Monday, June 24, 2013

REVIEW FILEM # 5 : WORLD WAR Z






As-Salam.. Hye!







Tempat tengok: Alamanda
Sebab: Mid Valley & Berjaya Times Square almost full. Kalau ada pun seat mendongak. Teheee..

Ok. Kalau korang tengok poster filem ni, dah tau la kan pelakon utama siapa. Brad Pitt, Mireille Enos, Matthew Fox dan bla bla bla..

Kisah ni pasal ex-UN(PBB), Gerry Lane lakonan Brad Pitt tadi yg begitu sayang kan keluarga dia sampai dia sanggup membahayakan nyawa dia untuk bertarung dengan 'undead' person. Punca terjadinya 'undead' person ni bila WHO cuba untuk hasilkan sesuatu ke ape ke tak pasti pulak kan. Pada  mulanya Mr. Lane ni taknak involve dah dengan ape-ape aktiviti dalam PBB ni. Tapi, bila keadaan dunia yg semakin tak aman ni, tambah pulak takde tempat berlindung untuk keluarga dia, maka dia sanggup masuk balik sebab dia nak bagi keluarga dia tempat perlindungan.

'Undead' @ zombie ni macam korang tengok Zombie Kampung Pisang, bukan senang nak lawan ye dak? Pukul-pukul pun hidup lagi. Apo nak buek? Maka si Gerry Lane ni dengan saintis yg tengah fikir camne nak hasilkan vaksin untuk lawan zombie-zombie ni pergi ke serata dunia untuk cari punca. Malangnya, saintis tu gelabah yg amat, baru nk turun kat destinasi pertama dari flight dah mati dulu. 

So, Gerry Lane merantau sorang diri untuk cari macamane nak lawan zombie-zombie ni. Bermula di Israel, tempat yg paling selamat untuk elak dari zombie sebab diorang dah buat tembok awal-awal. Tapi kalau dah nama Israel yg jahat bg kita, mesti la zombie dapat masuk kan. Hehehe.. Pastu pergi pulak India sebab zombie pertama dijumpai di India, pastu macam-macam destinasi lagi la..

Si genius Mr. Lane ni fikir mungkin takde cara untuk ubati zombie tapi ada cara untuk elakkan dari kena baham dengan zombie. Apa caranya?

Nak tau lebih lanjut, sila ke pawagam berhampiran anda dengan kadar segera. Kehkehkeh.. 


 Zombie-zombie mula mengganas. Kelakar zombie main ketap gigi. :)



 
Aksi paling nebes bila Gerry Lane nak pegi ambil segala jenis pathogen tapi kena elakkan diri dari dikesan zombie. 
Zombie ransang dgn bunyi ok.



Notatangan: Boleh bagi 5 bintang untuk cerita ni. Cuma, terfikir gak, abang Mamat Khalid pun hebat jugak sebab buat cerita zombie dulu dari abang Brad Pitt :)

Sunday, June 16, 2013

KERJA DAN CUTI

As-Salam..Hye oLLs..

Tengok post title tu pun dah boleh fikir macam-macam dah. Ape kehe nyaaa..

Semenjak dah bertukar bos baru ni, rutin aku dan semua yg dalam finance department tu dah jadi haru biru.

Tiap-tiap bulan before closing sah ada meeting nak tanya work progress. Hebat penangan bos baru ni.

Kalau dulu waktu bos lama, sempat lagi kami dok auta semua benda. Gara-gara kerje tak siap atau dia mintak lebih dari limit tenaga kami. Tapi sekarang, inilah balasannyaaaa...

Teringat pulak waktu month-end meeting last month. Dah siap-siap tanya semua orang punya work progress, dia bukak topic hangat. CUTI.

Bila dia sebut je bab cuti, mata dia straight terus kat aku, Eh bos. Dah rasa dah pedas cili tu tau. Pastu dia boleh cakap,

"If possible, please avoid any annual leave in between 24th up to 7 of the month".

Aku pun pandang member sebelah kanan. Pastu member sebelah kiri. Pastu masing-masing tunduk sambil cakap dalam hati. Tapi mana tahan nak cakap dalam hati kan. So aku voice out la konon-konon buat tanya dia,

"Bos, what if we want to take leave for marriage?" Eh , kemain modal. Masuk bab kahwin terus. -.-"

Elok je dia jawab,

" Then, postpone your marriage until appropriate date"

Pastu boleh dia senyum bagai. Aku dengan member-member ni dah bagi isyarat dah.Cakap lagi dalam hati ,

"Bos, please wait for our love letter". Hahaha.

Boleh pulak kau suruh kami postpone kahwin. Kahwin tu bukan penyatuan DUA HATI tapi DUA KELUARGA. So, tarikh kahwin tu pun bukan ditetapkan oleh pasangan yang nak kahwin je tapi keluarga pasangan tu sekali. Haih. Bos bos. I know you are married now. Tapi tolong faham keadaan kami yang single mingle ni haa.

Itu nasib baik aku tanya pasal kahwin kan. Cuba kalau yg preggy tu tanya, nak ke suruh dia postpone deliver baby. Haha. Doesn't make sense at all.

Eh, kenapa aku emo pasal kahwin lak ni?? Kbai.

Sunday, June 9, 2013

RAGAM # 1

As Salam.. Hye oLLs


Situasi : Kedai Runcit

Sedang seorang pekerja kedai runcit sedang mengemas dan menyusun barang-barang di dalam kedai, datang kelibat seorang budak kecik dalam lingkungan umur 9 tahun nak beli aiskrim. Budak kecik tu pun pegi amek aiskrim terus ke kaunter untuk bayar. Lalu, dihulurnya wang kertas RM10.

Pekerja: Adik, takde duit kecik ke dik. Aiskrim tu RM 1.30 je..
Adik: Takde la bang. Ini je yang ada.
Pekerja: Laa..Abang takde duit kecik nak bagi duit baki ni..
Adik: Alaa.. Ape susahnya.. Saya tau.. Abang malas kan..
Pekerja: Haa?
Adik: Bukan susah pun.. Abang bagi je la duit RM 5 sekeping, RM 1 tiga keping, pastu duit syiling 70 sen.
Pekerja: Masalahnya abang takde RM 5 nak bagi. Bukan abang tak pandai kira *eh budak ni..ada jugak kang*
Adik: OO.. Yela.. Abang je la yang betul.. Saya takde yang betul.. *sambil buat muka seposen*
Pekerja: Grrrrrrr %@@#%^%!!

Sunday, March 31, 2013

WE PLAN BUT ALLAH IS THE BEST PLANNER

As-Salam.. Hye oLLs!
 
 
Agak-agak korang dah bape lame aku tak update blog? Cecite..
Dari cik Ieyla dot Com pakai BB sampai la pakai HTC skarang kan? Kihkihkih..
Back to the story..
Allah is the Best planner..
 
Post mortem untuk hidup aku dari 6 bulan lepas, aku rasa sebaik-baik perjalanan hidup.
Dari tempat kerja lama then move to tempat keje baru.
Pastu sempat berangan nak tukar tempat keje lain (Abaikan minah yg selalu jiwa kaca ni)
Tup tap tup tap dah 6 bulan plus plus aku kat tempat keje yg sama. Alhamdulillah.
The first thing to say is  "I felt it challenged me A LOT"
9.00 to 6.00 become 9.00 to 9.00 even 9.00 to 11.00 sometimes.
Tapi mane kau nak dapat pengalaman yg macam tu kat tempat keje lain.
Things that I've done is much valuable now. No one will get it easily.
People come and go. but I still standing there. Thanks. Thanks!
Sekarang rasa taknak tukar keje dan tempat keje.
Tapi taktau la sampai bila. Ahaks.
 
Tutup pasal keje.
 
When we plan to move a step forward around June this year.
We plan it hardly, difficultly, patiently sampai gaduh kan li?
But still Allah is the Best planner.
Banyak dugaan.
Cuba memuaskan hati semua pihak. Langsung atau tidak langsung.
We try to accept it slowly.
Then my dear brother kena pulak posting kat Sarawak.
Plus the situation where we are not yet complete my mum punya syarat.
I keep pray and pray.
Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayhMu kepada kami. Tetapkan kesabaran di dalam hati kami.
Murahkan rezeki kami. Amiin.
Semoga semuanya akan selesai dalam tahun ni jugak.
Harap-harap I have satisfied all related parties punya perasaan.
Now, we still try to plan back accordingly.
 
Tutup pasal hidup sendiri.
 
Three of my besties dah pun berhijrah.
Satu ke Sarawak jugak.
Satu dah balik ke Perak.
Satu lagi pulak dah berjuang untuk jadi pendidik. Even I still remembered yang dia taknak jadi pendidik. Hehehe..
Jarang berjumpa tapi kehilangan sementara tu masih terasa.
Yelah kan. Bila ko fikir yg diorg selalu dekat tapi sekarang dah jauh, so how you want to meet them?
How to lepaking dengan aku ni yang memang dah selalu busy mengalahkan PM? Eceh.
 
Tutup pasal kawan-kawan.
 
Dah abes post mortem aku.
 
Sekian.
 
 
Notatangan: Baru prasan post ni 1st entry for 2013. Pergh!