As-Salam.. Hye!
Tempat tengok: Alamanda
Sebab: Mid Valley & Berjaya Times Square almost full. Kalau ada pun seat mendongak. Teheee..
Ok. Kalau korang tengok poster filem ni, dah tau la kan pelakon utama siapa. Brad Pitt, Mireille Enos, Matthew Fox dan bla bla bla..
Kisah ni pasal ex-UN(PBB), Gerry Lane lakonan Brad Pitt tadi yg begitu sayang kan keluarga dia sampai dia sanggup membahayakan nyawa dia untuk bertarung dengan 'undead' person. Punca terjadinya 'undead' person ni bila WHO cuba untuk hasilkan sesuatu ke ape ke tak pasti pulak kan. Pada mulanya Mr. Lane ni taknak involve dah dengan ape-ape aktiviti dalam PBB ni. Tapi, bila keadaan dunia yg semakin tak aman ni, tambah pulak takde tempat berlindung untuk keluarga dia, maka dia sanggup masuk balik sebab dia nak bagi keluarga dia tempat perlindungan.
'Undead' @ zombie ni macam korang tengok Zombie Kampung Pisang, bukan senang nak lawan ye dak? Pukul-pukul pun hidup lagi. Apo nak buek? Maka si Gerry Lane ni dengan saintis yg tengah fikir camne nak hasilkan vaksin untuk lawan zombie-zombie ni pergi ke serata dunia untuk cari punca. Malangnya, saintis tu gelabah yg amat, baru nk turun kat destinasi pertama dari flight dah mati dulu.
So, Gerry Lane merantau sorang diri untuk cari macamane nak lawan zombie-zombie ni. Bermula di Israel, tempat yg paling selamat untuk elak dari zombie sebab diorang dah buat tembok awal-awal. Tapi kalau dah nama Israel yg jahat bg kita, mesti la zombie dapat masuk kan. Hehehe.. Pastu pergi pulak India sebab zombie pertama dijumpai di India, pastu macam-macam destinasi lagi la..
Si genius Mr. Lane ni fikir mungkin takde cara untuk ubati zombie tapi ada cara untuk elakkan dari kena baham dengan zombie. Apa caranya?
Nak tau lebih lanjut, sila ke pawagam berhampiran anda dengan kadar segera. Kehkehkeh..
Zombie-zombie mula mengganas. Kelakar zombie main ketap gigi. :)
Aksi paling nebes bila Gerry Lane nak pegi ambil segala jenis pathogen tapi kena elakkan diri dari dikesan zombie.
Zombie ransang dgn bunyi ok.
Notatangan: Boleh bagi 5 bintang untuk cerita ni. Cuma, terfikir gak, abang Mamat Khalid pun hebat jugak sebab buat cerita zombie dulu dari abang Brad Pitt :)