diorang exam mlm esok)
aku pon me'motivate'kan diri sendiri nak wat esemen.
jap gi nak tolong orang wat skrip dia.
dia ade present esok.

aku nak wish la!

v
v
v

BUAT YANG TERBAEK SAHABAT-SAHABATKU DAN SAYANGKU!
(sayangku ???? kalaulah.. ^_^)







Tuesday, February 15, 2011

PHOTOSHOOT PART 2

selamat petang semua!
arini nk wat entry pasal photoshoot aritu..
kitorang x sempat nk snap gambar banyak-banyak by using cik wawa NEW camera.. hikhikhik..
dgn keadaan cuaca yang amat la panas..muka masing-masing dah tanned. sabo ajela..
camne la model-model leh tahan dgn photoshoot yer? huhu..
ok la.. xmaw citer banyak.. ni ade sket gambo yg comel dari kami-kami yang x comel..haha..















Sunday, February 13, 2011

PHOTOSHOOT!

wah. esok me n my suka-suki ada photoshoot. (macam artis la pulak kan. hehehe..)
actually outdoor photoshoot utk students batch kitorang yg dah nk grad nie.. 
(even aku grad lambat lagi. haish!)

ade 5 locations. maw penat nak berjalan esok. dgn matahari teriknyer nnt..harap-harap kami bersabar la esok yer..
make up mesti cair pnye la..nak wat camne..kami xde kenderaan..hehe..
korang nk tgk ke gambar-gambar kami? tungguuuuuuuuu..huhu..tangkap pon blom agi kan..

disebabkan ada tema utk warna tudung, so..kitorang semua pening-pening ayam..
tema tudung kaler hitam or putih or pink. xke pening nak pakai yg mane tuh..
yg hitam nampak kena pandai match kan..
yg putih pulak nampak macam skema aje kan..
yg pink nampak cute and girly gituu...hehe..

of course la nak nampak gurly sket kan. so, masing-masing nk tema pink..
bila dah pilih pink, baju pulak xde. (ade je sbnrnye tp semua rase baju masing-masing x menarik. ahhaha!)
nak wat camne, orang pompuan kan. mesti la nak nampak cantik je kan. huhu..

xpe la..papehal pon kita tunggu je pagi nanti..
baju ape la yang mereka-mereka ni pakai. hehehe..
bye korang. nyte!

notatangan : jangan lupa maafkan orang lain before tido okey?? wink-wink ^,^








Saturday, February 12, 2011

NORLIA GHANI DIRAGUT

PETALING JAYA: Pelakon veteran Norlia Ghani,63, kerugian RM8,000 apabila wang pendahuluan penggambaran sebuah drama bersiri yang diterimanya dilarikan dua lelaki di pusat beli-belah Ampang Park dekat sini, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Norlia diragut ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah selepas selesai mengeluarkan wang di kaunter sebuah bank pusat beli-belah berkenaan.
Norllia berkata, pada waktu itu tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki lalu meragut beg tangannya sebelum melarikan sampul surat yang berisi wang.
“Semasa kejadian tiada orang di hentian teksi hadapan pusat beli-belah itu. Hanya saya seorang saja. Tiba-tiba dua lelaki menaiki motosikal menghampiri saya lalu meragut beg tangan saya.
“Selepas mengambil beg tangan itu, mereka mencampakkannya di tepi jalan lalu membawa lari sampul surat yang saya isikan wang,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, malam Jumaat.
Norlia memberitahu, dia mengeluarkan wang itu untuk membayar sewa rumah sebelum berangkat ke Perlis pada 17 Februari depan untuk menjalani penggambaran drama seram berjudul Air Mata terbitan Zeel Production.
Kata Norlia, dia agak bertuah kerana peragut tersebut tidak melarikan beg duit yang mempunyai beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan dan juga telefon bimbit.
Norlia yang amat bersedih dengan kejadian itu bekata, ketika dia memerlukan wang untuk membayar pelbagai hutang, kejadian berkenaan pula menimpa.
“Saya reda dengan ujian ini. Apa yang boleh saya buat lagi melainkan berserah kepada Allah,” ujarnya.
Pelakon itu berkata dia mengesyaki peragut berkenaan mungkin sudah mengintipnya ketika dia berada di dalam bank sebelum mereka melakukan jenayah itu.
“Saya menasihati kepada semua pihak yang mahu mengeluarkan wang selepas ini supaya terus berhati-hati,” ujarnya.
Norlia yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya membuat laporan di pondok polis kawasan pusat beli-belah itu.
......................................................................
 moral of the story : jangan bawak duit banyak-banyak kalau keluar yer..jangan bersendirian..lagi-lagi pompuan yg mmg selalu jadi mangsa ragut..







TIPS ELAK BENGKAK MATA

hye!
ramai yg dah tau kot petua nie..
paling senang punya cara. jimat pun jimat ape. hehe..
lets do it babe!

 tips nk elak mata bengkak.

- ambil uncang teh
- basahkan dgn air suam
- tekap pada mata (waktu tidur pun boleh)

zat tannin dalam uncang teh akan serap bengkak pada mata sekaligus mencantikkan mata korang..
cantik sudaaahhhh..hehe.. :)







Friday, February 11, 2011

HAMA???

hama!!!!
teruk betul.. abes tangan naik merah-merah..
ingatkan allergi bese..
bila pegi jumpa doktor, doktor ckp kena hama. haish!
dan-dan doktor cakap dia nk injet saya. huk3~
dah lama dah x kena injet.. nasib baik x sakit..
disebabkan g klinik, aku ponteng satu kls. haha..(jangan tiru macam saya)
tapi dia bagi ubat scabies. kudis buta???
x kesah la.. janji cepat baik kan. hehehe~








Wednesday, February 9, 2011

ADA AKU KESAH???

hehehe..title meletop..aku x pon meletop lagi..
semenjak dua menjak ni aku kesah banyak perkara. ..
nak gurau, gurau jugak la kan..
kalau yg jenis xtaw aku ni camne, hehehe silakan main-main..
saya takkan serang awak depan-depan taw.. saya jaga hati awak..
tapi, awak oleh x jangan yakin sangat yg cakap awak tu je yg betol? huhu..

kat luar boleh nampak saya sabar. but inside me? only certain people knows it dear.. 
(aku boleh panggil ko dear lagi ape.)
hahaha..lantak kau la nak angin ke ape ke..
aku cuma nk tegur, perbuatan kau and cakap kau x semestinyer semua betul.
sebelum ni aku dgr je ape org citer..now i know it. huhu..
try to accept other's word as well..
kami tau kami xleh nak lebih dari kau.
harta x bawak ke mane. ingat kami kesah harta kau banyak?
kau yg kesah kami beli lebih dari kau kan? ish. bo layan laaa..








KELATE NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG

haaaa..orang lain macam si ieyla tu dah lame dah wat report pasal vacation kitorang kat sane.
aku ni dah seminggu baru nk update. haish! kekangan masa yer kawan-kawan.. ampun!

setelah rancang punye rancang, kitorang decide nk pergi 2 feb 2011 sampai 5 feb 2011.
unluckily, cik wawa x dapat pergi disebabkan masalah peribadi yg x dpt disetelkan. hehe
sedey beb. orang yg taw jalan x dpt g. terpaksalah kami independent kat sane woo..

meh aku citer kat korang by picture nk? kan menarik gituu..hahahaha..perasan sungguh.. ade aku kesah? eh!

hari bertolak. kesedihan bagi kami kuat terasa. isk3.. cik wawa~


bbq yg dianjurkan oleh cik zatul kita kat umah dia. best giler. ada ayam. ikan, sosej, salad buatan sendiri (kalau korang tgk mst korang nak pnyela), trifle woo best!)


nampak? ada gulai ikan patin, budu yg unik (tempat lain xde ni wei) and sayur kuah lemak. kaw2 sedap!


sila abaikan 2 orang model yg chumel ini. ngee! ni la sebahagian dari ulam-ulam yg ada. ikan keli yg sangat rangup! makanan kt cni murah jer. makan 9 orang baru RM45 including 2 jug air sirap selasih.


muzium kesenian kot nama tempat ni. ingatkan x kena bayar, alih-alih kena pulak. x jadi la kami nk masuk. haha!


lepas mkn nk g shopping. tapi terjumpa tempat ni. senibina masjid ukiran senibina china. cantek gila! tempat ni kat area rantau panjang. klik utk tumbesaran yg sihat yew~


ini kat dalam rantau panjang. sila lihat. hehe.. dah panas-panas terik ni kitorang mkn eskem dulu. best2! singgit je utk eskem 3 scope, roti 2 potong, jagung, kacang, selasih dan macam-macam lagi!


dan..ini sebenarnye tujuan utama nk g klate. bekwoh gitu.. majlis kesyukuran sempena perkahwinan classmate kitorang. lama dah diorang nk bersatu. akhirnyer dapat jugak kan. tumpang bahagia la saya yer..hehe.. semoga kekal hingga ke akhir hayat utk kak asma dan abg amer (nama sbnr azman kot. ahhahaha!)


....the story ends....


notatangan: aku hepi dapat kuar dgn korang. susah kan aku nk lepak dgn korang. sori gurls. korang pun paham gak kan sket2. haha.
 






BERTUNANG

haa...jangan ingat saya yg nk bertunang okay.
jauh dari fikiranku buat masa sekarang. hehe..
akhirnye, terjalinnya ikatan pertunangan kawanku yg seorang..
dia dah pun bertolak ke sarawak. lubok antu. mungkin kat area sri aman..
semoga selamat je kat sana. jangan nangis-nangis ingat tunang yer :)

terkilan x dapat pergi engagement diorang..
tapi xpe, xde aku pun kena tunang jugak kan..hahah..
aku pilih nk g klantan dgn sayang-sayangku kat uia ni..
masa aku dgn diorang pn dah x lama dah..
akhirnya ada gak masa g lepak-lepak dgn diorang even cik wawa x dapat g..
kami still ingat kau walaupon kau x g taw!

ni gambar pertunangan sahabatku.. bagi aku, it was a nice concept..
simple and sweet.. nampak klasik jer.. suka3!!!




notatangan: semoga korang cepat-cept la kawen. leh balik semenanjung cepat.. ummu jangan nangis banyak-banyak..nanti zul risau(zul?????) erm..zul ifkar..hahahaha..aku bahagia tgk korang bahagia..ngee~~






TIPS PENTING DALAM PEMAKANAN

haaa...tips lagi.. hehehe.. kali ni bab makan  ok..

- jangan makan sambil berdiri atau baring
- puasa isnin dan khamis untuk merehatkan perut sambil menyihatkan perut
- kurangkan makan makanan yg terlalu sejuk atau panas
- kurangkan makanan berminyak, berlemak atau kolestrol
- kurangkan makanan yg tinggi kandungan garam dan gula
- kurangkan minuman manis, kafein dan bergas
- amalkan jus buah atau makan buah-buahan pada awal pagi

..................................

agak-agak korang leh buat x?huhu..
mari kita cuba sama-sama ok!
sayang semua!

sumber : majalah rapi






Tuesday, February 1, 2011

BUAT SAHABATKU

a few days left....
sahabatku dari form 1 dan menjadi sahabat baikku sejak form 4 akan meninggalkan kami selama 5 tahun..
jauh x jauh gak dia nak g.. sarawak bahagian pendalaman. kat mane agak-agaknyer..
harap-harap dia baik-baik je kat sane nnt..


ape yg merisaukan aku bukanlah dia. tetapi keadaan kat sane nnt..
lagi-lagi dgn awek yg dah lame jalinnyer ikatan tinggal kat semenanjung nie..
Allah nak uji korang dgn jarak korang yg jauh tp Allah kuatkan semangat korg dgn ikatan yg bakal korg bina hari rabu nanti..
slamat hari pertunangan!!! 
sori aku x dapat datang.
Tahniah aku ucapkan..x dapat aku bayangkan kalau aku yg ada kt tempat awek kau.
siyes bengkak mata menangis. :)


lepas ni dah xde dah yg nak kacau-kacau kitorang..
dah xde mini gathering atau reunion..
kalau ye pon kau balik tiap-tiap tahun, bpe lame je kan..


semoga kau dapat bawak diri kau kat sane..
jaga perilaku..
ingat tentang semenanjung.. (paham-paham la nak ingat ape yew)..huhu..
ni aku cilok gambo ko dari fb ko..ampun yer..


seharusnyer aku doakan korang berdua kekal bahagia selamanyer. semoga Allah kuatkan jodoh korg ^_^


notatangan: jangan lupa belikan aku kek lapis sarawak dgn pes laksa sarawak yer..haha..